Ahad, Julai 15, 2001

Aku ada rancangan nak bikin konsert

petikan URTV 15-31 Julai 2001
Oleh Huzz Foto : Fatah Sulaiman

“Aku masih berminat mengarah filem. Aku mahu berlakon dan menerbitkan filem. Tapi aku dah tak mengarah selepas filem Merah dan tak ada filem baru.., bukan kerana aku dah berhenti tapi aku sibuk.” "Aku sibuk terbitkan lagu dan album artis lain.”

-Satu lagi kalau nak bikin filem sekarang bukan kerja mudah. Untuk filem aku judulnya –Tanya Sama Hud-Hud dan Gagak Kayangan, budget besar.

"Setiap satu filem belanjanya tetap memerlukan RM l juta. Kalau sesiapa nak bekerjasama menerbitkan filem ini memang itulah budgetnya.”
"Memang betul filem aku tergendala. Patut dah diterbitkan pada tahun 2001 tapi ditunda lagi. Sebab pertama aku sibuk.Memang ada syarikat berminat sebelum ini tapi perbincangan mendalam kana dibuat”

“Sekarang ni aku sibuk kerana mempromosikan album Phoenix Banykit. Kali ini aku nak turun buat promosi di mana saja,Aku ada rancangan nak buat konsert. Dah masuk dua tahun aku tak bikin konsert”.
"Pun belanja untuk konsert aku tu bukan murah.

..Tengoklah macam mana, kalau tak ada Penaja pun susah. Aku berminat nak bikin konsert di Stadium Bukit Jalil" akui M.Nasir.

Macam mana dengan filem Idola yang pernah dijadualkan pelakonnya ialah M. Nasir dan Erra Fazira tapi akhirnya bertukar orang – Jeslina dan Danny X Factor?
“Aku pernah ditawarkan ..aku setuju tapi dah lama menunggu akhirnya aku dah dengar pertukaran pelakonnya. Aku tak kisah. Lagipun masa filem itu nak dibuat aku betul-betul sibuk” kata M. Nasir.

Boleh tanya, berapa budget album terbaru Nasir?
RM100,000. tu tak termasuk promosi." katanya.
Aku gubah lagu-lagu ini sejak tahun lalu, ada yang terbaru di awal tahun ini tak kurang yang dah berusia tujuh tahun iaitu lagu berjudul - Hijab Kekasih.
Lagu ini aku gubah dah lama," katanya.

Lagu manakah yang suara Maria (isteri) turut menyanyi?
Lagu Melawan Arus. Dia tak berduet dengan aku, cuma mengiringi... backing vocal Tapi macam dengar tak dengar saja. Tak ada masalah merakamkan lagu tu, dia cuma ambil masa sekejap."

Album Phoenix Bangkit enam hari pertama di pasaran meningkat jualan sebanyak 15,000 unit dan kini sudah hampir sebulan di pasaran khabarnya sudah mencapai anugerah emas (lebih 30,000 unit).
Bukan itu saja pihak Warner Music merancangkan satu konsert mini M. Nasir akan diadakan sempena pelancaran album Phoenix Bangkit dan seramai 200 ahli Kelab Sahabat (kelab peminatnya) diundang datang.

Lagu-lagu sedap dalam album ini ialah Phoenix Bangkit, Raikan Cinta, Lagam Pak Dogo, Dah Lagu Tu, dan Melawan Arus. Ini merupakan album ke-15 M.Nasir sepanjang penglibatannya selama 22 tahun dalam bidang muzik.


DISEBALIK KLIP VIDEO RAIKAN CINTA

Klip video Raikan Cinta sudah disiapkan pada 6hb Jun lalu setelah tiga hari penggambarannya dilakukan di kawasan perlombongan dekat Klang.
Kata M Nasir "Pengarah bersama klip video ini Kharl atau Kharlil salah seorang pengarah iklan memberikan aku idea untuk bikin klip video ni.
Aku tertarik dan setuju untuk sama-sama bekerjasama.
`'Aku tak berlakon dalam klip video tu, cuma jadi penyanyinya.
"Kalau dalam lirik lagu Raikan Cinta ada seni kata menggambarkan kisah Siti Hajar berlari anak mencari mata air untuk anaknya
Nabi Ismai A.S tapi dalam klip video tak ada kisah itu dibuat... cuma kisah sekumpulan manusia mencari-cari air di tengah kepanasan tanah gersang.
"Beberapa orang pelakon utamanya ialah anak murid Maria di Akademi Seni Kebangsaan manakala selebihnya pelakon tambahan.
"Yang susahnya nak bikin klip video ni ialah masalah cuaca... maklum nak dapatkan cahaya yang baik untuk shooting bukan kerja mudah. Jadinya tiga hari berturut-turut aku berulang alik ke sana. "Mula jam 8.00 pagi habis pada lewat malam," akuinya.
Berapa budget klip video ini? "Dalam RM50,000" tambahnya.



NAK NYANYI LAGU MELAYU KENALAH PANDAI MENGAJI

KATA M. Nasir, "Kalau sesiapa yang nak jadi penyanyi perlulah ada dua - wajah dan suara."Kalau tak cukup satu ni susah sikit.
Tapi bakat tetap penting. Dari apa yang aku tengoklah dalam lima tahun kebelakangan ni, ramai penyanyi baru muncul.
``Tapi Siti Nurhaliza penyanyi yang berbakat besar dah timbul.
"Aku juga nak beritahu di sini...
kalau ada orang komen dan kata ramai penyanyi tiru suara Siti, itu barangkali tak betul. Kebanyakan kita memiliki kod suara yang sama. Termasuklah penyanyi Barat sana tu.
`..tapi bila menjadi penyanyi yang beruntungnya bila kod suara kita berlain bunyinya daripada penyanyi lain yang dah ada..,

Bagaimana dengan kelas menyanyi, tak berminat buka kelas menyanyi?
"Aku nak buka kelas menyanyi? Masa tak ada. Aku sibuk.
"Memang dah ada banyak kelas menyanyi kat negara kita tapi lebih kepada yang classical. Bukan Melayu kita. Lagu Melayu kita kaya lenggok, bukan mudah nak bawa.
"Kalau seseorang itu pandai mengaji al Quran pastinya dia boleh menyanyi lagu Melayu kita tak kiralah lagu asli atau Melayu dengan baik.
"Memang juga perlu ada kelas yang mengajar teknik menyanyi lagu Melayu sebab tak ada kelas seumpama itu," akui M. Nasir.


TIDAK MINAT DENGAN LAGU KOMPOSER LAIN?

MUNGKIN ada bersetuju dengan soalan ini, mengapakah sebagai penyanyi M. Nasir seperti tidak berminat menyanyikan lagu komposer lain datam albumnya. Kalaupun pernah dia menyanyikan lagu ciptaan komposer lain itu bertaku di zaman dia bersama A. Ali dan S. Sahlan,ketika-sama-sama dalam Kembara.

Menjawab'soalan itu, kata Nasir, "Tak perlulah aku menyanyikan lagu orang lain, hanya aku tahu perjalanan seni aku. Jadi biar aku yang bikin lagu aku. Memang tak adapun komposer nak bagi lagu kat aku.

"Mereka pun tahu... aku tahu apa yang aku nak curah dan luahkan dalam lagu-lagu aku,' katanya.
"Setiap lagu yang aku ilhamkan ianya datang dari apa yang ingin aku ceritakan," tambahnya.
Contohnya album Phoneix Bangkit kata Nasir, irama Timur Tengah yang dibwakan dalam album ini menceritakan muzik yang datang dari Timur Tengah - kemudian dibawa ke merata dunia oleh orang Sepanyol, Portugis yang pernah dijajah Islam.

Begitulah kisah dalam lagunya kaya dengan bahasa dan cerita. ini mugkin kerana sikapnya Yang suka membaca. Difahamkan, seniman ini memang suka membaca.

Kata Nasir, "Masa tidur saya di rumah pun tidak lama. Habis sibuk di studio,saya di rumah melayan anak-dan keluarga. Ada masa saya habiskan dengan membaca.Saya cuma tidur empat jam. Saya tak tidur berjam jam lamanya."

Tidakkah ada rancangan hendak menemukan semula kawan-kawan lama di Kembara?
"Lama aku tak jumpa dia orang. Tak tahu nak cakap bab tu. Kalau dapat ditemukan pun bagus. Tapi menubuhkan semula Kembara bersama... rasanya dah payah, semua sibuk dengan kerja masing-masing."

MUATKAN LUKISAN FUAD HASSAN

M. NASIR mengakui dia suka dengan lukisan. Ini kerana dia juga minat melukis den menghargai lukisan yang, ada cerita, maksud tersembunyi din kisah di sebalik warna den gambar yang dipaparkan. Sama ada bentuk abstrak, berterus terang dan gambaran kiasan si pelukis, pada Nasir lukisan juga karya indah yang dihargainya.

Tidak hairan kalau masuk ke pejabatnya di Luncai Emas kita akan terpandang lukisan minyak yang digantungkan.

Malah muka depan cover album Phoenix Bangkit pun dihiasinya dengan gambar lukisan.

"Gambar muka depan album tu memang aku pilih. Ianya lukisan saudara Fuad Hassan.
"Aku suruh dia lukis gambar seekor burung berapi - iaitu gambar burung Phoenix yang dari cerita mitos mengisahkan is seekor burung yang bangkit terbang ke langit walaupun sudah menjadi abu. Aku gubah dan ambit lirik lagu ini kerana nak mengisahkan semangat dalam kehidupan. Kalau kita pernah kecundang, kita kena berani bangkit semula.

"Contoh negara kita, dulu siapa tak kenal Melaka... kemudian kita ditawan. Kini kita, megah berdiri semula. Aku tengok lima hingga enam lukisan Fuad, aku tertarik dengan lukisan gambar aku digambarkan di tengah tu dan berdiri di celahan api seakan burung.” katanya.
"Ha... Fuad Hassan yang aku maksudkan bukan abang Jalaluddin Hassan.., tapi, pelukis yang biasa berkarya untuk aku"

Cover album Phoenix Bangkit dibuat dalam bentuk buku cenderamata. Buku Berkenaan mengandungi lirik dan lukisan-lukisan pelukis terkenal. Selain karya Fuad antaranya karya S. Amin Shahab, Tunandi dan Mohd. Din Mamat.

Tiada ulasan: