Oleh Saudagar Mimpi… yang melapor dari Plenary Hall KLCC Kuala Lumpur
REVIEW :
KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA 1444H
Ahad : 31 Julai 2022
Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KL.
Konsert Panorama Jingga 1444H sudah pun berlalu 3 minggu lepas. Hari ini berkesempatan untuk menulis coretan/ulasan sebagai tanda kenang kenangan aku pergi Konsert Kembara buat kali ke 3!
Berikut adalah catatan ringkas beberapa elemen konsert tersebut yang aku buat ikut “ranking π”.
Konsert satu malam dibuat pada 31 Julai 2022, jatuh pada malam minggu. Kalaulah dibuat hari Sabtu malam Ahad di tarikh yang lain agaknya ramai kutu kutu dari Selatan dan Utara yang hujung minggunya Jumaat dan Sabtu boleh juga turun bersama.
Kembara punya penangan kawan aku dari Johor kena ambik cuti hari Isnin tu.
Khabarnya kawan aku tu masih demam Kembara. Kena ikhtiar bawak jumpa M.Nasir berubat di Singapura nanti! Ha ha haru……….
Merchandise - ππ
Harga keras! & kurang menarik perhatian aku.
T Shirt, Topi & Tag…
Ada juga dijual poster yang siap autograf. Kurang pasti adakah ia habis dijual malam itu?
Jika ada yang berminat masih boleh mendapatkannya di shiraz.co
Sound & Lighting -πππ
Best! (nokhtah.)
….. tapi jujur aku cakap ada masa aku rasa bunyi gitar Zoul terlalu tajam, ada masa pula dalam lagu tertentu aku tak dengar sangat solo gitar. Mungkin lokasi aku duduk tu ke macam mana. Harapnya bila keluar DVD ke CD ke, mixing konsert ini jadi elok! Di tahun 2022 ni, penganjur konsert di Malaysia patut usahakan untuk merilis semua rakaman konsert live sama ada dalam format audio atau visual untuk peminat pengumpul format fizikal tegar di luar sana. Kami tak ramai tapi kami ada.
Atmosfera Konsert - ππππ
Konsert ni aku nobatkan konsert Kembara paling RANCAK!
Pilihan lagu lagu dari era Kembara berlima yang membawa pelbagai genre lagu sama ada New Wave / Reggae / Prog Rock/ Folk dari album Hijrah, Duit dan KSJ memang ditunggu. Aku paling enjoy konsert Kembara kali ini. Sakit tekak aku bila menyanyi tak ingat orang sebelah bila irama sebegini dibawa dalam konsert. Kalau terjumpa lagi abang sebelah tu aku minta maaf sangat sebab paksa dia dengar suara sumbang aku malam tu…
Ha ha haru….
Tribute A Ali - ππππ
Pilihan lagu untuk tribute sangat tepat dan mengimbau nostalgia sumbangan besar arwah dalam mencorak bunyi Kembara.
Penampilan Pyan Habib dalam segmen KSJ. - ππππ
Berlatar belakang klip filem KSJ (versi HD!) & lontaran lirik lagu Osman Tikus dan puisi Belalang Kupu Kupu memang saat terasa "seni" & "rebel" bersatu.
Lu kena ada kat situ baru rasa beb! Percayalah!
Penonton -ππππ
Penonton lambat panas. Ada masa nampak usher kena bagi hint meminta penonton tepuk amai amai beramai ramai ataupun menyuluh lampu picit dari telefon bimbit masing masing. Yang duduk tiket mahal macam biasa, macam malu malu kucing nak enjoy! Mungkin sebab duduk kot… Ada juga lebih enjoy tengok konsert sambil buat IG story?
Semua itu berubah selepas encore. Penonton seumpama tersedar konsert kenalah ada penyertaan penonton. Dewan jadi gegak gempita bila penonton tidak lagi lekat di kerusi dan mula menyanyikan lagu Hati Emas & Gerhana beramai ramai.
Setlist -πππππ
…
1. Panorama Jingga*
2. Tarian Hidup
3. Duit
4. Rindu*
5. Kepadamu Kekasih
6. Dimanakah Dikau
7. Rozita*
8. Putar Alam* - (Vokal:Zoul)
9. Bunga Bakawali - (Vokal:Zoul)
10. Perwira *
11. Gadis Berpurdah Hitam*
Tribute A.Ali
12. Ada Sepasang Mata
13. Di Perhentian Puduraya
14. Impian Seorang Nelayan
15. Kiambang
16. Kutu
17. Kolar Biru - Zoul
18. Impian Anak Jalanan
19. Mencurah Janji di Daun Keladi*
20. Kupu-Kupu
21. Musim*
22. Keroncong Untuk Ana
23. Keroncong Untuk Ana II*
24. Nyanyian Jiwa*
Intermission/ segmen filem Kembara Seniman Jalanan
Sesi Puisi Pyanhabib
25. Balada Osman Tikus
26. Siapa Orang Kita
27. Rupa Tanpa Wajah
28. Harapan Terakhir*
29. Sesat di Kuala Lumpur
30. Ekspres Rakyat
31. Hati Emas
32. Perjuangan
Lagu bertanda * adalah lagu rare yang belum pernah dibawa dalam Konsert Ekpress Rakyat, Esplanade (2013) & Konsert Hati Emas Istana Budaya (2014)
Pecahan lagu dari album dalam Konsert 1444H
2 lagu dari album Kembara (1981)
4 lagu dari album Perjuangan (1982)
5 lagu dari album Generasiku (1983)
4 lagu dari album Seniman Jalanan (1984)
6 lagu dari album 1404 Hijrah (1984)
8 lagu dari album Duit (1985)
4 lagu dari album Kembara Seniman Jalanan (1986)
Persembahan keseluruhan anggota Kembara - πππππ
Sebagai sebuah band yang ditubuhkan lebih 40 tahun lalu yang membuat persembahan selama 3 jam, kehebatan Kembara ni memang tak boleh dinafikan kehebatannya. Zoul (gitar, penyanyi), Rahman Suri (bass), Md Shah Othman (keyboard) membuktikan usia bukan penghalang untuk menjayakan konsert yang rancak seperti ini. M Nasir tak minum air antara isi penting yang ditulis ramai penulis diluar sana. Yang paling penting bagi aku kali ni M Nasir tak lupa lirik! Steady Dato M Nasir! Paling power dah tentu drummer, Abang Shahrum, Memang tak boleh celen, punyalah kuat ketukan dan konsisten drum Kembara dekat Esplanade Singapura dulu terubat bila dapat tengok lagi kali ini.
Inilah kekuatan karya Kembara. Konsert Panorama Jingga 1444 Hijrah ini menguatkan nostalgia dan ingatan kita semua bahawa Kembara adalah antara kumpulan muzik Melayu yang berpengaruh besar dalam membawa lirik yang menyentuh pelbagai isu masyarakat berlatarkan cabaran dan pembangunan pertengahan 80an. Lirik puitis Kembara berunsurkan pencarian, puisi, kritikan sosio-ekonomi dan pembangunan negara sememangnya dekat golongan masyarakat marhaen baik di bandar dan desa.
Walaupun ia penuh nostalgia , adakah semua isu dan persoalan dalam lagu Kembara telah terjawab di tahun 2022/1444H ini?
Wajah yang pandai berpura menguasai dunia, Apakah berlaku ramalan buku yang dulu? Siapa yang harus ku ikut? Apa yang harus ku tuntut? Engkaukah perwira yang harus disanjung sanjung?
Pagi itu, usai menonton konsert Panorama Jingga , lagu Perwira Kembara terus terpasang di Spotify dalam kereta. Aku terus bernostalgia sambil tertanya-tanya.....
Terima kasih Kembara!
2 ulasan:
nak tanya, lagu gadis bertudung hitam tu suara siapa ye?
kalau versi studio siapa nyanyi.
Tanpa Nama: Versi studio Gadis berpurdah Hitam dinyanyikan oleh Rahman Suri (Bassist)
Catat Ulasan