REVIEW :
KONSERT M NASIR SATU HIKAYAT : 40 TAHUN PERJALANAN
Sabtu : 23 November 2019
Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KL.
Dah lama sangat aku tak pergi konsert sifu M.Nasir. Kali terakhir 4 tahun lepas semasa Konsert..... Kembara di Pasir Gudang 2015. Jadi bila dapat tahu ada konsert sempena 40 tahun, hati aku ada sedikit teruja nak datang meraikan tokoh yang aku ikuti dari jauh masuk berpuluh tahun ini. 40 tahun bukan tempoh yang singkat. Kalau seorang artis boleh bertahan sebegitu lama dan masih aktif, tentu hasil kerja kerasnya yang banyak berbicara berbanding kisah gossip artis.
Dalam fikiran aku nak datang untuk meraikan beliau saja. Bukan nak dengar sifu M Nasir menyanyi macam telan piring hitam. (kaset dah tak releven ok...)... Aku pun tahu sifu kalau menyanyi selalu silap lirik... Jadi aku dah maafkan sejak berbelas tahun lepas.
Aku cuma mahu menikmati perjalanan konsert satu hikayat. Mahu rasa aura konsertnya. Tak lebih dari itu.
Selist mengikut turutan (malam Pertama 23 November 2019)
--- video Wayang kulit - - -
--Sketsa Pak Dogo Sabri Yunus
1.Langgam Pak Dogo
2. Anak Anak Kita
3. Phoenix Bangkit Dari Abu
4. Keroncong untuk Ana
5. Sentuhan Listrikmu
6. Bila Rumi Menari
7. Tari Cinta Mistikal
Medley. --- Lagu Hits Ciptaan M Nasir
1. Kenangan Lalu
2. Alleycats... Hingga Akhir Nanti
3. Sekuntum Mawar Merah
4. Milik Siapakah Gadis Ini
5. Bercanda di Pasiran Pantai
6. Istana Menanti
7. Hani
8. Sentuhan Kecundang
9. Sampai Hati
10. Fantasia Bulan Madu
11. Sejati
12. Jaket biru
13. Pawana
Sabri Yunos---Dikir barat.... Intermissions
8.Kembara Ekspress Rakyat.. Intro sahaja
9. Hati Emas
10.Gerhana
11. Gurindam Gunung Tahan
12.Bikin filem
13. Bukalah Hatimu
14.Hijab Kekasih
15. Mentera Semerah Padi
16. Sahabat Gua
17. Apokalips
18. Ada
19.Suatu Masa - - Encore
20.Raikan Cinta
21. Mustika
.....
Berikut adalah imbauan ringkas konsert Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan ini.
Persembahan dimulakan dengan video pak dalang wayang kulit yang memulakan cerita hikayat.
"Di sebalik Perang mesti ada lagunya...dan disebalik lagu mesti ada perangnya"
Itulah antara bait kata Pak dalang wayang kulit bagaikan memberi isyarat perjuangan wujud dalam pelbagai bentuk dan M Nasir juga adalah pejuang dalam hikayat seniman ini.
Langgam Pak Dogo
Sketsa diteruskan dengan Pak Dogo Sabri Yunus yang muncul sebelah di kiri pentas menandakan lagu Langgam Pak Dogo sebagai pembuka kisah hikayat seorang pejuang dalam medan perang. Peminat memang sudah tahu lagu ini jadi ada yang sudah mula menyanyi bersama.
Anak Anak Kita
Phoenix Bangkit Dari Abu
Disini aku rasa latar multimedia dan pencahayaan pentas Pleanery Hall ni memang terbaik. Bergantung pada lokasi tempat duduk. Mungkin ada sedikit halangan speaker menyebabkan latar tidak penuh. Bahagian lagu Phoenix Bangkit Dari Abu ni sudah tentu bagai menaikkan semangat untuk meraikan pejuangan. Bagi aku bait lagu...
"Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya"
Melodi dan lirik lagu ini sudah cukup kuat membuka jalan menaik semangat pejuang. Betul lah orang kata bila kita mengungkapkan kata kata positif.. Kita jadi positif. Lagu ini lain macam auranya dalan konsert seperti ini terutama bila ramai menyanyikan bersama. Jadi aku simpulkan tiga lagu terawal ni sudah berjaya memecahkan tembok penonton yang malu -malu. Bak kata M Nasir malam tu orang melayu pemalu. (Dalam hati aku pulak kata ...malu tapi mahu.. Hahaha)
Keroncong untuk Ana
Lagu keroncong bagi M Nasir rileks sikit. Masih enjoy dengar suara sifu yang nampaknya masih boleh tarik bahagian tinggi. Gong yang mengiringi M Nasir memang sentiasa terbaik.
Sentuhan Listrik
Lagu wajib pegang tangan... Hahhaha. Tangkap feeling ajer lah sambil nyanyi senyap dalam hati.
Bila Rumi Menari
Rasanya sebelum lagu inilah M Nasir kata bersyukur dapat buat konsert lagi dan dapat beri sebahagiannya pada kerajaan dan kerajaan sekarang tak ada duit.. Adoi Sempoi giler punya lawak . Lagu ini juga seolah menjentik ke tepi hal politik-siasah dunia yang dianggap kurang penting berbanding hal hal rohani. Persembahan diiringi oleh video dan empat orang penari whirling darwish di atas pentas sepanjang lagu. "Kalau aku tak boleh buat, muntah" katanya di akhir lagu....
Tari Cinta Mistikal
Lagu dari album Solo... Lagu lama cinta alam sekitar katanya...
Set Medley
Sebelum memulakan sesi ini M Nasir menyatakan dalam perjalanannya 40 tahun beliau banyak menghasilkan lagu untuk artis lain sama ada Pop dan Rock. Inilah keistimewaan konsert Hikayat apabila beliau menyanyikan semula beberapa lagu hits beliau hasilkan untuk artis lain sejak lewat 70an mengikut caranya tersendiri. Kalau ikutkan bukan sedikit hits yang dihasilkan. Medley dimulakan dengan lagu "Kenangan Lalu" dari Flybaits dan diakhiri dengan lagu berirama rancak "Pawana" dendangan Search. Sudah tentu lagu hits yang sering diputarkan di radio ini menjadi tempat penonton menyanyi bersama sehingga kakak kakak dan abang abang yang bertemankan lagu lagu ini semasa lipat baju di rumah turut menyanyi bersama sama.
Siapa boleh tahan diri bila lagu ada chorus sedap weiiii... Mesti ikut menyanyi..kan...
Set Medley. --- Lagu Hits Ciptaan M Nasir
Pop, Balada, Blues
Kenangan Lalu -Flybait
Hingga Akhir Nanti -Alleycats
Sekuntum Mawar Merah - Alleycats
Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman
Bercanda di Pasiran Pantai - Sudirman & Anita Sarawak
Istana Menanti - Rahim Maarof
Rock
Sentuhan Kecundang - Ekamatra
Sampai Hati -Spring
Sesi M Nasir bersama gitar akustik. Katanya gitar tu props saja. Bukan nak main sangat pun... :
Fantasia Bulan Madu - Search
*Masing masing bawak keluar lampu suluh handphone. Fantasi lain macam dewan malam tu
Sejati -Wings*
Peronda Jaket Biru -Wings*
Pawana -Search*
*Lagu Rock ni memang buat peminat sing-along kuat kuat lah!
Intermissions
Sabri Yunos dan kumpulan dikir Arjunasukma mengisi slot dengan dikir jenaka tentang perjalanan konsert dan memperkenalkan ahli ahli pemuzik Gong yang mengiringi Sifu pada malam itu.
M Nasir kembali semula ke pentas dengan mengenakan busana putih.
Medley Lagu dari Kembara
Kembara Ekspress Rakyat.. Intro sahaja
Hati Emas
Gerhana
Lagu wajib.... Bila wajib, wajib sing along. Betul lah dah berapa ratus kali lagu ni perlu ada peminat tak kisah. Apa pun dinamik dan stamina M Nasir nampak masih steady. Dengan umur 62 tahun dah macam 40 tahun. Errr... Puji lebih boleh dapat kemeja T tak...
Gurindam Gunung Tahan.
Selain petikan solo gitar dari Rafi dan Nan yang menarik, lagu ni ada lirik oleh Loloq ini..
"Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Sungguh jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan"
Siapa nyanyi part ni malam tu dia memang geng Saudagar Mimpi lah.
Bikin Filem
Lagi lagu dari album Saudagar Mimpi. Aku rasa kalau lagu ni kalau diganti dengan lagu Di Jalan Sesat aku akan lebih enjoy & emosional barangkali.
Bukalah Hatimu
Ini lagu groovy habis... . Siap ada rap Kecek Kelantan semua. Sho bido bido pap pap... Maaf vokal penyanyi latar kurang jelas sebab dari tempat aku ramai peminat jadi backing vokal. Hahhaha..
Hijab Kekasih
Lagu ni lagu penuh perasaan. Layan sambil fikir dan mendengar satu satu instrumen yang dimainkan terutamanya seruling Mohar.
Mentera Semerah Padi
Satu lagi lagu wajib. Anthem orang putih panggil. Video multimedia pesilat merah menyala diikuti 5 orang pesilat bertopeng tanpa wajah muncul semasa lagu ini menarik perhatian penonton.
Ada yang dah mula bangun dari tempat duduk. Dah nak beronggeng tu... Mak cik pakcik pun dah mula dah... Enjin dah panas..Stamina M Nasir jangan cakap...kalau suara dia tak keluar pun, penonton dah tolong sumbangkan suara bahagian mana yang patut.Memang dah hafal sangat kan..
Sahabat Gua
Apokalips
Ada
Ini set yang memang sengaja disusun agar aura penonton memberi tenaga kepada konsert sifu. Antara momen paling havoc. Satu dewan berdiri. Sebelah tengah kiri kanan tangga semua dah ada orang berbaris beronggeng.. Memang dah jadi parti liar kata sifu. Jangan bagitahu emak. Seloroh M Nasir disambut kelekek penonton.
Suatu Masa - - (Encore)
M Nasir kata masa dah tiba menandakan konsert tiba dipenghujung. Terima kasih kerana menghadirkan diri. Lagu balada ini dinyanyikan separuh sebelum beliau meninggalkan penonton bersama Gong. M Nasir kembali semula dan menyambung semula lagu "Suatu Masa" sebagai tanda konsert berada di set Encore.
Raikan Cinta
Buah last untuk penonton satu dewan yang canggung berdiri dan menari dan menyanyi bersama.
Mustika
Konsert diakhiri dengan irama keroncong "Mustika" yang berterusan dinyanyikan bersama semua penonton dalam dewan. Satu demi satu pemuzik Gong berbaris bersama sifu di atas pentas, memberi ruang kepada Datuk M Nasir mengucapkan terima kasih kepada semua penonton, krew belakang tabir dan keluarga. Usikannya pada Datin Marlia Musa yang berkorban harta mengisi tembolok pemuzik malam itu disambut ketawa penonton.
Konsert berakhir lebih kurang jam 12 setelah hampir 3 jam berlangsung dengan irama dan lagu dari pecahan album seperti di bawah...
13 lagu hits dibawa secara medley
4 lagu dari album kumpulan Kembara
1 lagu dari album Dia Ibuku (1981)
2 lagu dari album SOLO (1989)
3 lagu dari album Saudagar Mimpi (1992)
5 lagu dari album Canggung Mendonan (1993)
6 lagu dari album Phoenix Bangkit (2001)
Penonton rata rata meninggalkan dewan dengan wajah puas. Malah ada yang berpeluh-peluh sebab kepanasan selepas sistem hawa dingin di sebelah belakang kurang sejuk. Mana nak sejuk dah beronggeng umpama berjogging dalam tu! Kedengaran juga cakap cakap di luar dewan, stamina seniman berusia 62 tahun dalam memberi persembahan bertenaga malam itu dikagumi. Naik pentas keluar pentas...nasib baik tak ada adegan sifu terjun dari pentas.
Pengaruh sifu dalam perkembangan dan perjuangan memartabat muzik Melayu sememangnya tidak boleh dinafikan dan dilupakan. Entah bila lagi akan ada lagi konsert berbayar tempatan seperti ini yang membuktikan seorang tokoh seni yang veteren dalam industri muzik masih laku keras.
Di sebalik perang mesti ada lagunya...dan disebalik lagu mesti ada perangnya
Konsert ini merakam satu hikayat perjalanan bagi pejuang lagu.
Pejuang-pejuang yang berperang dalam lagu-lagu perang.
3 ulasan:
Ulasan yg sangat lengkap.
dengarnya ada lagu tambahan malam kedua?
Malam kedua dengarnya ada lagu Tanya Sama Hud Hud, tapi tak ada lagu Suatu Masa.
Nanti kalau kau pergi konsert kat Singapore 4hb Januari tu, buat review jugak..Boleh tumpang publish kat sini.
Nafsu manusia mmg tak pernah puas. Tamak jika terlalu ingin sangat jika diadakan sekali lagi konsert besaran spt Konsert Akar '95 di PWTC dengan semua lagu2 sifu dr awal perjalanan karier seni hingga kini. (biarpun dlm bentuk medley) Berparti liar sekali lagi di PWTC barangkali? Tolonglah usulkan...haha
Catat Ulasan