Kuala Lumpur : “Saya tak pasti penyanyi sekarang boleh menyanyikan lagu ciptaan saya atau tidak,” kata komposer tersohor Datuk M Nasir ketika ditanya mengenai dirinya yang tidak lagi aktif mencipta lagu-lagu popular seperti dulu.
Nasir, 58, berkata, dia masih mencipta lagu setiap hari tetapi tidak tahu untuk memberikan lagunya kepada penyanyi mana.
Menurutnya, ada segelintir penyanyi sekarang hanya boleh menyanyikan lagu dalam satu genre muzik saja.
“Apabila diberikan genre yang lain, mereka tidak boleh menyanyikannya. Sebagai komposer, saya mahu mencari penyanyi yang ada ‘sesuatu’ dan gaya tersendiri,” katanya yang kali terakhir memberi lagu kepada penyanyi ialah lagu Nafas Cahaya nyanyian Misha Omar pada 2006.
Nasir berkata, banyak penyanyi baru memintanya mencipta lagu untuk mereka tetapi dia belum terfikir untuk memberikan kepada mereka.
“Saya tidak boleh memaksa orang untuk menyukai lagu ciptaan saya. Ada penyanyi yang sudah selesa menyanyi satu gaya lagu saja dan sukar untuk mencuba gaya lagu lain.
“Kebanyakan penyanyi hari ini lebih cenderung kepada muzik pop dengan lirik yang ringkas. Saya pula cuba hasilkan lirik lagu yang ada makna tetapi mereka tidak boleh menyanyikan lagu seperti itu,” katanya.
Dalam pada itu, Nasir turut menafikan dia semakin kurang berkarya kerana kerap menerima bayaran royalti tertinggi setiap tahun.
Mnasir tak perlu bg lagu pada penyanyi baru.
BalasPadamJust bg pada Hattan...Wings ... Search... Ramli Sarip....Ella...
All the living legend.
Imho
Yup!
BalasPadam