Halaman

Jumaat, November 22, 2024

M. Nasir, Nash terima ijazah sempena Konvokesyen UPSI ke-26

petikan Kosmo 22 November 2024

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

TANJUNG MALIM – Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula esok.

M. Nasir atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Mohamed yang memulakan karier seni pada tahun 1979 akan menerima Kehormat Doktor Persembahan pada konvokesyen berkenaan.

Nash atau Nashrudin Elias yang terkenal dengan lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ pula akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q.

Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan dan menyampaikan ijazah kepada graduan pada sesi pertama esok.

Naib Canselornya, Prof.Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pengalaman M. Nasir dalam dunia seni selama lebih empat dekad melayakkan beliau menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak 2021.

“Syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd. menjadi rakan strategik UPSI melalui MoU sejak 2016 sehingga sekarang.

“Sumbangan M. Nasir sangat besar dalam mengangkat martabat dunia seni muzik dan mencapai tahap berprestij dan signifikan dengan pembangunan pendidikan negara dan pemikiran rakyat menerusi muzik,” katanya hari ini.

Seramai 7,172 graduan akan menerima sijil masing-masing sepanjang istiadat konvokesyen berkenaan.

Arwah Napie banyak tolong saya - M Nasir

petikan Berita Harian - 22 November 2024

Oleh Affan Rostam - affan.rostam@bh.com.my

M Nasir mengakui Allahyarham Napie banyak membantu dalam proses gubahan lagu ketika menggalas tanggungjawab sebagai jurutera muzik di bawah syarikat rakaman miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd. Foto NSTP Affan Rostam

M Nasir mengakui Allahyarham Napie banyak membantu dalam proses gubahan lagu ketika menggalas tanggungjawab sebagai jurutera muzik di bawah syarikat rakaman miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd. Foto NSTP Affan Rostam

RAWANG: Maestro muzik, Datuk M Nasir mengakui gitaris kumpulan Spider, Allahyarham Napie banyak membantu dalam proses gubahan lagu ketika menggalas tanggungjawab sebagai jurutera muzik di bawah syarikat rakaman miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

M Nasir berkata, sudah pasti pemergian Allahyarham Napie meninggalkan kesan mendalam terutama dalam industri muzik tanah air.

"Semua pemergian itu adalah kehilangan. Tapi, kita sudah dengan arwah begitu lama. Ia satu tempoh yang panjang, jadi apabila hilang mereka sudah pasti terasa.

"Arwah banyak membantu saya dalam penggubahan lagu. Arwah pemain gitar yang sangat bagus, pernah menjadi juara. Pernah juga arwah mencuba dalam gubahan lagu dan hasilnya progresif," katanya ditemui selepas urusan pengebumian Allahyarham Napie di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes di sini, hari ini.

M Nasir sempat berkongsi pertemuan awalnya bersama arwah Napie dan anggota Spider lain pada 1998.

"Arwah bermula dengan kumpulan Spider, mereka datang ke pejabat dan mereka menjadi artis di bawah Luncai Emas Sdn Bhd. Rupanya, dia ada bakat lain juga yang kami perlukan iaitu jurutera bunyi.

"Jadi, arwah tumpukan kepada kerja itu. Memang agak lama juga dia bertugas sebagai jurutera bunyi... Mungkin berbelas tahun," katanya.

M Nasir berkata, beliau sempat menziarahi Allahyarham Napie ketika dirawat di hospital.

"Dia sakit memang dah lama. Banyak sakit dia. Tapi, dia orang yang selalu menafikan sakit dia. Kali terakhir, saya sempat berjumpanya di hospital sewaktu menziarahinya," katanya.

Jenazah Allahyarham Napie atau nama sebenar, Hanafi Hamdan yang diserang angin ahmar pada 16 Julai lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes di sini, pada jam 3.15 petang tadi.

Pengebumian Allahyarham Napie yang dihadiri ahli keluarga, rakan seni dan kenalan terdekat lancar biarpun dalam keadaan hujan lebat.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Napie yang mula menceburi bidang muzik bersama Spider sejak 1996, diurus dan disolatkan di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, di sini.

Ahad, November 17, 2024

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir

petikan Astro Awani 17 November 2024

oleh Firdaus Azil

KAJANG: Bakat ‘maestro’ industri hiburan tanah air, Allahyarham Datuk Hashim Said yang lebih dikenali sebagai S. Atan begitu gah, hingga dicemburui seorang lagi ‘maestro’, iaitu Datuk M. Nasir.

M. Nasir, yang terkenal dengan julukan ‘sifu’ dalam mencipta lagu-lagu pelbagai genre mengakui beliau kadang-kadang cemburu dengan kebolehan S. Atan dalam menghasilkan karya yang sentiasa relevan dan mendapat tempat di hati pelbagai generasi.

Penyanyi dan komposer itu turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S. Atan dalam penghasilan karya tertentu.

“Saya anggap (Allahyarham) sebagai raja dalam dunia pop musik Melayu. Pernah pada era 80-an... ada artis-artis yang mungkin hampir nak keluar daripada dunia hiburan (kerana kurang popular), tapi dia masih boleh naikkan lagi (mereka) dengan lagu-lagunya.

"Daripada segi ciptaan lagu, dia sangat mahir lagu pop Melayu.

“Ada banyak lagu dia yang saya cemburu bila saya dengar, dalam hati kata... kalau saya buat (lagu) ni kan bagus. Tapi saya pasti saya tak dapat melakukannya kerana dia datang dari keadaan yang berbeza. Dan saya sanjung,” katanya lagi.

M Nasir berkata demikian kepada Astro AWANI selepas selesai pengebumian jenazah Allahyarham S Atan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang, pada Ahad.

Terdahulu jenazah Allahyarham disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Bandar Kajang.

Turut menghadiri perjalanan terakhir beliau selain ahli keluarga dan M Nasir serta isteri Datin Marlia Musa, ialah rakan-rakan seperjuangan dalam industri hiburan termasuk, Datuk Ramli MS dan Fauzi Marzuki, Jatt Blackdog Bone, Ziela Jalil dan Liza Abdullah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.

Dalam pada itu M Nasir berkata, karyawan masa kini mungkin sukar untuk menandingi karyawan lama kerana suasana persekitaran yang berbeza, atau kehidupan yang lebih sukar waktu itu, menyebabkan karya mereka lahir daripada hati.

“Pencipta lagu lama... mereka datang daripada suasana yang lain, mungkin kemiskinan, perjuangan hidup, keadaan pembangunan negara waktu tu masih di peringkat permulaan.

"Segalanya baharu, tapi walaupun pengaruh datang dari luar, dari barat umpamanya. Tetapi kerana perjuangan untuk hidup lebih daripada perjuangan untuk mendapatkan tempat dalam industri yang diceburi. Ia sangat kuat dalam jiwa mereka.

"Kita tak dapat bandingkan dengan karyawan hari ini, apa tujuan mereka (karyawan kini) dalam industri... ini kita tak tahu.

“Tapi kalau dulu, semangat untuk hidup tu sangat kuat, semangat untuk berjaya sangat kuat, sehingga menghasilkan orang seperti S. Atan,” luahnya lagi.

Selasa, November 12, 2024

The Legacy Of Sheila Majid And M Nasir At Dewan Filharmonik Petronas

petikan The Rakyat Post 12 November 2024

by Fernando Fong

From Sheila Majid’s jazz-inflected “Sinaran” to M. Nasir’s philosophical “Bonda,” from Aina Abdul’s contemporary power to Misha Omar’s emotional delivery and Amir Jahari’s fresh songwriting, the evening demonstrated how Malaysian music continues to evolve while honouring its roots.

When Datuk Sheila Majid took the stage following Datuk M. Nasir’s powerful set at the Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) Benefit Concert ‘Resonance For A Reason’ and delivered “Sinaran”, it wasn’t just a performance—it was a reimagining of what many consider Malaysia’s definitive pop anthem of the 1980s.


The song, released in 1986 as the first single from her album Emosi, and it is considered one of her signature songs, found new gravitas in the philharmonic setting.

“Gemilang,” which expresses themes of resilience and triumph, also resonated differently with orchestral swells, bridging her jazz-pop sensibilities with classical grandeur.

The concert, held at Dewan Filharmonik Petronas (DFP) in KLCC, had opened with an orchestral rendition of Sheila’s “Lagenda,” setting the tone for the evening’s fusion of pop and classical elements.

“Lagenda,” written in 1990, is a tribute to the legendary Malaysian artist Tan Sri P. Ramlee, reflecting his influence on her music and culture

Nasir’s Poetic Mastery on a Symphonic Scale

Nasir’s “Suatu Masa” and “Bonda” represented something entirely different—the philosophical depth of Malay poetic tradition rendered on a symphonic scale.

The singer-songwriter, composer, producer, actor, and director, often called ‘Sifu’ (master) for his mastery of Malay literary arts and music, brought his trademark mysticism to these performances.

Preceded by an orchestral rendition of his iconic “Ekspres Rakyat,” Nasir’s set reached its pinnacle with “Bonda,” a profound meditation on maternal love that draws from traditional Malay musical forms.

This piece, which captures nostalgia associated with the popular long-distance overnight Ekspres Rakyat train that runs from Johor to Kelantan, achieved new emotional heights with the orchestra’s interpretation.

A Powerful Statement of Cultural Fusion

The evening’s most culturally significant moment came through their different but complementary approaches to Malaysian identity.

Sheila, who pioneered jazz-pop fusion in Malay music and broke barriers as a female Muslim artist in the 1980s, represents Malaysia’s cosmopolitan aspirations.

Nasir, with his deep roots in Nusantara cultural traditions and poetry, embodies the philosophical soul of Malay artistry.

Their presence at DFP, Malaysia’s home of classical music, marked a powerful statement about cultural synthesis.

The inclusion of younger artists like Aina Abdul, Misha Omar and Amir Jahari alongside these legends added another layer of cultural significance, suggesting how their influence continues to shape new generations of Malaysian musicians.

A Perfect Harmony: Aina’s Voice Meets Orchestral Grandeur


Aina’s powerful and emotive voice found a perfect backdrop in the MPO’s rich orchestrations.

Her performances of “Semalam,” her breakthrough hit, along with “Puas Sudah” and “Kamu,” took on new dimensions with the philharmonic arrangements.

These renditions highlighted the emotional depth of her compositions and showcased Aina’s impressive vocal prowess.

The orchestral setting brought fresh nuances to these familiar songs, allowing audiences to experience them in a new light.

In a stunning display of versatility, Aina also performed a medley of beloved international hits, including “At Last” by Etta James”, (You Make Me Feel Like) A Natural Woman” by Aretha Franklin, “Hero” by Mariah Carey, “When You Believe” by Mariah Carey and Whitney Houston and “I Surrender” by Celine Dion.

This medley not only showcased Aina’s impressive vocal range and ability to tackle different styles, but also demonstrated her connection to the global pop music tradition.

Generations Unite in “Jentayu”


The concert reached a particularly poignant moment when Aina joined Sheila for a duet of the latter’s “Jentayu.”

The song, which adapts poetry by national laureate Datuk Usman Awang into music, describes themes of beauty, longing, and justice, reflecting deep emotions and societal struggles while showcasing Malaysian literature through song.

This cross-generational collaboration symbolized the passing of the torch from one of Malaysia’s most iconic voices to a rising star of the new era.

The blend of Sheila’s seasoned jazz-inflected tones with Aina’s contemporary vocal style created a magical moment that encapsulated the evening’s theme of musical legacy and evolution.

Kelantan’s Voice on the Philharmonic Stage


Kelantan-born Misha, known for her powerful vocals and emotional delivery, brought her chart-topping hits to the philharmonic stage.

Her performance of “Bunga-Bunga Cinta,” – featuring themes of love and longing – reimagined with orchestral arrangements, offered a fresh perspective on contemporary Malay pop.

She also captivated the audience with renditions of the poignant ballad “Sampai Bila” and “Cinta Adam dan Hawa,” – a more upbeat track that showcases Misha’s versatility – both reimagined with lush orchestral arrangements.

Misha’s presence bridged the gap between the older generation, represented by Sheila and Nasir and the younger artists on the bill.

From Talent Show to AJL Champion

Amir, who rose to fame in 2011 after participating in the ninth season of the talent show Akademi Fantasia and has recently won the Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), represented the new wave of singer-songwriters making their mark.

The Sarawakian’s performances of “Kenangan” and “Hasrat” with the MPO demonstrated how young artists find ways to blend modern pop sensibilities with classical elements, continuing the tradition of musical innovation in Malaysia.

Kenangan’, composed and written by Amir himself reflect themes of nostalgia and forgiveness, capturing the emotional journey of facing obstacles and memories.

Earlier this year, Amir dedicated “Hasrat” – the soundtrack for the film ‘Imaginur’ – to his late father, which adds a deeply personal and emotional layer to the song’s resonance.

Harmonizing for the Future: A Benefit Concert with Multigenerational Impact

Indeed, it’s crucial to emphasize that this star-studded evening was, at its core, a benefit concert for the Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO).

This aspect adds a profound layer of significance to the event, intertwining cultural celebration with a forward-looking mission.

Under the masterful baton of conductor Ahmad Muriz Che Rose, the MPYO, sharing the stage with their senior counterparts and Malaysia’s pop icons, weren’t mere spectators but active participants in this musical tapestry.

Their presence alongside Sheila, Nasir and other established artists created a powerful visual and auditory metaphor for the continuity of Malaysian musical heritage.

As these young musicians performed, the audience witnessed not only the present but also the future of Malaysian music.


Selasa, November 05, 2024

M Nasir & Cinta - ZRA Strim

 sumber Youtube ZRA Strim

Cerita-cerita dengan M Nasir pasal cinta, pengalaman & introvert. Adakah kita akan peroleh jawapan-jawapan yang penuh falsafah atau deep?

Sama-sama kita ikuti perkongsian ZRA!


Sabtu, November 02, 2024

Apa pandangan M Nasir terhadap ikon rock Amy Search, Awie, Hattan dan Ella?

petikan Berita Harian  2 November 2024

Oleh Fatin Farhana Ariffin - fatin.farhana@bh.com.my

M Nasir ketika ditemuramah Zainal dalam sesi podcast ZRA yang disiarkan di TikTok ZRA Strim dan Facebook (FB) sejak semalam. Foto FB ZRA Strim

KUALA LUMPUR: Datuk M Nasir berpendapat industri muzik tempatan memiliki ramai penyanyi bagus, namun, belum cukup versatil berdasarkan pemerhatian sejak mula berkecimpung dalam dunia seni lebih empat dekad lalu.

Maestro muzik yang mula aktif sejak 1979 itu memuji beberapa penyanyi seperti Datuk Amy Search, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Ella yang disifatkan mempunyai kualiti suara baik dan tersendiri.

"Penyanyi yang bagus banyak, tetapi mungkin tidak versatil. Dalam hidup saya sebagai penerbit, saya dapati, nasib saya adalah kepada penyanyi yang 'off' sedikit. Dia tidak sempurna. Kebanyakan penyanyi yang saya buat (terbabit dalam proses rakaman) tidak sempurna.

"Tetapi mereka ada bakat yang menjadikan mereka lain daripada lain, namun, ada kekurangan. Amy misalnya ada ekspresi rock yang saya mahukan, pada waktu puncaknya. Dia ada 'range' dan 'tone' suara yang cantik untuk muzik sebegitu.

"Sama juga Awie, 'tone' dia lain tapi mereka berdua ada persamaan. Awie ada suara macam seorang pejuang tapi berjiwa romantis.

"Hattan ada 'tone' yang sesuai dengan lagu yang dibuat. Hattan ada kemahiran menyanyi, dia tersendiri... Tiada orang suara macam Hattan," katanya dipetik daripada sesi podcast bersama Zainal Rashid Ahmad (ZRA) yang disiarkan di TikTok ZRA Strim dan Facebook (FB) sejak semalam.

M Nasir juga menyifatkan Ella mempunyai keunikan yang sukar dicari.

"Ella senang cakap dia tersendiri. Dia ada satu pakej yang susah hendak diulangi oleh mana-mana penyanyi di dunia Melayu ini. Dalam istilah muzik, suara dia 'potong' muzik itu.

"Anehnya, awak tengok penyanyi-penyanyi hebat ini, awak tidak berapa suka dengar dia bercakap. Suara dia bercakap, tidak sedap. Suara dia menyanyi, sedap," katanya.

Bagaimanapun, M Nasir atau nama penuh, Mohamad Nasir Mohamed, 67, mengakui beliau belum bertemu penyanyi yang sama seperti dirinya.

"Mengenai berbakat, banyak penyanyi yang saya jumpa tetapi soal ada visi untuk jadi macam saya, saya tidak rasa saya jumpa.

"Saya susah hendak katakan saya sudah jumpa. Ini kerana saya fikir, pasal perbezaan masa dan cabaran dunia hari ini menjadikan pemikiran mereka lain. Tetapi sesetengah ada yang hampir," katanya.

Dalam temubual yang sama, M Nasir berkongsi bukan mudah baginya menangani kemasyhuran di mana setiap hari beliau berlawan dengan fikiran dek enggan kemasyhuran merosakkan diri.

"Itu yang saya fikir tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari saya fikir untuk jangan layan benda ini. Tetapi saya faham mengenai 'marketing'. Jadi, kalau bercerita mengenai penghibur Barat dan bagaimana kemasyhuran sudah merosakkan mereka dan ramai juga yang sudah melepasi 'benda' itu serta dia boleh kawal dengan fokus kepada jiwa murni.

"Jiwa murni bermaksud kita kena kena faham segala-galanya bukan kita yang buat. Kita tahu benda ini hanyalah permainan. Kemasyhuran adalah permainan sahaja. Tetapi ada orang pandai menggunakan, pandai mengawasi dan pandai mengeksplotasinya. Jadi, bergantung apa kehendak dia dalam dunia ini.

"Kalau ia tak mengganggu ego, okay. Apa engkau hendak buat, buatlah. Tetapi kalau ia mengganggu ego, makin merancakkan engkau punya ego dan kelakuan engkau adalah kemunafikan," katanya.

Memulakan bicara, M Nasir berkongsi bagaimana beliau berhasrat menjadi pelukis yang berjaya, namun, siapa sangka, pembabitannya dalam penerbitan album bahasa Melayu kumpulan Alleycats yang pertama, membuka laluan yang luas buatnya dalam dunia muzik.

"Saya berbual dengan kawan yang juga seorang pelakon. Dia bertanya mengenai rahsia kejayaan sebab dia belum sampai ke tempat yang dia mahu. Ada masanya dia berhenti dan balik kampung sebab putus asa. Sekarang dia kembali tetapi lebih banyak sebagai penulis.

"Dia katakan, dalam industri hiburan ini, lebih banyak nasib daripada kemahiran atau bakat kita. Saya katakan memang iya... Itu sebahagian dalam dunia hiburan ini. Nasib main peranan cukup besar mungkin lebih daripada 50 peratus.

"Saya mula dalam karier ini seperti iya atau tidak. Saya bermula dengan membantu kumpulan Alleycats dalam rakaman nyanyi lagu Melayu sebab mereka bukan orang Melayu dan saya bantu," katanya.

Dalam membantu, M Nasir yang berusia 20 tahun ketika itu, menyanyi dan menunjukkan cara sebutan istilah Bahasa Melayu betul.

"Itu kerja pertama saya dalam dunia rakaman ini. Padahal, mula-mula saya hendak cipta lagu dan saya sudah cadangkan pada insan yang bertanggungjawab buat album Alleycats, iaitu penerbit, Wan Ibrahim Wan Embong... Beliaulah penerbit album pertama Alleycats.

"Saya cadangkan untuk buat lirik dan jual kepada syarikat rakaman. Tidak lama kemudian, Wan Ibrahim dapat tugas terbitkan album Alleycats. Beliau hendak saya bantu siapkan dan saya tulis semua seni kata dalam album pertama itu.

"Album itu terjual lebih 40,000 dan jumlah itu pada ketika itu, boleh dianggap suatu fenomena.

Ketika itu, saya tidak tahu macam mana semua itu terjadi. Namun, ketika itu, orang belum tahu saya penulis lagu. Orang kenal saya sebagai pelakon radio.

"Kemudian saya buat lagu dan senikata Kenangan Lalu untuk Flybaits dan lagu itu pula menjadi hit.

" Jadi, kalau orang tanya macam saya masuk dalam bidang ini dan macam mana hendak bagi nasihat, saya tidak tahu. Ketika itu, saya mahu jadi pelukis yang berjaya tetapi saya tersadung ke dalam dunia muzik," katanya.


Khamis, Oktober 24, 2024

M Nasir pujuk Joey hasilkan single baharu

petikan Berita Harian  24 Oktober 2024 

Oleh Affan Rostam - affan.rostam@bh.com.my

SHAH ALAM: Artis serba boleh, Joey Daud bakal membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian selepas maestro muzik, Datuk M Nasir memujuk tampil dengan single baharu, tidak lama lagi.

Joey atau nama sebenar, Zulkifli Daud, 51, berkata single yang masih dalam fasa pembikinan itu akan menampilkan seorang gitaris hebat dan penyanyi rap dari Sabah.

"Alhamdulillah, M Nasir berjaya memujuk saya untuk buatkan satu single baharu yang akan keluar tidak lama lagi di bawah label Luncai Emas Sdn Bhd, syarikat rakaman milik M Nasir.

"Sekarang masih dalam proses pembikinan dan hampir 80 peratus siap. Saya digandingkan dengan seorang gitaris hebat dan rapper berasal Sabah," katanya ditemui selepas konsert FD4 minggu pertama di Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam, Ahad lalu.

Joey yang masih berdepan masalah tonsil sejak enam tahun lalu berkata, dia mahu kembali mempertaruhkan bakat dalam bidang nyanyian menerusi platform FD4 bergandingan dengan Naqiu.

"Saya tahu komitmen menyanyi sangat besar dengan penjagaan fizikal dan mental. Saya memang ada masalah tonsil sebab saya mengacara dan melawak, semuanya menggunakan suara.

"Saya juga berlakon yang sememangnya menggunakan suara. Program realiti, Famili Duo seperti kejutkan saya daripada tidur.

"Saya bermula dengan bidang nyanyian, jadi mengapa tidak saya tutup mata dengan nyanyian," katanya.

"Saya berdepan masalah tonsil sejak enam tahun lalu. Kalau terlalu sakit doktor akan letak iodin, cuma kalau masih sakit doktor suruh makan vanilla kerana boleh mengecutkan.

"Tiada rawatan, saya ambil pendekatan tidak manjakan diri dan lawan rasa sakit. Seram nak buang sebab jarum suntikan pun saya takut," katanya.

Sebelum aktif sebagai pelakon, pelawak dan pengacara Joey memulakan kerjaya seni dalam bidang nyanyian sekitar 1992.

M Nasir menjadi individu bertanggungjawab membuka jalan buat Joey untuk bergelar penyanyi selepas bakatnya mula disedari dalam satu pertandingan sebelum bernaung di bawah Luncai Emas.

Di bawah Luncai Emas, Joey sempat menghasilkan dua album iaitu Beradu Suratan pada 1994 dan Joey (1996). Joey juga pernah menjadi vokalis Exists antara 2008 hingga 2014.

Sabtu, Oktober 19, 2024

Aksi sepenuh jiwa

 petikan Harian Metro 19 Oktober 2024

Ridzuan Abdul Rahman  mohamadridzuan@hmetro.com.my

BARISAN lagu yang dinyanyikan berjaya mengundang nostalgia dikalangan peminat.

HUJAN lebat Sabtu lalu dari petang membawa ke malam langsung tidak melunturkan semangat penonton untuk membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menyaksikan Konsert Dato M N45ir Cipta 2.

Melihat kesungguhan mereka, sudah dapat diagak detik menarik pasti tercipta menerusi konsert kesinambungan dari Konsert Cipta yang berlangsung di lokasi sama pada 10 Ogos lalu.

Apa yang dijangkakan akhirnya tercipta apabila figura terkenal ini memberikan sepenuh jiwanya untuk persembahan yang disaksikan 8,000 penonton ini.

Tepat jam 9 malam, M Nasir atau 'sifu' tampil membuka pentas dengan persembahan bertenaga mendendangkan lagu Pawana (Search) dan Hukum Karma (Wings). Wah! Permulaan pun sudah 'gempak', seterusnya Rajawali Terbang Tinggi dan Kias Fansuri.

Kuala Lumpur dan Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Malam, Juwita dan Cinta Dewa Dewi (Spider).

Pada ketika ini, penonton semestinya dibuai momen-momen indah ketika lagu-lagu yang didendangkan meniti populariti dan menjadi siulan di bibir mereka.

Lagu-lagu ini pula bukan dinyanyikan dalam versi asal, sebaliknya diberikan nafas baru sesuai dengan vokal M Nasir serta pemuzik dan penyanyi latar yang menjadikan konsert ini sangat gah.

Mereka seramai 23 orang bukanlah baharu, sebaliknya pemuzik profesional yang sudah lama bergiat dalam dunia seni dan tahu rentak permainan M Nasir dalam konsert mega begini.

Mereka diketuai pemain gitar, Nan sebagai pengarah muzik, Firdaus Mahmud (keyboard), Eddie Slam (keyboard), Rafi (gitar), Norman (bass), Ujang Exists (dram), Mohar (seruling), Boy (gambus, seruling), Pa'ang (perkusi Latin), Mat Rock, Awe, Mat Din, Che Long, Anas (perkusi tradisional), Ikhman (trumpet), Hanif (trombone), Aizat (seksofon tenor), Farid (seksofon alto) serta Yuaz, Eja, Widy, Juanita dan Awe sebagai penyanyi latar.

M Nasir juga tidak lupa menyelitkan karya-karya epiknya iaitu Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Tiara dengan idea menampilkan maestro gitar hebat Kid Search menambah lagi perisa konsert ini.

Dalam persembahannya, M Nasir turut menyelitkan celoteh dengan penonton dan adakala celoteh spontan itu agak melucukan sekali gus membuat mereka ketawa.

Pentas seterusnya dihangatkan lagi dengan lagu Duit, Gerhana, Peronda Jaket Biru (Wings), Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi), Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan Awan Nano (Hafiz Suip).

Terpukau jadinya penonton apabila lagu Srikandi Cintaku dan Awan Nano disampaikan dengan penuh perasaan sehingga emosi paling dalam mereka.

Lagu-lagu lain yang dinyanyikan ialah Bonda, Melawan Arus, Bila Rumi Menari, Apokalips, Mentera Semerah Padi, Aduhai kasih Aduhai, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Keroncong Untuk Ana 1, Kenangan Lalu (Flybaits), Hati Emas, Sentuhan Listrikmu, Mustika, Sahabat Gua dan lagu kejutan, Satu Hari Di Hari Raya sebagai penutup.

Tambah meriah apabila penganjur menjatuhkan 10,000 sampul duit raya mengandungi not satu ringgit dari bumbung Axiata Arena.

Meriah sekali apabila konsert ini seakan Anugerah Juara Lagu apabila turut menarik kehadiran ramai selebriti terkenal tanah air.

Antara yang hadir memberikan sokongan ialah kumpulan Wings, Spider, Exists, Lah Ahmad, Datuk Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Fizo Omar, Akim Ahmad, Stacy, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Kehadiran mereka dan penonton dengan tema pakaian denim biru dan putih, memberikan satu aura menarik dalam konsert ini.

Semestinya mereka yang hadir puas hati dan kini berkira-kira untuk segera membeli tiket sebaik Konsert Cipta 3 diumumkan.

Jumaat, Oktober 18, 2024

Sifu tunai janji

petikan Berita Harian 18 Oktober 2024

Oleh Farihad Shalla Mahmud -farihad@bh.com.my

Seperti dijanjikan pada sidang media konsert itu, kira-kira dua bulan lalu, M Nasir mengotakan kata-kata apabila konsert tiga jam itu sarat dendangan lagu romantis termasuk karya yang dihasilkan untuk penyanyi atau band lain. Foto Ihsan Bangsawan Pictures

Seperti dijanjikan pada sidang media konsert itu, kira-kira dua bulan lalu, M Nasir mengotakan kata-kata apabila konsert tiga jam itu sarat dendangan lagu romantis termasuk karya yang dihasilkan untuk penyanyi atau band lain. Foto Ihsan Bangsawan Pictures

KUALA LUMPUR: Konsert Datuk M N45ir Cipta 2 yang menggegarkan Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu lalu bukan sahaja menceritakan perjalanan seni empat dekad maestro muzik, Datuk M Nasir, malah, menghamparkan lautan emosi buat penonton.

Seperti dijanjikan pada sidang media konsert itu, kira-kira dua bulan lalu, M Nasir mengotakan kata-kata apabila konsert tiga jam itu sarat dendangan lagu romantis termasuk karya yang dihasilkan untuk penyanyi atau band lain.

Setiap lagu yang dinyanyikan ada sejarah dan momen tersendiri yang boleh dikaitkan dengan peminat.

Sempat juga M Nasir mengusik penonton yang sebahagian besarnya dalam kalangan Generasi X atau Gen X sebelum menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan anak didik, kumpulan Alleycats.

"Lagu yang saya hendak nyanyikan ini adalah lagu lama, iaitu era 1980-an. Lagu ini untuk Kuala Lumpur.

Bukan sekali, sebaliknya, kerap juga M Nasir menonjolkan sisi berbeza iaitu gemar bergurau, berbanding imej serius yang sering ditampilkan. Foto Ihsan Bangsawan Pictures

Bukan sekali, sebaliknya, kerap juga M Nasir menonjolkan sisi berbeza iaitu gemar bergurau, berbanding imej serius yang sering ditampilkan. Foto Ihsan Bangsawan Pictures

"Lagu ini juga mengingatkan kita kepada bas mini. Tahu atau tidak bas mini itu apa? Tugu Negara tahu tak? Kalau tahu, maknanya semua yang datang sudah tua (ketawa)," katanya sebelum menyampaikan lagu Senyumlah Kuala Lumpur dan Andainya Aku Pergi Dulu.

Bukan mudah untuk komposer yang pernah menghasilkan ribuan lagu memilih karya yang mahu didendangkan pada konsert itu.

Bagi sebuah acara yang menghimpunkan penonton daripada pelbagai generasi, penganjur sangat cerewet daripada segi pemilihan lagu. Langkah ini bagi memastikan misi konsert 'santapan jiwa' itu menusuk ke sanubari setiap penonton.

Dibuka dengan Pawana nyanyian Search dan Hukum Karma dendangan Wings, M Nasir membuat penonton terpinga-pinga dan tidak menyangka lelaki berusia 67 tahun sepertinya mampu menari sambil menyanyi dengan stamina ampuh.

M Nasir kembali mengusik hati penonton apabila menyanyikan lagu Malam yang disifatkan sesuai untuk mereka yang emosinya rapuh pada malam itu.

"Ini sebuah lagu yang emosional. Bagi orang yang emosional. Sekarang ini ramai yang emosional dan selalunya perasaan emosi itu datang pada waktu malam.

"Jadi saya dedikasi lagu ini kepada mereka. Kepada mereka yang bagus suaranya, bolehlah menyanyi bersama. Mereka yang tidak bagus, jangan," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa penonton.

Bukan sekali, sebaliknya, kerap juga M Nasir menonjolkan sisi berbeza iaitu gemar bergurau, berbanding imej serius yang sering ditampilkan.

Ketika M Nasir yang mendapat jolokan sifu ini berbual dengan penonton sebelum menyampaikan lagu Bonda, ada rasa sebak dalam nada suaranya itu.

"Saya memang tidak boleh kalau hendak bercerita pasal emak sebab dia sudah tiada. Nanti saya sedih.

"Kepada mereka yang menghantar foto ibu mereka untuk dipaparkan di layar lebar, bolehlah perhatikan ada atau tidak wajah ibu anda di situ," katanya yang memberi pengiktirafan kepada wanita bergelar ibu ketika menyanyikan lagu yang dipetik dari album Canggung Mendonan itu.

Lagu nyanyian sendiri yang turut mengisi senarai persembahan adalah Rajawali Terbang Tinggi, Kias Fansuri,Duit-duit, Lagu Jiwa Lagu Cinta, Melawan Arus, Bila Rumi Menari, Apokalips, Mentera Semerah Padi, Hati Emas dan Keroncong Untuk Ana.

M Nasir turut membangkitkan nostalgia penonton seperti Kenangan Lalu nyanyian Flybaits, Srikandi Cintaku dan Awan Nano sebelum menggamatkan stadium dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya sebagai lagu penutup.

Ketika itu, 10,000 sampul raya berisi duit RM1 jatuh bertaburan daripada bumbung mengiringi nyanyian M Nasir, lantas, menggamatkan suasana.

Dibuka dengan Pawana nyanyian Search dan Hukum Karma dendangan Wings, M Nasir membuat penonton terpinga-pinga dan tidak menyangka lelaki berusia 67 tahun sepertinya mampu menari sambil menyanyi dengan stamina ampuh. Foto Ihsan Bangsawan Pictures

Dibuka dengan Pawana nyanyian Search dan Hukum Karma dendangan Wings, M Nasir membuat penonton terpinga-pinga dan tidak menyangka lelaki berusia 67 tahun sepertinya mampu menari sambil menyanyi dengan stamina ampuh. Foto Ihsan Bangsawan Pictures

Biarpun tempoh persiapan hanya dibuat dua bulan, namun, konsert kesinambungan itu bukanlah sekadar melepaskan batok di tangga.

Selain pemilihan lagu yang menepati cita rasa, konsert anjuran ICON Entertainment itu sempurna dengan penampilan istimewa gitaris terkenal, Kid mengiringi M Nasir menyampaikan lagu Fantasia Bulan Madu, Isabell dan Tiara.

Bunyi yang dihasilkan dari 'gorengan' gitar milik Kid atau nama sebenr Hamzah Mohd Taib itu menambahkan lagu 'bisa' serta 'aroma' melodi hit itu.

Selain paparan visual yang menarik dengan pelbagai bentuk grafik dan berwarna-warni, kejayaan konsert ini juga banyak dibantu 23 pemuzik di bawah pimpinan pengarah muzik, Aznan Alias yang berjaya menjadikan susunan muzik lebih 'besar'.

Meskipun tidak menyatakan dengan jelas namun konsert Cipta tidak akan terhenti setakat dua siri sahaja. Penganjur seakan memberi bayangan M Nasir bakal beraksi secara hatrik dengan elemen serta konsep berbeza.

Rabu, Oktober 16, 2024

Cipta 2 panggung seni agung M. Nasir

petikan HipGlam 16 Oktober 2024

oleh HAIKAL ISA   

SEBELUM bercerita panjang lebar, ingin ditegaskan di sini, betapa susuk bernama Datuk M. Nasir selayaknya diiktiraf legenda dengan kemenjadian konsert M.Nasir Cipta 2 yang melabuhkan tirainya Sabtu lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert anjuran Icon Entertainment tersebut berjalan cemerlang dari minit pertama hingga dilunaskan tiga jam kemudian.

Dari sudut kawalan pentas, pencahayaan, momen interlude, listrik vokal, interaksi dengan penonton dan pelbagai perihal signifikan lain, produksi Cipta 2 kali ini memang tiada galang gantinya dan kekal dalam benak fikiran penulis sebagai antara persembahan pentas paling hebat untuk 2024.

Memang semakin kukuhlah pernyataan yang dilontarkan orang penting industri bahawa kalau ingin belajar soal persembahan atau karisma pentas, belajarlah daripada figura bernama Mohamad Nasir Mohamed itu.

Tidak mahu dibocorkan bagaimana pola persembahan berlangsung pada persembahan Sabtu lalu menerusi tulisan ini. Maka jika kalian tidak berkunjung ke Axiata, itu adalah satu bentuk kerugian yang barangkali boleh ditebus untuk edisi ketiga kelak (jika ada).

SEPENUH jiwa dan menumbuhkan rimbunan rasa, Cipta baik 1 atau 2 bukanlah sekadar konsert tetapi pentas untuk M. Nasir bercerita tentang citra dan cintanya terhadap apa sahaja yang ada di mata dan jiwa.

Yang penting, M. Nasir mendendangkan kesemua lagu yang menjadi kegemaran ramai dan berstatus malar hijau.

Merupakan antara pemuzik terbaik Nusantara, beliau membuktikan usia bukan penghalang.

Masih gagah pada usia 67 tahun, seperti pada edisi sulung, anak kelahiran Bukit Panjang (dahulu Koloni Singapura) itu menyanyikan lagu-lagu popular dendangan asal yang ‘dibangunkan’ artis lain menerusi magis gubahan muziknya.

Pemilihan

Antara yang berkumandang pada malam tersebut termasuklah kebanyakannya lagu dendangan Search seperti Pawana, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Laila Namamu Teratas dan Kejoraku Bersatu.

Karya gubahannya yang mengangkat nama kumpulan rock Wings seperti Hukum Karma dan Peronda Jaket Biru turut dilaungkan pada malam tersebut dan disambung dengan energi sing-along daripada lebih 8,000 penonton yang membanjiri Axiata.

SETEGUH kersani, M. Nasir seperti tiada lelah memuncakkan energi selama hampir tiga jam beraksi sepanjang konsert.

Percaturan meletakkan bait-bait lirik di kiri dan kanan skin LED pentas ternyata satu langkah bijak biarpun bagi penulis secara peribadi, kalau tiada pun lirik terpampang, satu stadium sudah semula jadi bergema kerana kesemua lagu didendangkan memang evergreen.

Ketika bertemu dengan teman-teman media usai konsert dilunaskan, M. Nasir berkata, konsert kali ini memberikan kepuasan yang berbeza berbanding edisi pertama.

“Agak berbeza kerana jurutera muzik kali ini lain. Makan masa juga sebenarnya untuk menyesuaikan dan melazimkan bunyi.

“Dia atas pentas kalian tak tahu apa macam mana bunyinya, bukan?

“Saya cuma harap apa yang dilaksanakan memuaskan semua,” katanya.


Dua siri, Cipta 1 dan Cipta 2 cukup namun jika Cipta 3 sedang direncana, M. Nasir sudah tidak perlu gusar kerana masih ada yang kedahagaan hiburan daripadanya.

‘Buat konsert kerja saya’

Ditanya seberapa kerap beliau ingin berkonsert susulan kejayaan demi kejayaan diraih, begini jawab: “Itu semua atas permintaan.

“Kalau ada permintaan yang cukup banyak, kita boleh buatlah.

“Tapi, biar kena masa yang betul. Sebab bagi saya, konsert ini seharusnya memberi kesan kepada penonton. Buat konsert sebesar ini, bukan senang sebenarnya.

“Nak kumpulkan orang yang nak komited nak buat konsert pun susah.

“Orang yang berpengalaman macam Iman Tang, dia boleh sahaja. Minggu depan kalau dia nak buat satu (konsert), dia boleh buat (ketawa).”


DITERAJUI Iman Tang, penganjuran Konsert M. Nasir Cipta 2 dan edisi pertamanya mungkin menjadi produksi konsert tanah air terbaik yang pernah disaksikan peminat tahun ini.

Antara lagu yang didendangkan pada malam konsert termasuklah Kenangan Lalu dipopularkan Flybaits. Kata M. Nasir, tidak semua tahu tentang kewujudan lagu tersebut, terutama pendengar muzik era sekarang.

Lagu berkenaan sangat popular era 1980-an dan menjadi tanggungjawabnya melazimkan karya sehebat seindah itu buat generasi hari ini.

“Mungkin sebahagian besar anak sekarang tak pernah dengar lagu itu. Yang datang konsert malam ini puratanya usia 40 tahun ke atas.

“Bagi mereka yang tahu. lagu itu (Kenangan Lalu) memberi kesan nostalgia yang sangat asyik. Kalau dengar, boleh nampak gambaran kehidupan,” ungkapnya.

Ditanya tentang bagaimana deras adrenalin dalam jiwanya sering mengadakan konsert pada usia yang menghampiri angka 70, kata M. Nasir berulang kali: “Saya seronok buat konsert sebab itu kerja saya sebenarnya. Saya kena seronok dengan kerja saya.”

Selain momen-momen lain yang dipancarkan di pentas, antara yang menjadi percakapan ramai adalah pemilihan lagu Satu Hari Di Hari Raya sebagai penutup.

KONSERT M.Nasir Cipta 2 melakar memori indah buat peminat tegar maestro tersohor negara ini.

Momen raya, stadium

Kata sosok yang mendapat gelaran Sifu itu, beliau hanya ingin merelevankan lagu tersebut.

“Hari raya ini adalah hari kegembiraan dan kemenangan.

“Jadi, niat saya nak menghadiahkan lagu tersebut untuk mereka yang terkesan dengan peperangan dan macam-macam penindasan. Saya rasa pemilihan itu bersifat relevan,” katanya.

M. Nasir tidak menolak andai diberi peluang dan kudrat untuk mengadakan konsert berskala stadium pada masa hadapan.

Katanya, beliau seorang penyanyi yang banyak melakukan ad-lib (secara spontan) dan itu sangat penting.

“Saya menyanyi banyak ad-lib tak sama dengan rakaman. Kena banyak sesuaikan dengan keadaan dan penyanyi baharu sekarang kena belajar. Saya percaya mereka boleh.

“Konsert berskala stadium (stadium-scale) kita kena rancanglah. Mungkin peminat 40 tahun ke atas di Kuala Lumpur dah habis nak datang konsert (ketawa), saya nak tarik budak-budak yang 40 tahun ke bawah lepas ini,” tutupnya. – HIBGLAM

Selasa, Oktober 15, 2024

ICON Entertainment rancang Konsert Dato M.N45ir Cipta di Singapura

petikan Harian Metro 15 Oktober 2024

Ridzuan Abdul Rahman  mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemilik ICON Entertainment, Iman Tang memaklumkan tidak memikirkan untuk menganjurkan konsert artis lain selepas kejayaan penganjuran Konsert Dato M.N45ir Cipta dan Cipta 2 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

"Sekarang tiada siapa selepas Datuk M Nasir. Maksud saya, Ikon bagi saya ada kriteria yang melabelkan. Macam Datuk bagi saya adalah penyanyi nombor satu negara.

"Sebabnya dia cipta lagu dan menyanyikan lagu. Dia penghibur. Setakat ini saya belum ada plan lain. Saya berbual dengan beliau dan tahun depan mungkin akan ada konsert, sesuatu yang baru.

"Saya juga ada perancangan bawa Datuk ke Singapura tapi mungkin gabung Cipta 1 dan 2 kerana banyak permintaan. Saya pun hormat kerana Datuk berasal dari Singapura. Penat kalau buat dua hari," katanya.

Iman Tang berkata, dia mempunyai perancangan untuk menganjurkan Cipta 3 tetapi belum mahu menghebohkannya.

"Kadangkala idea itu datang spontan. Cipta bukan saja akan dibuat di Kuala Lumpur tapi lokasi bandar besar lain juga supaya mereka yang duduk jauh boleh datang menonton.

"Apa pun, perancangan kena sempurna untuk promosikan konsert ini. Saya boleh buat banyak konsert artis, tapi macam Datuk kalau salah atau tak menjadi akan rosakkan namanya.

"Dah tentu pada lain masa kesannya akan membabitkan penaja dan pelbagai pihak, semuanya susah untuk diadakan,"

Muzik rock hampiri penghujungnya – M. Nasir

petikan Utusan Malaysia 15 Oktober 2024

Oleh WAFA AULA

SUNGAI BULOH: Penyanyi dan maestro muzik, Datuk M. Nasir menyangkal pandangan yang mengaitkan perpecahan sejumlah besar kumpulan-kumpulan rock di negara sebagai punca muzik rock menjadi semakin tenat.

Menurut pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed, 67, peralihan trend muzik dunia yang membuatkan kegemila­ngan industri rock kini menghampiri penghujungnya.

Beliau berkata, kegemilangan muzik rock dan pemuzik­nya telah mencapai kemuncaknya pada era 80-an hingga 90-an.

“Kini, muzik rock seluruh dunia semakin tenat, tetapi bukanlah kerana ada kumpulan berpecah atau ada ahli band yang meninggal dunia.

“Bagaimanapun, muzik rock masih mempunyai pengikut tegar dan komuniti tersendiri. Tinggal sahaja mungkin kemajuannya tidak serancak muzik-muzik baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

M. Nasir mengulas pendapat segelintir penyanyi yang berpandangan industri rock di Malaysia semakin tenat kerana berlaku perang dingin antara band sehingga menyebabkan perpecahan.

Ditanya mengenai gelombang muzik semasa yang dikatakan bakal mendominasi pasaran tempatan, komposer yang mendapat julukan ‘sifu’ itu merasakan cita rasa pendengar masa kini sukar dijangka.

“Corak gelombang muzik di negara kita adalah berbeza-beza. Contoh seperti lagu leman (jiwang) yang kita tidak sangka akan kembali.

“Pengaruh muzik semasa sukar untuk kita jangka. Tetapi, saya tidak nafikan kegemila­ngan muzik rock sudah berlalu,” jelasnya. – UTUSAN

Apa tangkal M Nasir pakai?

petikan FreeMalaysiaToday 15 Oktober 2024

oleh Ronasina

Sabtu lepas saya ke konsert Cipta 2: M Nasir selepas menonton Cipta 1 pada 10 Ogos lalu. Gila betul! Bayangkan seorang penyanyi membuat konsert berskala besar dua kali dalam tempoh dua bulan, di tempat sama dan tiketnya habis dijual. Apa lagi kita mahu cakap tentang M Nasir? Apa bukti nak kita minta lagi ketika usia beliau sudah menjangkau 67? Sama sebaya dengan Malaya merdeka, tau? Apa barang dia pakai sampai stadium penuh sesak? Tangkal apa dia guna? Ilmu pengasih apa dia calit pada kita?

Pertama kali saya menonton konsert solo M Nasir ialah sewaktu berusia 19 tahun. Ia berlangsung hanya di dalam sebuah dewan bersaiz sederhana di Wisma MCA, Ampang. Waktu itu saya baru tahun pertama sebagai guru pelatih di sebuah maktab perguruan di Kuala Lumpur.

Ketika masih kanak-kanak saya pernah menonton di TV di mana M Nasir bersama kumpulan Kembara menyanyikan lagu Empat Penjuru dengan mukanya berconteng. Lagu tersebut mengisahkan tentang kekesalan ‘mat dadah’ yang berada di dalam penjara. Imej muka berconteng tersebut cukup melekat di dalam kepala saya.

Lain macam dia ni, kata saya waktu itu. Dan kemudian saya menonton filem lakonannya Kembara Seniman Jalanan (arahan Nasir Jani – 1986). Masa itu kita sudah tahu lagu-lagu ciptaan M Nasir yang sudah meletup daripada kumpulan Flybaits, Alleycats sehinggalah masuk zaman rock seperti kumpulan Search, Wings, BPR dan Bloodshed. Kemudian M Nasir secara solo kembali meletup dengan lagu Mustika, sebuah lagu irama nusantara di saat rock yang dia juga terlibat cetuskan itu meledak. Irama nusantaranya berjaya mencelah masuk antara kehangatan muzik rock dan pop sehingga menjadi fenomena.

Jadi, untuk menonton konsert solo pertama M Nasir itu yang dinamakan ‘konsert Gong Impian 1992’ meragukan saya sedikit kerana yang kerap dimomokkan di media hiburan waktu itu ialah M Nasir ini unik, pendiam dan misteri. Saya tertanya-tanya apa akan jadi pada konsert itu nanti? Mesti beku dan kaku. Dia kan jenis nyanyi terpacak macam tiang elektrik! Mesti tak macam konsert Search dan Wings yang kerap saya pergi di Stadium Negara. Bising, penonton penuh, aksi band lincah dan ligat. Konsert M Nasir? Ah! Tak apalah! Layan sajalah.

Rupanya telahan saya meleset. Saya teruja gila apabila dibawa ke dimensi lain sebuah konsert. Pertama kali saya menonton sebuah konsert yang persembahan pembukaannya diangkat dengan bacaan puisi oleh penyair Abdul Ghafar Ibrahim (Agi) dan Pyanhabib. Ini cukup menginspirasikan saya sehingga tidak langsung saya berasa letih dan risau pulang berjalan seorang diri ke asrama maktab dari Ampang pada waktu tengah malam. Semangat konsert telah membuat saya menjadi berani. Imej-imej dari konsert bermain di dalam kepala sepanjang saya berjalan menuju Bandar Tun Razak membuatkan saya lupa dengan salakan anjing atau ancaman penyamun.

Pada zaman itu kawan-kawan saya tahu saya peminat tegar M Nasir malah saya dijuluki dengan nama M Nasir juga sebab kata mereka ‘tone’ suara saya, ekspresi muram saya, termenung saya, malah tandatangan saya pun macam M Nasir. Saya sendiri keliru waktu itu di manakah diri saya sendiri. Ternyata hidup saya telah diselubungi M Nasir. Kena rasukkah saya? Atau kena guna-guna? Ha! Ha! Ha!

Kemudian siri demi siri konsert M Nasir saya hadir. Konsert Canggung di Stadium Negara pada 1994 yang penuh, konsert Akar Manifestasi Akustika di Dewan Merdeka PWTC 1996, konsert Andalusia di Stadium Merdeka pada 1999 dan seterusnya…lagi dan lagi sehinggalah konsert Cipta 2 minggu lalu.

Tak terbayang saya apabila mengingatkan yang lagu Mentera Semerah Padi sudah berusia 30 tahun. Ia tak sama apabila teringat waktu Tingkatan 5, kawan saya memasuki pertandingan nyanyian di sekolah membawakan lagu pop yeh-yeh yang pada 1990 lagu tersebut sudah 30 tahun juga. Terasa benar lagu tersebut ‘veteran’ tetapi Mentera Semerah Padi masih dimainkan malah hari ini masih cukup popular di sekolah apabila budak-budak buat persembahan silat di atas pentas.

Konsert ‘Cipta M N45IR’ tahun ini dengan angka 45 menggantikan huruf A dan S pada namanya itu juga mewakili seniman angkatan zamannya dan peminat yang mengikutinya. Terus unggul selama 45 tahun bukan senang. Bukan calang-calang apatah lagi untuk menyanyi di sebuah konsert besar. Peminat seusia kami yang dah ‘5 series’ ini pun bukan senang mahu turun pergi. Sibuk ke masjid kalaupun tidak jenuh mengepung cucu. Lagipun, 24 jam kemudian mesti ada yang akan muat naik di YouTube. Tengok situ sajalah!

Tapi saya hadir sejak dari zaman tengok jauh-jauh tanpa ada layar lebar sehinggalah hari ini yang siap ada skrin LED di dinding pentas dengan imej-imej visual grafik berteknologi tinggi.

Saya mungkin berpandangan kolot atau ‘eksyen’ dengan zaman 30 tahun lalu dan merasakan visual grafik LED ini hanya sedap dari segi kecanggihannya sahaja tetapi ia tidak cukup menyokong kuat sebuah persembahan terutama persembahan M Nasir. Adakalanya montaj-montaj ini janggal dan entah apa-apa yang saya rasa pada sesetengah lagu tak payah ada pun tak apalah sebab tak membantu langsung. Bagi sayalah!

Saya masih terbayang muka berconteng M Nasir di kaca TV dengan lagu Empat Penjuru itu. Bayang-bayang orang sebenar bersilat di balik layar kain putih besar ketika konsert Canggung 1994 masih saya ingat selain segerombolan pasukan silat membawa bendera berbagai warna serta gimik dua kanak-kanak (anak M Nasir) bermain pedang di atas pentas sebelum berlari ke belakang pentas. Pada konsert Akar, saya masih terbayang prop kepala lembu berwarna emas dibawa naik ke pentas ketika lagu Keroncong Nostradamus dinyanyikan. Saya kesurupan.

Tetapi itu cerita dulu. Untuk dulu, biarlah berlalu. Seperti kata M Nasir tempoh hari selepas menyanyikan lagu hit malar segarnya Kenangan Lalu (Flybaits). ‘Kenangan dah berlalu. Lupakanlah lagu itu.’ Dan semua penonton ketawa. Barangkali beliau mengajak kita ‘move on’ kot? Ini dah zaman LED, semuanya di skrin sahaja – apa perlu susah-payah?

Apa-apahal, terima kasih M Nasir kerana pernah menyelubungi hidup saya. Untuk saya, tiada apa lagi bukti yang saya mahu tengok. Sudah terlalu cukup dalil untuk Datuk menjadi ikon abad ini. Persoalannya apa tangkal ‘dia’ pakai sehingga turut juga digilai oleh anak muda, korporat, profesional dan marhaen?

Sebenarnya M Nasir bukan setakat menyanyi tetapi keterlibatan beliau dalam filem, teater, catan dan lukisan serta tulisannya yang mengandungi nilai sastera tinggi itulah ramuan penyedapnya. Penguasaan dalam bidang tersebut adalah resipi setiap kali beliau buat persembahan. Ia bukan dibuat-buat. Ia adalah adunan sebati dan semula jadi lalu kesedapan pun automatik jadi sendiri. Ini difahami oleh pemuzik-pemuziknya dan sebab itulah pemuzik-pemuzik di belakangnya terus kekal bersama sejak dulu hingga kini.

Beliau ada ‘barang’. Itulah barang yang beliau pakai. Jika tanya saya apa tangkal M Nasir, saya akan jawab tangkal azimatnya bernama ‘gemala sakti’. Tak semua orang ada. Gemala sakti itulah yang harus kita cari, kenal dan hayati.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Isnin, Oktober 14, 2024

Dihujani Duit Raya Ketika Konsert! Ini Perkara Menarik Yang Berlaku di ‘DATO’ M.N45IR CIPTA 2

petikan Murai 14 Oktober 2024

by Naddy Joe  

Masih ramai yang tidak dapat ‘move on’ betapa gah konsert DATO’ M.N45IR CIPTA yang dibawakan oleh penganjur Icon Entertainment itu.

Tenaga M. Nasir, seleksi lagu-lagu serta barisan pemuzik dan pasukan yang menghidupkan Konsert Dato M.N45ir Cipta masih dibanggakan sebagai konsert terbaik di pertengahan tahun 2024.

ICON Entertainment dengan suka cita dan berbesar hati membawa sang legenda yang tiada duanya ini kembali menerusi satu lagi siri eksklusif konsert khas buat pencinta dan peminat sejati Mohamad Nasir Mohamed ini.

Disifatkan sebagai extended version CIPTA, ia dinamakan sebagai Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2. Tanggal 12 Oktober 2024 dipilih sebagai hari perayaan seniman bersama peminat yang sekali lagi akan membuat seluruh Axiata Arena Bukit Jalil bergema. Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 yang berlangsung 12 Oktober 2024 iatu tempoh yang agak jauh berbanding banyak penganjuran dua hari mengikut permintaan yang tinggi adalah kerana menghormati konsert rakan industri yang terlebih dahulu sudah dimeterai.

Berikut adalah antara momen menarik yang berlaku sepanjang konsert Datuk M. Nasir yang berlangsung di Axiata Arena pada Sabtu:

Dihadiri Selebriti Tempatan

Antara selebriti tempatan yang hadir memberikan sokongan adalah kumpulan Wings, Kumpulan Spider, Kumpulan Exists, Lah Ahmad, Dato Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy, Anas Ridzuan, Amerul Affendi dan ramai lagi.

Kemunculan Kid Search


Kemunculan pemain gitar Search, Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib mengiringi lagu Fantasia Bulan Madu dan Isabella serta Tiara yang dipopularkan oleh Kumpulan Kris itu telah berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada 8,000 penonton yang hadir.


Dilengkapi 23 Pemuzik Hebat



Barisan 23 pemuzik hebat melengkapkan lagi keunggulan malam CIPTA 2. Dengan bilangan lagu sebanyak 32 buah lagu, konsert berjalan dengan jayanya selama tiga jam.


Mempersembahkan 32 Buah Lagu

1. Pawana (search)

2. Hukum Karma (wings)

3. Rajawali terbang Tinggi

4. Kias Fansuri

5. Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats)

6. Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)

7. Malam

8. Juwita

9. Cinta Dewa Dewi (Spider)

10. Fantasia Bulan Madu (Search)

11. Isabella (Search)

12. Tiara (Kris)

13.Duit-duit/ gerhana

14. Peronda jaket Biru (wings)

15. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi)

16. Srikandi cintaku

17.Awan nano

18.Bonda

19.Melawan Arus

20.Bila Rumi Menari

21.Apokalips

22.Mentera Semerah padi

23.Aduhai kasih Aduhai

24.Mencurah Janji di Daun keladi

25. Keroncong Untuk Ana 1

26. Kenangan Lalu (Flybaits)

27. Hati Emas

28. Sentihan Listrikmu

29.Mustika

30. Sahabat Gua

31.Ada

32. SURPRISE!- SATU HARI DI HARI RAYA


‘Dihujani Duit Raya’



Selain memberikan kejutan dengan menyanyikan lagu raya sebagai penutup malam konsert, penonton yang hadir turut dikejutkan dengan 10,000 sampul duit raya yang berisi RM1 yang diterbangkan dari bumbung Stadium Axiata Arena buat para penonton yang hadir.

Untuk konsert kali ini para pemuzik serta penonton lengkap berpakaian denim biru dan warna putih yang merupakan tema untuk busana kali ini.

Tahniah diucapkan kepada penganjur Icon Entertainment kerana telah menjayakan acara ini dan juga OPR NETWORK kerana menjemput MURAI hadir ke konsert. Kesempatan untuk menyaksikan persembahan hebat ini tentunya memberi inspirasi kepada peminat muzik di seluruh negara. Semoga lebih banyak lagi konsert seperti ini diadakan di masa hadapan, membawa lebih banyak keceriaan dan pengalaman indah kepada semua.


Konsert M N45IR Cipta 2 Dibanjiri 8,000 Penonton, ‘Dihujani’ 10,000 Keping ‘Duit Raya’ Dalam Stadium

petikan OH BULAN 14 October2024 

oleh Amirul Ilyasha

Penyanyi dan maestro muzik, Datuk M. Nasir bukan sahaja membuat kejutan menyanyikan lagu raya sebagai penutup Konsert M N45IR Cipta 2 tetapi turut mencuri perhatian ‘memberikan’ duit raya kepada penonton yang hadir.

Artikel Berkaitan: Merinding! Konsert Gendang Pati Sifu M. Nasir Buat Penonton Bagai ‘Dirasuk’ Roh Nusantara

Beri 10k ‘duit raya’



Ketika persembahan penutup sedang berlangsung, panganjur konsert berkenaan iaitu Icon Entertainment telah menerbangkan 10,000 sampul duit raya yang berisi duit RM1 dari bumbung stadium Axiata Arena.

Menurut Iman Tang selaku pengajur, duit tersebut diterbangkan sebagai simbolik kepada hari raya dan dalam masa yang sama ingin menyampaikan mesej betapa besarnya nilai RM1 pada 45 tahun yang lalu.

Kita sediakan dalam 10 ribu sampul duit raya di mana setiap daripadanya diisi dengan duit kertas baru bernilai seringgit.

Lagu hit Suatu Hari di Hari Raya itu sudah seperti lagu kebangsaan yang saya fikir perlu dibawakan walaupun kita bukan berada di bulan Syawal.

Ada nota juga di sampul itu duit mengingatkan duit seringgit yang diberikan besar nilainya pada 45 tahun yang lalu.

Iman Tang berkongsi perkara tersebut ketika sesi sidang media sejurus selepas selesainya konsert Cipta 2 yang bertempat di Axiata Arena pada Sabtu.

Idea disambut baik M. Nasir


Sementara itu, M. Nasir mengakui dirinya menyambut baik idea yang diberikan pihak penganjur dan merasakan idea tersebut adalah peluang untuknya berkongsi rezeki bersama penonton yang hadir.

Selalunya benda seperti ini saya anggap kelakar sahaja.

Tapi di sebalik kelakar, ada makna yang mendalam dari segi persembahan.

Ia juga menunjukkan sikap pemurah dan nilai kemanusiaan yang ada dalam diri penganjur walaupun seringgit.

Ditanya mengenai pemilihan lagu ‘Satu Hari Di Hari Raya’ sebagai penutup, M. Nasir berkata lagu tersebut adalah dedikasi buat mereka yang sedang berada di negara bergolak.

Sebenarnya saya mahu relevankan lagu itu dalam konsert yang bukan hari raya.

Istilah ‘Hari Raya’ selalu kita guna untuk menggambarkan kegembiraan dan kemenangan.

Saya mahu nyanyikan lagu itu kepada mereka yang terkesan peperangan dan penindasan.

Di malam konsert tersebut, M. Nasir telah menyanyikan 32 buah lagu popular yang dihasilkannya dari pelbagai genre muzik di hadapan 8,000 orang.

Konsert tersebut turut dihadiri beberapa selebriti tempatan yang lain termasuklah kumpulan Wings, kumpulan Spider, Lah Ahmad, Dato Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy dan ramai lagi.


Ahad, Oktober 13, 2024

Konsert Cipta 2, M. Nasir tabur ‘duit raya’ RM10,000 dari bumbung stadium

petikan Kosmo! 13 Oktober 2024

Oleh MOHD. HAIKAL ISA

M. Nasir membuat kejutan menaburkan RM10,000 'duit raya' kepada penonton pada penghujung konsert Cipta 2 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir membuat kejutan pada konsert M N45IR Cipta 2 apabila menerbangkan wang kertas RM1 berjumlah RM10,000 dari bumbung stadium kepada penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Penganjur konsert iaitu Iman Tang mewakili Icon Entertainment memaklumkan, lagu penutup Satu Hari Di Hari Raya dipilih kerana karya tersebut umpamanya seperti antem kebangsaan yang bukan sahaja dinyanyikan pada hari raya Aidilfitri.

“Kita sediakan dalam 10 ribu sampul duit raya, setiap daripadanya diisi dengan duit kertas baharu bernilai seringgit.

“Lagu hit Suatu Hari di Hari Raya itu sudah seperti lagu kebangsaan yang saya fikir perlu dibawakan walaupun kita bukan berada di bukan hari raya. Apa salahnya.

“Ada nota juga di sampul itu duit mengingatkan duit seringgit yang diberikan besar nilainya pada 45 tahun yang lalu,” katanya.

Menyambut baik idea penganjur, M. Nasir, 67, berasakan apa yang dilakukan pihaknya dan penganjur adalah peluang baik untuk berkongsi rezeki kepada penonton yang hadir.

“Selalunya benda seperti ini saya anggap kelakar sahaja. Tapi di sebalik kelakar, ada makna yang mendalam dari segi persembahan.

“Apa yang dijayakan (malam tadi) juga menunjukkan sikap pemurah dan nilai kemanusiaan yang ada dalam diri penganjur walaupun seringgit,” jelasnya.

Mengulas pemilihan lagu Suatu Hari di Hari Raya sebagai penutup, M. Nasir mahu menghadiahkan lagi tersebut kepada mereka yang berada di negara bergolak.

“Sebenarnya saya mahu relevankan lagu itu dalam konsert yang bukan hari raya.

“Istilah ‘Hari Raya’ selalu kita gunakan menggambarkan kegembiraan dan kemenangan. Jadi, saya mahu nyanyikan lagu itu kepada mereka yang terkesan peperangan dan penindasan,” jelasnya.

Pada konsert malam tadi, M. Nasir menyanyikan 32 lagu popularnya dari pelbagai genre muzik di hadapan lebih 8,000 penonton.

Antara selebriti tempatan yang hadir memberikan sokongan adalah kumpulan Wings, Spider, Lah Ahmad, Datuk Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy dan ramai lagi.

Para pemuzik serta penonton lengkap berpakaian denim biru dan warna putih sebagai tema untuk busana kali ini. – KOSMO! ONLINE

10,000 sampul duit raya RM1 terbang dari bumbung

petikan Berita Harian 13 Oktober 2024

Oleh Farihad Shalla Mahmud - farihad@bh.com.my

Segmen penutup Konsert Datuk MN45ir Cipta 2 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi meriah apabila M Nasir mengakhiri persembahannya dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya. - Foto Ihsan Bangsawan Pictures

KUALA LUMPUR: Segmen penutup Konsert Datuk MN45ir Cipta 2 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi meriah apabila M Nasir mengakhiri persembahannya dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya.

Lebih menggamatkan keadaan apabila 10,000 sampul raya berisi duit RM1 jatuh bertaburan daripada bumbung mengiringi nyanyian penyanyi dan komposer tersohor itu.

Mengulas kejutan yang dibuat penganjur konsert, M Nasir berkata, dia terbuka untuk menerima idea kerana mempunyai nilai positif di dalamnya.

"Selalunya benda-benda macam ini saya anggap kelakar sahaja, tapi di sebalik kelakar ada makna yang mendalam dari segi persembahan.

"Ia juga menjadi metafora dalam diri promoter konsert yang ada sikap nak buat kebajikan dan cintakan kepada kemanusiaan.

"Walaupun nilai hanya seringgit tapi bagi saya idea itu penting," katanya pada sidang media selepas konsert berakhir.

M Nasir mengundang Kid mengiringi persembahannya ketika menyampaikan lagu Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Tiara. - Foto Ihsan Bangsawan Pictures

Sementara itu, pengasas ICON Entertainment, Iman Tang memaklumkan pemberian duit raya itu mempunyai maksud tersendiri buat dirinya.

"Kita sediakan dalam 10,000 sampul duit raya dan minta tukarkan RM10 ribu kepada RM1 not baharu. Lagu hit, Satu Hari Di Hari Raya itu memang 'anthem' dan saya rasa ia harus dibawakan.

"Kalau bukan di bulan raya pun, apa salahnya? Selain duit seringgit, ada juga nota yang tertulis duit RM1 besar nilainya 45 tahun lalu," jelasnya.

Terdahulu, menerusi konsert durasi tiga jam itu, komposer yang mendapat jolokan Sifu itu menyanyikan lebih 30 lagu termasuk lagu penyanyi lain yang mendapat sentuhannya.

Gitaris terkenal, Kid turut menghangatkan lagi konsert itu apabila mengiringi M Nasir dengan petikan gitarnya ketika lagu Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Tiara didendangkan.

Antara selebriti tempatan yang hadir memberikan sokongan termasuklaj Wings, Spider, Lah Ahmad, Datuk Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy dan ramai lagi.

Untuk konsert kali ini pemuzik dan penonton lengkap berpakaian denim biru dan warna putih yang menjadi tema konsert kali ini.

Konsert Dato’ M. Nasir CIPTA 2: Sebuah perayaan seni yang tak dilupakan

 petikan SUARA TV 13 Oktober 2024

FendiGhafar

Pada 12 Oktober 2024, Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Axiata Arena, Bukit Jalil. Selepas kejayaan konsert pertamanya, CIPTA, Dato’ M. Nasir meneruskan momentum dengan persembahan yang lebih epik, mencatat sejarah dalam dunia muzik tanah air.

Konsert ini mempamerkan kebolehan luar biasa Dato’ M. Nasir sebagai penyanyi dan pemuzik, menyentuh hati ribuan peminat. Sebanyak 32 buah lagu dipersembahkan, memberi penonton satu perjalanan emosi yang menghidupkan nostalgia dan merentas masa.


Dato’ M. Nasir membuka malam tersebut dengan dendangan penuh bertenaga Pawana, sebuah lagu rock ikonik dari era 80-an dan 90-an. Lagu Hukum Karma yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Wings menyusul, menguatkan lagi suasana nostalgia yang dirasai penonton.

Lagu-lagu lain seperti Rajawali Terbang Tinggi, Kias Fansuri, Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats), Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Juwita, dan Cinta Dewa Dewi (Spider) terus menghangatkan malam, mengingatkan penonton kepada zaman kegemilangan muzik tanah air.

Kehadiran gitaris legenda Kid Search menambah keunikan malam tersebut. Kid tampil dengan petikan gitar hebatnya dalam tiga lagu ikonik—Fantasia Bulan Madu, Isabella, dan Tiara (Kris), menjadikan kolaborasi ini salah satu momen paling diingati. Sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton menandakan penghargaan kepada gandingan dua ikon besar muzik tanah air ini.

Selepas selesai mempersembahkan tiga buah lagu, Dato’ M. Nasir melaungkan nama Kid sebanyak tujuh kali sebelum kedua-duanya menggenggam tangan dan turun dari pentas, satu simbol penghargaan dan ikatan seni yang kuat di antara mereka.

Malam tersebut turut diisi dengan lagu-lagu popular lain seperti Duit-Duit/Gerhana, Peronda Jaket Biru (Wings), Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi), Srikandi Cintaku, dan Bonda. Momen paling menyentuh hati adalah ketika lagu Bonda dimainkan, di mana wajah ibu penonton yang hadir disiarkan di layar besar—permintaan khas daripada pihak penganjur yang mengumpul gambar ibu penonton semasa pembelian tiket.

Konsert ini juga dimeriahkan dengan kehadiran 23 pemuzik profesional, diketuai oleh pengarah muzik Azman Alias bersama pembantunya Firdaus Mahmud. Setiap lagu diiringi susunan muzik yang mantap, mencipta suasana magis di setiap persembahan.

Konsert ini turut menggunakan tema pakaian denim putih, yang menambah kesegaran dan kekompakan pada suasana. Penonton juga dijemput untuk berpakaian mengikut tema, menjadikan pengalaman ini lebih inklusif dan menyeronokkan.


Sebagai penutup yang epik, Dato’ M. Nasir mempersembahkan lagu Satu Hari Di Hari Raya, sebuah lagu ikonik yang pasti diingati setiap kali musim perayaan. Dalam satu kejutan istimewa, sebanyak 10,000 sampul duit raya yang berisi RM1 bertebaran dari atas dewan, menambah sentuhan perayaan yang luar biasa. Momen ini disambut dengan penuh keterujaan, memberikan satu kenangan manis buat para penonton.

Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2 diakhiri dengan gemilang melalui Satu Hari Di Hari Raya, satu detik yang meninggalkan kesan mendalam buat semua yang hadir. Setiap lagu dipersembahkan dengan penuh emosi dan jiwa, membuktikan kehebatan Dato’ M. Nasir dalam menghidupkan muzik melalui persembahan.

Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2 bukan sekadar satu lagi acara muzik. Ia adalah sebuah perayaan seni yang melangkaui masa, menghidupkan semula kenangan lama dengan suntikan moden. Kolaborasi bersama Kid Search menambah elemen keistimewaan, sementara tema denim putih dan kehadiran pemuzik hebat menghidupkan suasana yang unik. Dengan penutup yang penuh kejutan, CIPTA 2 akan terus dikenang sebagai salah satu persembahan paling bersejarah dan berkesan dalam dunia muzik tanah air.

Petikan gitar Kid mengiringi persembahan M Nasir curi perhatian

 petikan Harian Metro 13 Oktober 2023

Ridzuan Abdul Rahman mohamadridzuan@hmetro.com.my 

Kemunculan pemain gitar kumpulan Search, Kid mengiringi persembahan Datuk M Nasir dalam Konsert Cipta 2 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi. FOTO Ihsan Bangsawan Pictures

Kuala Lumpur: Kemunculan pemain gitar kumpulan Search, Kid mengiringi persembahan Datuk M Nasir dalam Konsert Cipta 2 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini mendapat tepukan bergemuruh daripada 8,000 penonton yang hadir. 

Kid atau Hamzah Mohd Taib ditampilkan menerusi lagu Fantasia Bulan Madu dan Isabella yang menaikkan nama Search kepada peminat industri muzik tanah air. 

Dia turut beraksi menerusi lagu Tiara yang dipopularkan oleh kumpulan Kris. Petikan gitar Kid yang hebat dan bertenaga ternyata memukau semua yang hadir sehingga memberikan tepukan berterusan terhadap persembahannya. 

Malah diakhir persembahan, M Nasir menghampiri Kid, menggenggam tangan dan kemudiannya memeluk Kid sambil mengiringinya ke bahagian belakang pentas. 

"Kid...Kid...Kid," katanya menujukan penghargaan kepada anak didiknya ini  dengan tepukan gemuruh penonton yang hadir tidak henti-henti. 

Sementara itu M Nasir turut cemerlang apabila menampilkan persembahan menghiburkan menerusi Konsert Cipta 2 ini. 

Penyanyi berusia 67 tahun ini menyanyikan lebih 30 lagu termasuk lagu-lagu ciptaannya untuk artis lain seperti Senyumlah Kuala Lumpur nyanyian Alleycats, Cinta Dewa Dewi (Spide) dan Peronda Jaket Biru (Wings).

Selain menyanyi, dia juga menghiburkan penonton dengan dialognya yang spontan dan bersahaja.

M. Nasir Cipta 2 Setlist

sumber : Facebook Sahabat M Nasir

Setlist disediakan oleh bro Hamlau.

Gambar oleh Dzularsil.


INTRO: Nusantara 

Medley:

1. Pawana

2. Hukum Karma


SEGMEN: Rampak Gendang

3. Rajawali Terbang Tinggi

4. Kias Fansuri


Medley:

5. Senyumlah Kuala Lumpur

6. Andainya Aku Pergi Dulu


7. Malam

8. Juwita

9. Cinta Dewa Dewi


Medley Kid gitar solo:

INTRO: Teguh / Seribu Tahun Takkan Mungkin

10. Fantasia Bulan Madu

11. Isabella

12. Tiara


Medley:

13. Duit

14. Gerhana


15. Peronda Jaket Biru

16. Lagu Jiwa Lagu Cinta

17. Srikandi Cintaku

18. Awan Nano

19. Bonda

20. Melawan Arus

21. Bila Rumi Menari

22. Apokalips

23. Mentera Semerah Padi

24. Aduhai Kasih Aduhai

25. Mencurah Janji Di Daun Keladi

26. Keroncong Untuk Ana

27. Kenangan Lalu

28. Hati Emas

29. Sentuhan Listrikmu

30. Mustika

31. Sahabat Gua

32. Ada

33. Satu Hari Di Hari Raya

* * playlist Konsert Cipta 2 di Yourtub