Halaman

Sabtu, November 08, 2014

M.Nasir terima ijazah kehormat Doktor Falsafah dari UUM

petikan Astro Awani  8 November 2014

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M.Nasir menerima ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ijazah kehormat itu diterima beliau pada Majlis Konvokesyen ke-27 di Dewan Muadzam Shah, UUM Sintok, hari ini.

M.Nasir menerima ijazah kehormat tersebut berdasarkan sumbangan beliau dalam bidang muzik dan menjadi komposer dengan pendapatan tertinggi selama 14 tahun berturut-turut.

M.Nasir terima ijazah kehormat Doktor Falsafah dari UUM (Foto: Facebook)

Ketika dihubungi M.Nasir menyatakan rasa terharu dengan atas pemberian ijazah kehormat dari UUM itu.

"Saya terharu dan bersyukur dengan ijazah kehormat ini.

"Terima kasih kepada pihak UUM yang menghargai sumbangan saya dalam bidang muzik," katanya kepad Astro AWANI.


Pada 21 hingga 23 November ini, M.Nasir dan kumpulannya yang pernah dianggotainya ketika awal penglibatan dalam bidang muzik, Kembara akan mengadakan konsert di Istana Budaya.

Konsert 'Hati Emas Kembara' merupakan reunion kumpulan yang mendapat perhatian anak muda sekitar awal 80an.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan