Oleh WANDA IDRIS
petikan Utusan Malaysia 13 Jun 2005
LUPA lirik lagi! Dia melakukan perkara yang sama pada malam minggu dia dipilih semula untuk menyertai Akademi Fantasia 3 (AF3) minggu lalu dan pada minggu ini, dia melakukannya lagi. Itulah fenomena terbaru (AF3) yang dibawa oleh peserta pujaan ramai peminat rancangan realiti TV, Mawi.
Biarpun melakukan kesilapan yang boleh dianggap paling besar dalam `dunia persembahan' tetapi nyata anak muda dari Kulai, Johor ini terus mendapat sokongan padu daripada peminat fanatiknya.
Lalu pada malam minggu itu, Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor hampir kebanyakan tepukan gemuruh dan laungan bergema demi Mawi.
Menduduki ranking tertinggi undian, persembahan vokal Mawi atau Asmawi Ani juga sebenarnya tidaklah memberansangkan sangat. Tidak sekadar lupa lirik, vokalnya juga tidak konsisten.
Malah pengetua AF3, M. Nasir menganggap, Mawi yang sepatutnya tersingkir pada malam tersebut berdasarkan kepada persembahannya itu.
M. Nasir dalam temuramah Imbasan Akademi Fantasia selepas konsert mingguan itu mengakui dia amat kecewa dengan persembahan Mawi dan menganggap Mawi mengalami kejutan budaya sebaik dipilih menyertai akademi bermula minggu lalu.
``Berdasarkan kepada persembahan dan kredibiliti, pelajar yang lain berusaha bersungguh-sungguh walaupun ada yang tahu keputusan (undian) minggu lepas.
``Mungkin ini satu kejutan budaya bagi Mawi. Saya tak tahu sama ada saya boleh maafkan dia. Tunggu sajalah hari Isnin nanti.''
Mungkin ramai yang marah dengan kenyataan itu dan menganggap kesalahan Mawi itu patut dimaafkan. Alasannya kerana dia baru menyertai akademi selama seminggu bersama Marsha sedangkan 12 peserta lain sudahpun menjalani latihan selama dua minggu.
Tetapi apalah gunanya menduduki tangga terbaik jika mutu persembahan tidak membanggakan.
Jangan jadikan populariti untuk terus meraih undian. Mawi perlu membuktikan bahawa dia berbakat dan memang patut mendapat kedudukan teratas yang menjadi impian setiap peserta.
Saya menonton imbasan Akademi tersebut. Seingat saya M.Nasir tidak menyatakan yang Mawi yang sepatutnya tersingkir.
BalasPadamAznil menyoal pendapat Pengetua persembahan pelajar manakah yang paling mengecewakan dan M.Nasir menjawab, "Mawi".
Sebenarnya ayat yang mengatakan pelajar yang sepatutnya tersingkir adalah Mawi adalah dari Aznil.
Saya pasti pendengaran saya adalah jelas.