Halaman

Sabtu, Januari 01, 1994

M.Nasir Memperjuangkan Bahasa Dengan Lagu

Petikan URTV bil 576. 1-14 Januari 1994
(sumber Wiraaz Collezzione. Terima kasih...)

Seniman Tak Boleh Kecewa

M.Nasir mempunyai  prinsipnya yanq tersendiri dalam pergelutannya di dunia muzik. Katanya “Hidup sebagai seniman tak boleh kecewa walau kerjayanya diciplak.  Aku, dari dulu nak buat muzik yang orang boleh anggap sebagai muzik Malaysia. Sebab itu aku menghangatkan muzik nusantara.”

“Tapi kehangatan itu diambil oleh orang lain untuk populariti mereka. Kalau nak ikutkan kecewa mungkin sudah lama dulu aku tarik diri dari dunia muzik.”

“Tapi aku bukan begitu” Ujar M.Nasir dan katanya sejak dari awal dia sudah mula sedar dan bersedia untuk tersisih dari dunia glamour dan populariti.

M Nasir sekali lagi cuba ketengahkan kata kata pelik di dalam lagu. Kalau dulu penyanyi dan komposer muda ini pernah menonjolkan kata-kata ‘Bazooka Panaka’ melalui album Wings, ‘Apokalips’ melalui albumnya yang lalu, dan ‘Samarkand’ dalam album Bloodshed maka kini M Nasir mencuba pula mengetengahkan kata kata ‘Canggung Mendonan’ pula melalui judul album terbarunya.

Canggung Mendonan menurut tafsiran M.Nasir membawa erti imigran. Changgung katanya bererti kekok dan ‘Mendonan' bererti pendatang dan begitulah maksud yang ingln ditonjolkan Nasir melalui album terbarunya itu.

Kata M.Nasir, “lanya untuk manusia terasing dan ditujukan kepada sesiapa saja yang merasakan dirinya terasing”. Sebagai komposer, M Nasir merasakan sebagai tanggungjawabnya juga untuk mempopularkan bahasa ibundanya melalui lagu. Jelasnya "Banyak perkataan-perkataan klasik yang dulu digunakan oleh orang orang Riau tetapi sekarang sudah tersisih.”

“Akibatnya kebanyakan kita merasakan seolah kita kekurangan bahasa lalu menganggap bahasa Inggeris  itu lebih menepati maksud. Saya ingin popularkan bahasa dalam lagu sebab itu saya selalunya saya cuba membangkitkan, satu dua perkataan yang orang sekarang anggap pelik tapi sebenarnya ada tercatat dalam kamus tapi sering digunakan dan boleh diubahsuai.”


Rakam Album di Australia

Lima puluh peratus rakaman Canggung Mendonan dibuat di Australia dan ketika ditanya mengapa harus dibuat di luar negara, kata M.Nasir “Saja! Cuba nak tengok apa terjadi kalau dibuat disana.”

Hasilnya setelah mengalami apa yang ingin dicuba, kata M.Nasir “Saya dapat merasakan perubahan dari segi teknikal dan saya banyak belajar tentang kerja kerja studio.” Lagu lagu dari album Canggung Mendonan yang dirakam di Australia - Mentera Semerah Padi, Ya Salam, Ada dan Secangkir Kopi Semanis Puan.

Terima tawaran berlakon kerana duit

Selain menyanyi dan mencipta lagu, M Nasir juga melibatkan diri sebagai pelakon filem. Filem terbaru lakonannya yang telah dipertontonkan kapada umum ialah Balada. Berbanding dengan kemunculannya dalam filem Fenomena, kemunculan Nasir dalam Balada ternyata tidak menonjol walau wataknya dalam fiilem itu sebagai hero.

Penglibatan Nasir dalam filem itu telah membuat kita terfikirr apakah Nasir yang selama ini teliti dalam kerja kerjanya tidak meneliti skrip yang diberi kepadanya?

M.Nasir tergelak bila soalan ini diajukan kepadanya dan jelasnya ;
“Mungkin masa itu aku nak jadi bodoh. Tapi kita harus fikirkan juga, filem yang sebegitu pun sudah mampu dapat  kutipan tiket RM400 ribu.

“Kenapa? Tak terlintas ke dalam fikiran aku terima filem itu sebab duit?

“Fenomena dulu pun skripnya kurang elok. Kalau kau tengok skrip yang diberikan pada aku mungkin kau tak percaya. Tapi waktu berlakon disana banyak berlaku pengolahan dan ianya menjadi bertambah menarik kerana kerja kerja edit yang baik.”

Bagaimanapun kata Nasir dia berlakon selagi diundang  tanpa memperhitungkan pengarahnya. Ujarnya “Filem baru ni ‘Simfoni Duniaku’, aku dengan Ogy . Arahan Aziz Sattar, asal ada bayaran aku terima.”

Berlakon bagi Nasir …. Untuknya. Berlainan dengan album yang dianggapnya begitu peribadi dan dunia utama.

Jelasnya “I tak interested untuk jadikan movie my first line”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan