Halaman

Khamis, Januari 20, 1994

Mentera Semerah Padi klip video ilham M. Nasir

petikan Berita Harian
oleh Azman Samsudin.


M.Nasir mahu membuat kelainan di dalam pengambaran klip video lagu berjudul Mentera Semerah Padi.Dia menggunakan dua kuda, alat muzik tradisional dan kelengkapan lain yg semuanya menelan perbelanjaan kira-kira RM 12,000.

Nasir melakukan dengan penuh teliti sebagaimana mesej dalam lirik lagu ciptaannya. Dalam albumnya, Nasir menerusi lagu Mentera Semerah Padi gemar mengabungkan muzik Melayu yang lama berakar ke pentas kontemporari dengan perjuangannya.

Sebelum ini albumnya memuatkan lagu seperti saudagar Mimpi, Cermin Mimpi, Apokalips, Monson Dance dan Rayuan Anak Jalanan mendapat sambutan daripada peminat.
Nasir yang mengarahkan klip video itu dibantu rakan seperjuangannya iaitu Usop selaku penolong pengarah dan Loloq. Nasir sendiri mengendalikan konsep penataan seni.
Dalam video klip itu Nasir cuba memaparkan dunia yang berbeza iaitu lama dan baru. Pencak Silat turut mewarnai klip video Mentera Semerah Padi. Lirik Mentera Semerah Padi hasil nukilan Loloq mempunyai pengertian mendalam dan mengajak pendengar membuat tafsiran sendiri.

Beberapa adegan yang berlainan sekali terdapat dalam video ini iaitu Nasir menerima ijazah berupa serunai daripada tok gurunya dan Nasir dicederakan dengan sabit hingga pipinya berdarah. Nasir menggabungkan unsur seni silat Melayu bagi memberikan gambaran sebenar salah satu lagu album terbarunya Canggung Mendonan.

Pengambaran klip video ini memakan masa beberapa hari di Padang Lumba Kuda Pak Ali, Kuala Lumpur, Tasik Biru Kundang Selangor dan Kompleks Budaya Negara. Kos pembikinan video yang dianggarkan RM 12,000 turut membabitkan sekumpulan pesilat cekak.
Belanja pembikinan ini agak mahal dan di sini kos sewa seekor kuda memerlukan RM 1,000 jika digunakan untuk pengambaran diluar Kuala Lumpur. Dalam klip video ini Nasir menyewa dua kuda.

Penggambaran klip video ini juga menggunakan generator sendiri dengan sewa RM500 sehari membabitkan lokasi sekitar KBN menggabungkan pemuzik pengiringnya Raffi, Nan, Zul Mahat, Usop dan beberapa pemuzik lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan