Halaman

Isnin, April 14, 2025

Siapa Putery tu? Suara persis Ziana dan macam 'telan kaset'

petikan Harian Metro 14 April 2025

Ridzuan Abdul Rahman  mohamadridzuan@hmetro.com.my

M Nasir, bersama penonton menyanyikan lagu halaman Asmara ketika membuat persembahan ketika Rumah Terbuka dan Konsert Cipta Raya M Nasir di Zeep Kuala Lumpur. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Kemunculan seorang wanita berduet dengan Datuk M Nasir menerusi lagu Halaman Asmara dalam Konsert Cipta Raya M N45IR yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi mencuri tumpuan ramai. 

Ia bermula apabila M Nasir memberitahu mahu mencari seorang wanita untuk berduet dengannya menerusi lagu asal nyanyian Datuk Awie dan Ziana Zain itu. 

Wanita yang dikenali sebagai Putery tiba-tiba menyahut pelawaan berkenaan dengan penampilan cantiknya mengenakan pakaian tradisional meskipun awalnya nyanyian diragui kerana 'key' asal lagu yang tinggi. 

Bagaimanapun Putery mencipta kejutan apabila berani meminta lagu itu dinyanyikan dengan 'key' asal sepertimana ketika rakaman studio oleh Awie dan Ziana. 

Sebaik menyanyikan intro lagu ini, peminat kagum dan bertepuk tangan kerana suara Putery seakan persis Ziana dan boleh dikategorikan sebagai 'telan kaset'. 

M Nasir turut kagum dengan kebolehan Putery kerana berjaya menyempurnakan lagu raya yang sangat popular pada penghujung era1990-an dan kekal 'evergreen' hingga kini. 

Video nyanyian duet itu yang dikongsi oleh pengguna media sosial dan portal hiburan turut mendapat perhatian ramai sehingga mengundang perbincangan netizen yang ingin tahu siapa Putery. 

Menerusi info yang dikongsi oleh pelayar media sosial yang mengenali wanita itu memberitahu nama sebenar Putery ialah Putery Nurshafika dan berasal dari Seremban. 

Mereka turut menyertakan Instagram (IG) Putery, namun akaun media sosial itu dalam tetapan privasi dan infonya tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan