Halaman

Khamis, Disember 12, 2019

Festival Rockaway kembali

petikan Harian Metro 12 Disember 2019
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my

!!!!!!   UPDATED : KONSERT INI DITUNDA KERANA WABAK COVID-19 !!!!


FESTIVAL rock terbesar Rockaway 2020 kali ini menampilkan penghibur antarabangsa dan tempatan yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 Mac tahun depan di parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kumpulan dari Australia, Hands Like Houses, Datuk M Nasir, XPDC, Hujan, Kyoto Protocol, Masdo, Toko Kilat dan Project E.A.R adalah barisan artis fasa pertama yang sah akan membuat persembahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Livescape Group, Iqbal Ameer berkata, festival yang mula dianjurkan sejak 2009 itu antara lain mahu memberi penghormatan kepada artis rock tempatan.

“Muzik rock mempunyai kedudukan yang sangat kuat di Malaysia. Kami rasakan ini adalah waktu yang tepat untuk memberi penghormatan kepada beberapa artis baru serta ikon-ikon rock legenda.

“Kami gembira mengumumkan Rockaway kembali dengan lebih hebat. Kami juga teruja mendapat kerjasama beberapa rakan penganjur untuk mengadakan festival ini,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Menurut Iqbal, mereka mengambil empat tahun untuk kembali menganjurkan Rockaway disebabkan sibuk dengan penganjuran acara besar lain sebelum ini.

“Sejak kali terakhir dianjurkan pada 2016, kami ada acara penting lain yang perlu dikendalikan. Bagaimanapun, kami rasa teruja menganjurkan kembali selepas kerap menghadiri festival penganjur lain,” katanya.

Rockaway 2020 dianjurkan The Livescape Group bersama InTour Live dan iMe Entertainment Group Asia. Tiket boleh didapati menerusi www.galactix.asia/rockaway-festival-2020

Barisan artis yang terdiri dari kumpulan XPDC, Masdo, Hujan, Toko Kilat dan Datuk M Nasir yang akan membuat persembahan di Majlis Sidang Media Rockaway 2020 di The Bee, Publika


Tiada ulasan:

Catat Ulasan