Halaman

Ahad, Jun 21, 2015

Sentuhan Listrik Sahabat Gua!

Oleh Saudagar Mimpi dengan kerjasama Portdy yang melaporkan dari celah celah kerusi tiket marhean...
gambar : sumber FB Ronggeng Sahabat

REVIEW :
KONSERT JELAJAH M NASIR ..... KEMBARA
Sabtu : 13 JUN 2015
Stadium Tertutup Pasir Gudang
Johor


Review paling pendek yang tertunda.....

Majlis Meet & Greet Datuk M Nasir

Ok.... Sebelum cerita pasal konsert, kita cerita dulu mengenai Majlis Meet & Greet yang julung kali telah dianjurkan Luncai Emas bersama Fan FB Ronggeng Sahabat. Seminggu sebelum konsert iaitu pada 6 Jun 2015 (Sabtu) telah diadakan majlis Meet & Greet Datuk M Nasir di Kembara Cafe, Angsana Johor Bahru. Majlis ini telah diusahakan oleh Facebook Ronggeng Sahabat M.Nasir bersama Luncai Emas. Menurut salah seorang fans yang mula mendengar Kembara sejak umur 6 tahun & mengikuti karya M Nasir sejak dari album SOLO, blogger Portdy Marlon Sly  seramai lebih kurang 50 peminat M Nasir dari dalam dan luar Johor Bahru telah hadir. Gathering telah bermula seawal 4 petang di Kembara Cafe dengan jamuan hi-tea pelbagai juadah. Selepas Asar diadakan pula show busking dari beberapa talent termasuk dari Manager Kembara Cafe sendiri.

Datuk M Nasir serta pengiringnya telah tiba ke Kembara Cafe jam 6 petang selepas mengadakan promo di ruang legar Angsana. Selesai  jamuan,  MC telah jemput ahli Ronggeng Sahabat bergambar bersama DMN. Ini diikuti majlis menanda autograf untuk ahli Ronggeng yang hadir.


Majlis diakhiri dengan persembahan bersahaja DMN yang mendendangkan 3 buah lagu untuk Fans Ronggeng Sahabat.  Lagu yang didendangkan secara akustik oleh DMN pada petang itu adalah  Ada, Cermin Mimpi & Tanya Sama Hud Hud.


Syabas dan tahniah kepada Admin Ronggeng Sahabat yang telah menjayakan sebuah majlis yang bermakna buat fans Ronggeng Sahabat.



Hari Konsert

13 JUN 2015 (Sabtu)
Stadium Tertutup Pasir Gudang
Johor
8.00 - 12.00 tengah malam.

Sebelum ini rasanya sudah terdengar ramai yang berpendapat M.Nasir sepatutnya beraksi pula di tempat lebih besar, lebih lapang dan lebih terbuka supaya  setiap lapisan masyarakat dan generasi dapat menikmati karyanya dengan cara masing masing. Terpulang jika pada masa itu ada peminatnya mahu berdiri, menari, menari ronggeng dan bertepuk tampar, atau ada pula sebilangan kecil yang mahu memilih untuk duduk untuk menikmati irama dan lagu lontarannya. Seperti bait lirik lagu Apokalips." Ada masanya kita suka ......"
Sudah tentu tiada pancaran laser pada penonton yang mengeluarkan handphone, rasanya inilah konsert yang wajib peminat sifu pergi.  Sempena 40 tahun penglibatan beliau dalam muzik, impian itu dilaksanakan menerusi konsert jelajah  M Nasir .... Kembara .

Berbeza dengan konsert solo M Nasir sebelum ini yang tidak menampilkan "Opening Act", konsert jelajah kali ini tampil bebeza. Pita Hati, Spider dan Fynn Jamal mengisi slot pembukaan selama lebih kurang satu jam setengah. Terus terang SM malam itu datang untuk tengok M Nasir di pentas jer..., jadi semasa Opening Act sempat jugalah aku berjalan ke hulur ke hilir keluar masuk stadium. Tidak ketinggalan juga penampilan Zoul-Kembara mengisi ruang permainan gitar elektrik di atas pentas pada malam itu.  

Lebih kurang jam 9.50 malam Datuk M Nasir muncul di atas pentas. Sebagaimana jiwa seorang pelukis, gimik contengan cat merah biru pada kiri dan kanan pentas memulakan persembahan diiringi tiupan seruling Mohar. Meminjam kata rakan SM, Portdy kelmarin, konsert  ini adalah "The Best of...M Nasir" Peminat boleh meneliti setlist lagu yang dibawa oleh M Nasir dalam konsert di Pasir Gudang ini dan  menilainya sendiri. Semua lagu hits dari album solonya didendangkan. Tiada lagu dari album terakhir Sang Pencinta dinyanyikan pada malam itu. Sudah tentu lagu wajib seperti Hati Emas dan Mentera Semerah Padi tidak ketinggalan dalam set-list.

Lagu  yang tidak dijangka seperti lagu "Bonda" umpama lagu bonus buat peminat yang SM berpendapat sudah lama tidak dinyanyikan.  Datuk M Nasir seperti biasa memberi persembahan yang terbaik dan bertenaga pada setiap lagu diiringi penonton yang ada menyanyi bersama dalam beberapa lagu. Tidak ketinggalan ada juga gelagat suara-suara nakal yang meminta Datuk M Nasir menyanyikan lagu Hari Raya!

Dari segi corak permainan  sudah tentu ianya persembahan yang mantap kerana dibarisi oleh pemuzik handalan yang biasa mengiringi M Nasir dalam Konsert-konsertnya di Istana Budaya sebelum ini seperti Aznan (Gitar), Ujang (Drum), Mohar (Seruling), Paang (Perkusi) dan ramai lagi.

Pujian patut diberi kepada produksi yang rajin dan memberi usaha yang  secocok dengan tempat seperti di Stadium Tertutup Pasir Gudang ini. Walaupun begitu sudah tentu terdapat sedikit kelemahan disana sini tapi masih ada ruang yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Contohnya layar video yang tidak memberi fokus kepada pemain gitar Zoul atau Nan yang menyolo!

Berikut adalah setlist lagu yang telah dipersembahkan dalam konsert M Nasir ...Kembara di Pasir Gudang

Setlist.

1.  Rajawali Terbang Tinggi
2.  Apokalips
3.  Bonda
4.  Mustika
5.  Buka Hatimu
6.  Tanya Sama Hud hud
7.  Sentuhan Listrikmu
8.  Sahabat Gua
9.  Raikan Cinta
10. Bunga Bakawali - penampilan Zoul Kembara
11. Gerhana - penampilan Zoul Kembara
12. Hati Emas - penampilan Zoul Kembara
13  Mentera Semerah Padi
14. Kepadamu Kekasih
15. Ada
16. Keroncong Untuk Ana



Konsert jelajah M.Nasir...Kembara ini dijadualkan akan singgah di Pulau Pinang pada 5 September 2015 dan berakhir di Stadium  Malawati, Shah Alam pada 7 November 2015.

* Tambahan : Sesiapa yang berminat untuk membaca review yang lebih intensif, sila ke blog Portdy.

17 ulasan:

  1. Satu point nak tambah.

    Time lagu BUKALAH HATIMU intro lagu mirip lagu UPTOWN FUNK -MIKE RONSON FEAT BRUNO
    MARS...

    time ni wa dah joget uptown bertiga!!!

    BalasPadam
  2. Betulke Portdy dah kenal M.Nasir umur 6 tahun?
    Bukan itu jam dia suka Mazuin Hamzah?
    Kikiki....

    BalasPadam
  3. Portdy : Funk tak ketinggalan zaman.
    Tu ler.
    M Nasir kena buat lagi lagu Funk macam tu. Bila la boleh dengar single baru (kalau ada...).

    Betul. Time tu setahu aku Portdy ni selain lagu M Nasir, dia suka lagu Susususu....kikikiki..

    BalasPadam
  4. My humble review:

    http://nemutnemut.blogspot.com/2015/06/segala-raja-review-konsert-kembara-dato.html?m=1

    BalasPadam
  5. wahh report menarik...
    setlist gerek..
    untung korang pergi tengok

    BalasPadam
  6. Terbaik!...terimakasih atas ulasan ini...sayangnya saya tidak dapat menghadirkan diri.

    BalasPadam
  7. Portdy : Superb review tuh....detail habis! kenapa tak citer pasal pak cik naik syeikh masa lagu Sahabat Gua.?



    BalasPadam
  8. Deaf angel : Thank U! Rebiu biasa biasa saje ni. Set list mmg menarik tapi rasa mcm "Dah lagu tu nak lagu mana lagi..." The Best of la katakan.

    BalasPadam
  9. Berteromber : Terima kasih....
    Mungkin jodoh hadir lain konsert kot.

    BalasPadam
  10. Hahahahah

    Terkenang pakcik tu naik syeh lepas tu terduduk kat lantai, kikiki.....

    BalasPadam
  11. Aku sampai harini kalau pegi konsert tarak ingat setlist lagu. Dahsyat hangpa ni ingat semua. hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena record mus.. kalau tak hapah tak ingat... haha

      Padam
  12. Kok tulisnya sekadar membontoti m nasir. Tidak mengelami kocak dan kocok an api perang peran tokoh itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alang alang menyelok pekasam. Mintak gelangnya dong. Biar bisa singkap filsafi diri. Tulisan periyawat khas harus penuh movimentos mosaic dong : belum lagi Transidental fizikr fikh. Baru sama datang puncak : bisa pacak panji di Mataram.

      Padam
    2. Apa anda tidak dapat lihat ; kami penonton enggak mau pulang ke sarang!.

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Terasa nak pi tengok gak... TAPI.... bole letak artis undangan nyanyi
    last sekali tak?

    BalasPadam