Halaman

Isnin, April 20, 2015

M Nasir: Komposer lagu bercorak puisi sukar diperolehi

petikan Berita Mediacorp  20 April 2015

KUALA LUMPUR: Seniman Datuk M Nasir akan terus cuba melahirkan komposer di kalangan muka baru, khususnya untuk lagu berentak puisi, walaupun menyedari agak sukar untuk mencari generasi pelapis.

M Nasir berkata, dalam mencari bakat baru beliau mengakui agak bersikap selektif apatah lagi menyedari lagu berentak puisi kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat.

"Saya mengharapkan dari sudut kemahiran mencipta dan menulis lagu itu tinggi, tidak kira apa bentuk aliran muzik sekalipun, namun perkara itu sukar untuk saya dapati," ujarnya.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad, berkata melalui syarikat rakamannya Luncai Emas Sdn Bhd, beliau bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu mempelajari teknik mencipta lagu atau bekerja sebagai pencipta lagu.

"Kami akan jadikan mereka komposer dalam syarikat Luncai Emas, itu memang kerja saya selama lebih 20 tahun dalam industri penciptaan lagu," katanya lagi.

M Nasir menjelaskan beliau menyedari lagu bercorak puisi kurang khalayak pendengar,
namun beliau akan terus menantikan lagu-lagu puisi khususnya dari komposer di kalangan muka baru.

Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, beliau menyatakan beliau ada mencipta lagu untuk penyanyi rock Amy Search dan Ella setelah mencipta lagu 'Di Pintu Mu' ketika malam kemuncak Akademi Fantasia (AF) tahun lalu.

Lagu berkenaan dibawakan oleh Juara AF 2014 iaitu Mhd Firman Basir.

4 ulasan:

  1. I think ramai la pencipta2 lagu muda2 yang berbakat.
    Bila dengar all these independent cds by bands..
    yang lagu2 dorang tak masuk radio.

    BalasPadam
  2. ramai sebenarnya yang ada. Tapi ramai yang lebih suka bergerak sendiri. Senang saja jawapannya, royalti dan habuan yang bakal dapat tak perlu berkongsi.

    BalasPadam
  3. Dari dahulu saya amat berminat dan kagumi hasil karya Dato',saya menanam impian utk dpt berjumpa dn belajar dgn Dato' tetapi malangnya saya duduk sabah,susah nak bjumpa dgn Dato d sungai buloh,selangor..
    Alhamdulillah sepanjang saya dn ahli kumpulan(kembara bayu)berkarya dlm genre nusantara modern akhirnya dpt terbitkan single mini album pertama,tetapi banyak lg yg perlu diperbaiki dari segi puitis bahasa,adunan muzik yg mengekalkan estetika, dan yg paling penting "penghayatan"
    Saya berharap sgt blogger dapat menghubungkan saya dgn Dato M Nasir secara peribadi

    BalasPadam
  4. Dari dahulu saya amat berminat dan kagumi hasil karya Dato',saya menanam impian utk dpt berjumpa dn belajar dgn Dato' tetapi malangnya saya duduk sabah,susah nak bjumpa dgn Dato d sungai buloh,selangor..
    Alhamdulillah sepanjang saya dn ahli kumpulan(kembara bayu)berkarya dlm genre nusantara modern akhirnya dpt terbitkan single mini album pertama,tetapi banyak lg yg perlu diperbaiki dari segi puitis bahasa,adunan muzik yg mengekalkan estetika, dan yg paling penting "penghayatan"
    Saya berharap sgt blogger dapat menghubungkan saya dgn Dato M Nasir secara peribadi

    BalasPadam