Halaman

Khamis, Julai 19, 2012

Di sebalik orkestra

petikan Utusan Malaysia 19 Julai 2012
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar IHSAN DEWAN FILHARMONIK PETRONAS

LARUT dalam mainan emosi, M. nasir mahu bersatu dalam keindahan alunan yang dimainkan pemuzik Dewan Filharmonik Petronas.

SEMEMANGNYA 'sifu' yang satu ini sedari awal sudah menyedari bahawa menyanyi dengan iringan orkestra bukanlah satu kerja yang mudah. Banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi jika ingin menyanyi dengan iringan pemuzik orkestra, tidak kira sehebat mana sekalipun status seniman seseorang itu.

Mereka perlu membuat persediaan rapi kerana ia amat berbeza disebabkan lagu-lagu digubah mengikut kesesuaian orkestra.

Tanpa persediaan rapi atau latihan yang cukup, si penyanyi akan kelihatan terpisah daripada muzik yang dimainkan oleh ahli orkestra, tambahan pula jika ia diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Untuk mengelak suasana itu terjadi, penyanyi perlu peka terhadap susunan muzik baru dan tahu bila masanya untuk menyanyi kerana persembahannya diiringi oleh orkestra bertaraf dunia.

Tan Sri S.M Salim dan Datuk Sheila Majid pernah mengadakan persembahan di DFP pada tahun 2001 dan 2010 serta mendapat sambutan hangat.

Terbaru, penyanyi yang diberi penghormatan mengadakan persembahan di DFP sebagai penutup tirai musim konsert 11/12 adalah Datuk M.Nasir.

Konsert M.Nasir yang dipimpin oleh konduktor bersekutu MPO, Kevin Field berlangsung selama dua hari bermula 13 Julai lalu.

"Rasa bertuah dapat mengadakan persembahan di sini setelah sekian lama menunggu. Saya harap anda tidak kisah dengan penampilan saya sebegini," gurau M.Nasir sewaktu awal kemunculan di pentas.

M.Nasir, 55, memulakan persembahan dengan lagu Andalusia yang digubah semula muziknya oleh Syed Shahrir Faisal Syed Hussain.

Lain-lain penggubah untuk 17 buah lagu yang didendangkan sepanjang konsert selama dua jam termasuk 20 minit waktu rehat adalah Datuk Mokhzani Ismail, Luqman Aziz, Vivian Chua, Ahmad Muriz Che Rose, Leonard Yeap, Loo Shu Chin dan Ruslan Imam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan