Halaman

Selasa, Januari 11, 2011

Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir

petikan mStar 11 Januari 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25. - Foto AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.

Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.

“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.

Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir disebut-sebut sebagai juara AJL25 namun sekadar meraih anugerah persembahan terbaik.

Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini).

Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.

Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).

Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.

Lagu Cinta Sempurna nyanyian Yuna berjaya menyentuh jiwa penonton dengan persembahan memukau.

Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.



Bersifat jujur - M.Nasir

Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.

Persembahan lagu Pelita daripada kumpulan A.P.I turut berjaya menarik perhatian penonton.

“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.

“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.

Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.

“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.

“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.

“Semua kena tanya M.Nasir," katanya

4 ulasan:

  1. Takkanlah pasal M Nasir kasi markah paling tinggi kat lagu ni jadi lagu ni menang?

    kan ada juri lain jugak ( excluding Amy ), so mestilah pompuan ni memang pasal dia dapat markah tinggi dari juri lain jugak..

    apa pun, M Nasir lagi layak pilih best song dari ramai orang lain termasuk Azmeer yang aku memang tak suka dari dulu haha

    BalasPadam
  2. Kalau dah banyak sangat orang tak puas hati itu kamu nak kata apa? bukan dibuat2, spontan! apa maknanya. Bukan kata penonton dalam dewan, yang dok depan tv pun terkejut apatah lagi wartawan dan orang muzik. Inikan pula juri sendiri yang mengadili meluahkan perasaan... Kau nak kata apa...
    soal kau tak suka Azmeer siapa peduli.
    Lain kali TV3 kalau nak bagi orang terima keputusan (kira sikit bersetuju ler) jangan dilantik M Nasir sebagai ketuanya, dan penulis lirik tak payah jemput, M Nasir pun dah cukup.
    anti klimak betol

    BalasPadam
  3. deaf : Aku pun rasa Ana menang bukan sebab M Nasir seorang, pastinya lepas congak2 markah tinggi dpt kat dia. Disebabkan M Nasir jadi ketua, so akauntabiliti jatuh kat dia. Problemnya, industri muzik kita ni balik-balik org yang sama. (Tu yg terkait sana sini)
    Nak panggil org yg ada Phd dlm muzik? Panggil org luar industri? Sesuai ke?

    Tanpa Nama : Mcm biasa, AJL ni tiap tahun mcm tu juga, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Apa pun, hanya jauhari mengenal manikam.
    Lagi satu, bab tak suka Azmeer cuma pendapat peribadi bro deaf saja, yg tak suka M Nasir pun ramai juga kat luar tu hahahah
    (Jgn marah eh deaf :P)

    BalasPadam
  4. anggap je diorg tu tak siuman, nk pertikaikan keputusan m.nasir! hahaahh

    BalasPadam