Laporan oleh Sultan Muzaffar
08.00 malam - Sabar menanti bermulanya Konsert Bagaikan Sakti siaran secara langsung dari The Esplanade Singapura.
08:02 malam - Ya Allah, janganlah hujan malam ini.
08:06 malam - Awani akan rakam konsert tersebut pada pukul 9 hingga 9.15 malam. Untuk disiarkan dalam program Gala TV di Astro AWANI pukul 10.30 malam ini.
08:08 malam - Konsert bermula. Nombor ong tu !
08:10 malam - Persembahan tipu lagu Nirmala dari penari latar.
08:12 malam - Siti Nurhaliza muncul membawakan lagu Nirmala sebagai penyanyi pertama. Tepukan gemuruh dari penonton kedengaran. Busana gaun kuning menatarias Siti Nurhaliza pada malam ini. Nampak macam besar, atau mungkinkah kerana visual TV saya strech ? Kalaulah konsert ini disiarkan dalam HD bukankah lebih bagus. :) Baru clear. Visual cyclorama yang sama sewaktu Konsert Satu di Istana Budaya.
08:16 malam - Lagu Rindu dipersembahkan oleh Siti. Lagu ini jarang sekali dipersembahkan di Malaysia. Ia merupakan lagu yang diminati di Singapura. Pergghh...nasib baik ada super. Boleh dapat bantuan tajuk lagu. Baru terperasan Siti pakai glove sebelah lengkap bertatah berlian. Tribute kepada Michael Jackson agaknya. Ayi zaman, Ayi makan...Koreogragi nampak menarik. Lagipun lagu ini tidak dinyanyikan sewaktu Konsert Satu, itu yang nampak menarik.
08:21 malam - Ucapan dari Siti. Berterima kasih kepada M.Nasir dan bakal memberikan sakti kepada penonton Singapura.
08:22 malam - Nampaknya Siti akan membawakan lagu Ada Masa Mata yang dicipta oleh M.Nasir. First time Siti bawa lagu ini dalam mana-mana konsert. Jom rambong ! Impressive betul kerana masa berlatih untuk Siti hanyalah tujuh hari sahaja. Vokal di TV saya salahkan audio. Di dewan pastinya lebih sedap kedengaran.
08:27 malam - Ada penonton yang bertanyakan tentang M.Nasir. Kuat betul dia jerit. Tiket konsert itu habis dijual sebulan sebelum persembahan bermula. Aiseh, ada pakai teleprompter.
08:31 malam - Lagu Cindai menjadi lagu seterusnya. Siti mengajak penonton menyanyi bersamanya. Lagu wajib untuk Siti. Mana boleh tinggal lagu berhantu ini.
08:36 malam - Gendang dan rebana dipalu selalunya menandakan kemunculan M.Nasir yang cukup sinonim dengan bunyi-bunyi keMelayuan. Turut mengiringi paluan rebana dan gendang adalah percussion oleh Steve Thornthon.
08:40 malam - Rupanya bukan, hanya selingan sementara Siti mengganti busana. Haiyoh ! Lagu Bukan Cinta Biasa dibawakan dengan busana merah jambu yang nampak elegan. Janji Siti untuk menyanyikan lagu-lagu popular ditunaikan buat peminatnya.Seperti biasa bahagian "jawapan" buat peminatnya. Kenapalah peminat masa Konsert Satu tidak happening macam peminat di The Esplanade ?
08:46 malam - Lagu dari album solo terbarunya, Tahajjud Cinta iaitu Ku Percaya Ada Cinta.
08:51 malam - Ahhhhhhhh ! Lagu Biarlah Rahsia ! Lagu kegemaran saya ! Lagu ini akan menjadi lagu evergreen Siti Nurhaliza. Beliau akan terus diingati sampai bila-bila dengan lagu ini selain lagu Cindai. Sebuah lagu terbaik dari Melly untuk Siti. Power punya tarik dari Siti.
08:56 malam - Ku Mahu ! Please bawa versi Latin ! Koreografi sama dengan Konsert Hai-O. Menarik ! Saya terbayang busana merah jambu ini boleh dibuka sebentar lagi. :) Versi Beyonce Ku Milikku. Saya nampak rimas dengan gaun itu yang agak mengganggu persembahan lagu-lagu rancak ini.
09:04 malam - Destinasi Cinta dengan busana itu ? Lama benar intro lagu Destinasi Cinta. Adakah M.Nasir akan muncul ? Tidak pun ambil nafas ! Nampaknya M.Nasir tidak muncul, lepas ini agaknya. Wah ! Lagu ini ada arrangement baru sikit pada reff. Menarik !
09:11 malam -Selingan dari filem Hang Tuah. Nampaknya macam akan membawakan lagu Berkorban Apa Saja. Oh tidak ! Ghazal Untuk Rabiah ! Merdu sangat suara Siti untuk lagu ini. OK ! Lagu ini antara lagu yang patut dimasukkan dalam album duet Siti Nurhaliza dan M.Nasir ! Wajib ! M.Nasir seperti biasa dengan elemen-elemennya membawakan lagu dengan penuh karisma.
09:19 malam - Suatu Masa. Kalau M.Nasir nyanyi, saya boleh menangis. Kalau Siti nyanyi, saya boleh terjun bangunan ! Satu pilihan lagu yang amat tepat ! Bila M.Nasir tiada kelak, saya harap Siti buat album tribute membawakan lagu-lagu terbaik M.Nasir terutamanya lagu-lagu romantis M.Nasir.
09:24 malam - Kau Mawarku ! Lagu bersama 2by2 dibawakan bersama M.Nasir. Ahhhhhh ! Tarikan suaranya masih sama macam album awal Siti.
09:26 malam - Lagu Gembira ! Juga lagu dengan 2by2. Nampaknya Siti sudah teman duet yang lebih matang, bijak dan berkarisma !
09:28 malam - Masa untuk M.Nasir. M.Nasir imbas lagu-lagu lamanya dan disahut peminatnya yang tidak sabar menantikan persembahannya. M.Nasir memulakan persembahannya dengan lagu Hati Emas. Seperti M.Nasir akan ikut selamba dia untuk buat persembahan. Dah mula naik syeikh !
09:33 malam - Sahabat Gua ! Sebuah lagu kegemaran kawan saya, Mat Hatta ! Haha ! Jika pergi ke konsert M.Nasir antara elemen yang penting untuk ditonton adalah showmanshipnya di atas pentas selain persembahan audio. Ini bermakna untuk sebuah konsert, ia sudah lengkap kerana hebat dalam audio dan visual. Sememangnya saya puas hati !
09:41 malam - Penonton agak responsif terhadap persembahan M.Nasir. Saya rasa kebanyakan penonton yang hadir adalah peminat M.Nasir. Meneruskan persembahan dengan lagu Bukalah Hatimu. Lagu yang ada "secara live di satelit", sememangnya konsert ini disiarkan secara langsung di ASTRO ! Pertama kali buat artis Malaysia !
09:51 malam - Srikandi Cintamu ! Lagu kenangan lama-lama ! Puas hati betul pilihan lagu M.Nasir untuk konsert ini. Memang seperti dijanjikan akan membawakan lagu-lagu popularnya.
09:56 malam - Angin bertiup macam mahu hujan ! Pleaseeeeee !
09:57 malam - Sentuhan Listrikmu ! Antara lagu wajib untuk M.Nasir juga dinyanyikan malam ini!
10:05 malam - Tribute untuk Sudirman Hj Arshad ! Milik Siapakah Gadis Ini. Bijak betul M.Nasir pilih lagu, dia pilih lagu yang jarang dia nyanyikan tetapi lagu-lagu yang disukai dan digemari penonton.
10:10 malam - Juwita Citra Terindah antara lagu baru yang dibawakan oleh M.Nasir. Dia sudah mula buka jaketnya. Terlalu panas atau pun sudah mula panas ! Panas ! Panas ! Panas !
10:17 malam - Memperkenalkan barisan pemuzik. Ujang, Aubrey Suwito, Awang, Steve Thontorn, Firdaus, Rafi, Pak Ang, Sze Wan, strings dari Kuala Lumpur, penyanyi latar dan Aznan Alias.Hujan renyai di Kuala Lumpur.
10:19 malam - Mentera Semerah Padi!! Bukan konsert M.Nasir sekiranya dia tidak membawakan lagu ini. Selalunya lagu ini dibawakan apabila M.Nasir sudah naik syeikh! Elemen signature M.Nasir lebih hebat sewaktu di Konsert Alam Muzik. Masih belum cukup naik syeikh M.Nasir di Singapura. Saya mengharapkan lebih lagi !
10:29 malam - Raikan Cinta ! Nampaknya M.Nasir sudah mula naik syeikh ! Saya salute dengan pemuzik iringan konsert ini. Muziknya lebih besar dan hebat. Puas hati kalau dapat berada di The Esplanade untuk menikmati alunan muzik yang lebih segar. Saya puas hati lagu ini !
10:34 malam - Ada ! Mana boleh sebuah konsert M.Nasir tidak dihabiskan dengan lagu ini ! Pastinya penonton memberikan respons yang baik untuk lagu ini.
10:38 malam - M.Nasir ajak penonton di Singapura berdiri bersama-sama membawakan lagu Ada ! Ternyata mendapat respons yang baik dari penonton. Memang power !
10:41 malam - Konsert Bagaikan Sakti berhenti seketika memberikan laluan untuk M.Nasir menukar baju sebelum berduet dengan Siti Nurhaliza. :)
10:44 malam - Lagu Bagaikan Sakti ! Mula sekerat jalan selepas iklan! Damn! Pertama kali membawakan lagu tema Puteri Gunung Ledang itu di mana-mana konsert. Memang power ! Muzik yang amat meletup ! Persembahan vokal terbaik gandingan dan jaguh vokal Malaysia ! Saya harap ulangan nanti dapat yang versi penuh. M.Nasir agak sukar untuk mencari pasangan duet yang serasi selepas Yusnizar Hussein.
10:49 malam - Dua Insan! Tergamam !
10:53 malam - Sebuah lagu duet baru dari M.Nasir dan Siti Nurhaliza iaitu bertajuk Hanya Semalam. Sebuah lagu yang catchy! Semalam hanya semalam...Bila agaknya radio mahu main lagu ini ? Lagu ini pasti akan top seperti lagu Pandang Pandang Jeling Jeling.
11:00 malam - Konsert Bagaikan Sakti meninggalkan kesaktiannya di Singapura. Pemilihan lagu yang tepat dibantu iringan pemuzik yang menyegarkan lagu-lagu lama Siti Nurhaliza dan M.Nasir. Gandingan tepat ini perlu dibawa ke Kuala Lumpur! Menariknya konsert ini apabila M.Nasir mengekalkan elemen-elemennya dan gabungan duet dua penyanyi ternama Malaysia cukup serasi.
________________________________________________________
Nota : Jika anda terlepas konsert ini secara langsung, anda masih boleh mengikuti siaran ulangannya mulai 2 hingga 10 Januari depan. Masih sempat melanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300 82 3838 atau pun dengan menghantar SMS ABOM(ruang)SAKTI(ruang)NO IC dan hantarkan ke 32888** : Saudagar tak sempat nak tulis apa-apa review. Tengok konsert depan TV, layan anak enjut buai.
Lirik lagu Hanya Semalam boleh diperolehi di blog saya.
BalasPadamOh! Cepatnya
BalasPadam:) Terima kasih kerana sudi berkongsi.
biarlah rahsia superb!!
BalasPadamfuhh, gempaq gila sifu! tapi awat penonton esplanade malu2? penonton kat IB lagi happening ;)
BalasPadamsedap m nasir bawa lagu sudirman
BalasPadamTernganga aku tengok mak ET dgn sifu nyanyi.merdu bukan main.mantaplah konsert nih!!!!!!!!!!!!
BalasPadamsaypOOL : superb jgn tak superb :)
BalasPadammilo: Mungkin dkt kaca TV jer nampak penonton esplanade malu-malu kot.
Tanpa Nama : Yup ! setuju lagu sudirman tu salah satu yang best dalam konsert ini.
Tanpa Nama : Tidak dinafikan, konsert duet termantap tahun ini.
baca ulasan sahaja dah tak terkata...
BalasPadamtrimakasih ; SM & SM!
Portdy : Hahhaha. Itu belum pergi sana tengok dengan mata kepala sendiri.
BalasPadamApa pun, sememangnya SM yg patut berterima kasih pada SM yang lagi satu (Sultan Muzaffar) kerana menulis laporan dengan terperinci sekali.