* Berikut adalah petikan temu bual bersama M Nasir yang telah disiarkan dalam artikel bertajuk "10 lelaki peneraju" dan diterbitkan dalam majalah GLAM LELAKI 4 2009. Personaliti lain yang turut ditemu bual adalah Ahmad Izham Omar,Tengku Farid Rithaudeen, Freddie Fernandez, Kenneth Wong, Amin Hussein,Andrew Abishegam, Al Hardy Fakharuddin, Bob Chua, dan Dato Bernard Chandran.
Teks Zuraidah Hussein, Jaja Anuar
Gambar : Bustamam Mokhtar/White Studio
M NASIR - PENGARAH URUSAN LUNCAI EMAS
PENYANYI, KOMPOSER, PRODUSER, PELAKON DAN PENGARAH FILEM. NAMA BESAR DALAM INDUSTRI MUZIK, M. NASIR DIANGGAP SIFU OLEH ANAK DIDIKNYA DAN TEMAN ARTIS LAIN.
Bagaimana anda mengukur suatu kejayaan?
Kejayaan bagi saya bergantung pada bidang yang anda ceburi. Bila sampai waktunya anda boleh mengukur sendiri hasil yang diperolehi. Seperti kepuasan artistik, penerimaan ramai terhadap muzik yang diperjuangkan dan sejauh mana anda memberi inspirasi untuk maju ke depan.
Adakah wang menjanjikan kuasa?
wang boleh merubah persepsi pada diri.Wang boleh dijadikan bahan perjuangan dan lebih daripada itu. Dan apabila wang bergabung dengan kuasa, ia adalah normal
Halangan dan cabaran yang dihadapi untuk sampai ke tahap ini?
Saya seorang yang tidak cepat mengalah dan percaya pada benda yang baru. Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan tipu lah kalau saya katakan saya tidak menghadapi sebarang halangan tetapi saya jenis tidak dan terlalu memikirkannya. Go with the flow.
Bagaimana anda menyediakan diri kala berhadapan dengan krisis. (kerja atau peribadi)?
Dalam perniagaan, ada falsafah yang perlu diikuti. Seperti Matematik, jika kita ikut formula, ` pasti kita akan dapat cari penyelesaiannya. Percaya pada naluri dan gerak hati juga percaya pada Tuhan.
Sebagai ketua, bagaimana anda menguruskan pekerja bagi mengerakkan syarikat ke hadapan? Apakah tip atau motivasi kepada mereka?
Saya sering tekankan perihal komunikasi. Dalam industri muzik terlalu banyak - bersangkut paut dengan emosi. Bila ada emosi, ego pula memuncak. Sebagai ketua, saya perlu tahu bagaimana hendak mengawal situasi sebegini. Bagaimana hendak memahami perasaan orang' lain dan bila perlu bertindak.
Insan yang menjadi inspirasi atau yang dikagumi.
Bagi saya tiada istilah `influential figure'. Contohnya, saya mengagumi Bob Dylan. Saya, gemar akan suaranya tetapi saya tidak kenal dia. Yang saya tahu hanya hanya luaran sahaja.
Nasihat terbaik yang pernah diterima
Kritikan ialah suatu nasihat yang baik. Ia menjadikan anda lebih kuat.
Falsafah/moto hidup anda?
Hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. baru anda dapat mencapai matlamat yang diidamkan. Seperti pemain bola sepak. Berada di padang dan menonton televisyen sesuatu yang berlainan. Bila di padang pandangannya terhad. Hanya boleh pandang kiri, kanan, depan dan belakang. Sedangkan mereka yang menonton televisyen boleh melihat semua pandangan dari sudut berbeza. Anda yang patut tentukan sebarang keputusan.
Tiga perkataan yang mengambarkan diri anda?
Kelakar, determine dan penyayang.
hehe.. sifu M Nasir.. GQ style.. cool! ^_^
BalasPadamsempoi ar sifu
BalasPadamaku suka gambo tu.. lawa
BalasPadamcool!
BalasPadamWo best artikel ni
BalasPadamSimple tapi cool...suka tengok M Nasir jovial macam ni..
Sekali pandang cam otai yakuza pun ada hehehehe
Thanks saudagar for sharing!
pergh..memang otai ar!
BalasPadamUntuk pengetahuan semua, artikel utk M Nasir di atas ini mengambil dua bahagian muka surat, sedangkan personaliti lain hanya satu muka surat utk setiap orang. Personaliti lain bergambar duduk dan rilek-rileks sahaja. Hanya M Nasir sahaja memberi posing istimewa ini. (mungkin sesuai dengan statusnya sebagai penghibur).
BalasPadamReaksi pertama terlintas dalam benak kepala Saudagar setelah membelek artikel ini ialah :
Huh! M Nasir ke ni???? hahhahaha
*nota: Terima Kasih kepada En/Cik Tanpa Nama yg pernah meninggalkan ulasan dan memberitahu Saudagar Mimpi tentang kemunculan sifu dalam majalah GLAM dalam entri terdahulu.
ada teman menyatakan M.Nasir sudah semakin berubah penampilannya...sudah ala-ala Anuar Zain. Ala-ala pop..ya, mungkin hak dia. tapi bila terkenang balik zaman awal kemunculannya,(filem kembara seniman jalanan). aku rindu zaman 'pra sang pencinta' beliau.
BalasPadamrindukan m.nasir yang mistik (canggung mendonan)
BalasPadamSama-sama SM. Saya dok tunggu artikel ni dari dulu. Nasib baik sempat beli GLAM. Tang gambaq dia tuh yg best. Hahahak! Apapun M Nasir tetap cool.
BalasPadamCayalah!
Terima kasih gak kat SM sbb keluaqkan artikel ni.
amer zaman & Tanpa Nama:Sememangnya ramai rindu pada penampilan 'mistik' sifu yang lama. Sememangnya penampilan artis sentiasa berubah untuk bersaing dan mengekalkan momentum mereka. Lihat Metalica, dulu berambut panjang berjeans lusuh sudah diganti dengan seluar kulit dan berambut pendek.
BalasPadamTanpa Nama : Terima kasih sekali lagi :)
nasir masih mistik
BalasPadamdalam ape jua bentuk dia
tersendiri
yg penting minda dia masih sama
tetap mistik dan unpredictable
Macam tak kena aje M Nasir pakai baju ni... Macam "bukan dia". Tapi kerana saya ni peminat yang "buta", pakailah apa saja, cakaplah apa sahaja, menarilah macam manapun, saya tetap minat kat dia dan dia tetap No. 1. - Lili
BalasPadam