petikan Berita Harian 16 Mac 2009
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
Ali puas hati lebih 4,000 tiket konsert solo M Nasir baru-baru ini habis dijual
SEMANGATNYA untuk menganjurkan Konsert Alam Muzik M Nasir pernah goyah apabila dia mendapati betapa sukarnya untuk mendapatkan tajaan. Keperitan untuk mendapatkan penaja bagi konsert artis tempatan seakan membayangkan betapa syarikat gergasi tanah air kurang berminat untuk membantu penggiat seni tempatan.
Namun, kesanggupan kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tampil menghulurkan bekerjasama sebagai media rasmi bagi konsert berkenaan akhirnya memulihkan semangat Pengarah Urusan Boxoffice (M) Sdn Bhd, Ali Bakar, untuk tetap menganjurkan konsert terbabit pada 27, 38 Februari dan 1 Mac lalu.
Hasil kerjasama semua pihak terbabit, termasuk hebahan berterusan daripada kumpulan akhbar NSTP, tiket ketiga-tiga malam konsert laris bak pisang goreng panas apabila sebanyak 4,017 keping tiket habis disambar peminat.
Dek kejayaan konsert berkenaan, penganjur yang sudah lebih tiga dekad terbabit dalam dunia showbiz itu menerima pelbagai permintaan daripada banyak pihak - peminat mahupun penganjur persembahan - untuk membawakan konsert itu ke luar Istana Budaya.
"Kini, ramai peminat yang bertanya, mengapa konsert berkenaan tidak dianjurkan pula di sebuah lokasi yang membolehkan lebih ramai peminat menontonnya, seperti Stadium Negara? Begitu juga saya mendapat permintaan supaya konsert terbabit dibawa ke Sabah dan Sarawak, serta Singapura.
"Jika diikutkan hati, sudah tentu saya mahu membawa konsert ini ke semua destinasi yang disebutkan tadi. Bagaimanapun, ia bukan sesuatu perancangan yang semudah disangka.
“Saya juga perlu terlebih dulu berbincang lebih lanjut bersama M Nasir sendiri. Sehingga kini, kami hanya berbual-bual saja mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan cek sumbangan Boxoffice kepada Tabung Kebajikan NSTP.
Menurut Ali, sememangnya dia lebih suka untuk mengadakan konsert di tempat yang membolehkan golongan biasa turut sama menontonnya.
Persembahan di IB pula, katanya, hanya mampu dihadiri sesetengah peminat yang sanggup membayar harga tiket lebih tinggi.
"Bagaimanapun, sebagaimana saya katakan sebelum ini, semua itu bergantung kepada perbincangan lanjut antara saya dengan penyanyi itu sendiri. Perancangan yang sebaik-baiknya perlu diatur supaya persembahan yang dipentaskan nanti benar-benar meninggalkan kesan kepada peminat," katanya.
Apatah lagi, Boxoffice sendiri mempunyai beberapa lagi persembahan besar yang harus ditangani sepanjang tahun ini.
"Pada Mei nanti, kami akan menganjurkan konsert dua kumpulan terkenal suatu ketika dulu, Black Dog Bone (BDB) dan Carefree. Kertas cadangan sudah pun dihantar kepada Istana Budaya dan kami juga sudah mendapat lampu hijau daripada mereka," katanya sambil memberitahu, dia pernah bekerjasama bersama kumpulan terbabit sewaktu mengadakan Pesta Budaya NST, lebih dua dekad lalu.
Ali juga berkeyakinan kumpulan berkenaan masih mempunyai kalangan pengikutnya yang ramai, manakala pemuziknya masih berupaya memberikan persembahan mantap sekalipun masing-masing, terutama anggota kumpulan BDB, sudah melewati usia 50 dan 60 tahun.
Sekali lagi, konsert berkenaan akan dipentaskan di IB kerana Ali percaya, dewan itu menyediakan set pentas serta kesan akustik terbaik.
Sementara itu, bercerita mengenai sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Tabung Kebajikan NSTP, dia memberitahu, sebagaimana diumumkan sebelum penganjuran konsert, sebanyak RM1 daripada setiap tiket yang dijual didermakan kepada tabung berkenaan.
"Sebanyak 4,017 keping tiket dijual pada harga antara RM45 hingga RM250 dan saya berbesar hati kerana dapat menyumbangkan jumlah itu untuk didermakan kepada mereka memerlukan," katanya sebelum menyerahkan cek kepada Pengurus Kanan Jabatan Pemasaran NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi.
Sumbangan terbabit menjadi tanda penghargaan Boxoffice kepada NSTP kerana menjadi penaja dan sudi bekerjasama dengan mereka bagi menjayakan konsert berkenaan.
best ler..untung kalau dapat pegi...
BalasPadamdeaf_angel : Aku memang tak pergi la, jauh....
BalasPadamAduhhh....bila lagik konsert kat IB nieh.... tak ada tarikh kerrrr?
BalasPadamsalam alaik..haha.. x sangka plak..hihi..ok bukan pemuja..saya pun peminat biase2 aje..hihi..slamat berkenalan jugak bro!
BalasPadamselamatttttttttt berkenalannnnnn
BalasPadamSalam perkenalan! awak salah seorang yang di interview ke?hehehehe..sebenarnya interview tu akan dimasukkan dalam program TV untuk raya kat Astro nanti...so nantikan 2 program tuh ye :)
BalasPadamLemonNine : Selamat. Selamat!
BalasPadamaMe : Ye Same le kita & selamat berkenalan!
Pet : Salam perkenalan. Siapa la saya untuk diinterview heheheheh....
Oooo interview itu untuk program raya di Astro. Ada ucapan Selamat Hari Raya ke sampaikan kena menunggu raya? hahahah?
Apa pun kalau program TV pasal sifu memang kena tunggu la ni.