petikan Berita Harian 27 April 2007
Oleh Rozdan Mazalan
BENARKAH wujud Saliha di mata pengarah filem, M Nasir? Atau, Saliha hanyalah mainan imaginasi yang sering menjadi teka teki wartawan hiburan setiap kali berkesempatan menemui pengarahnya M Nasir.
Seperti biasa, reaksi selamba dilemparkan M Nasir acap kali apabila wartawan menimbulkan persoalan Saliha yang dikejar selama ini hanyalah imaginasi yang sengaja dicipta untuk mengundang persepsi berbeza dalam media massa.
Persoalannya, siapakah Saliha? Tiada jawapan pasti dari mulut pengarahnya dan hanyalah senyuman teka teki, malah persoalan itu juga dibalas dengan memberi peluang kepada wartawan mencadangkan siapa pelakon yang patut diangkat sebagai Saliha.
Produksi Aduh Saliha yang bakal memulakan penggambaran di lokasi negeri di bawah bayu, Sabah dalam beberapa minggu lagi masih dilihat buntu untuk mendapatkan buah hati istimewa kepada pelakon utamanya yang juga penyanyi lelaki nombor satu di Malaysia, Mawi.
“Buat masa ini saya masih belum bertemu watak itu, dan saya yakin dengan masa beberapa minggu lagi sebelum penggambaran Saliha akan ditemui. Saliha tetap ada dan saya pernah terfikir untuk memberi kepada salah seorang pelakon dari negara seberang tetapi bimbang menghadapi masalah dari segi bahasa.
“Bila kita mahu menghasilkan sebuah filem, watak utama yang hendak ditonjolkan mestilah bersesuaian dengan karektor dan bukan hanya boleh tangkap muat saja. Selain itu, apa yang saya tekankan adalah watak itu haruslah mempunyai nilai skrin dan suatu perasaan tertentu yang agak sukar untuk saya jelaskan,” katanya selepas mengadakan persembahan Minggu Setiausaha di Kelab Golf Perangsang Templer, Jalan Rawang, baru-baru ini.
Sementara itu, produksi Aduh Saliha terbitan The Cameracrew Productions Sdn Bhd membabitkan bajet RM1.6 juta. Ia juga akan menampilkan Erra Fazira, Nasir Bilal Khan, Noniswara, Mawi, Ebby Yus, Que Haidar, Zulhuzaimy dan Felix serta bakat baru, Yasmin Isa.
Dengar khabar, saliha sabah dipegang oleh seorang bekas ratu cantik Keningau iaitu Lydia Musli, betul ke? Dia ni pernah jadi model sambilan saya...saya akan upload gambar dia dalam masa yang terdekat di http://keningaudistrict.blogspot.com
BalasPadamBiar betik ko ni ann!!!!!
BalasPadamBerita ke atau khabar angin di bawah bayu je ni???
Apa kata buat je watak animasi Saliha je supaya menepati imaginasi pengarah filem. Ala-ala citer "S1mOne" lakonan Al Pacino!
wait n see jelah...tapi M.nasir memang dah dtg buat uji bakat di keningau ni...berjaya tak berjaya pegang watak...itu pengarah lebih tahulah, kan.
BalasPadamBerita Harian Metro hari ni pulak kata, ada khabar angin mengatakan si Heliza AF5 tu yang ada potensi jadi Saliha. (rezeki org cantik la katakan.....hahhahah)
BalasPadambetul la.. m nasir ada datang beberapa kali ke keningau. Surprisingly dia tu takla sombong dan serius sangat. Dengar kabo memang nak cari saliha di keningau tapi tak de yang dio bekenan la so far.
BalasPadamDalam tahun ni je dah 6 kali datang tau. Siap pegi kampung aku dan makan kat rumah pak cik aku lagi di Kg. Kota Ayangan, Keningau.
Hahaha.. dia pegi Keningau bukan nak carik "Saliha" tapi nak carik tempat "Shoot" yang cantik. Dengar kata Filem tu nanti akan dibuat di Kaki Gunung Kinabalu, Keningau and etc ..
BalasPadamHehehe.... dalam "MElodi" hari tu plak ura2 mengatakan yg "Reporter asal dari Sarawak" tu yg dapat Watak Saliha