Selain daripada kejutan daripada senarai pemenang, persembahan pembuka daripada sifu M.Nasir turut memaparkan satu kejutan kepada peminat-peminat seni tanahair.
Ketika menyanyikan lagu Sang Pecinta, komposer terkemuka itu berjaya menunjukan bakat menarinya di hadapan ribuan yang hadir buat pertama kalinya.
"Saya saja nak buat satu kelainan. Apa yang mereka saksikan tadi merupakan sesuatu yang lama saya ingin lakukan. Tak salah saya menari," ujar M.Nasir yang turut mengakui bahawa dirinya mengambil beberapa hari untuk berlatih menari.
M.Nasir tetap terharu apabila karya-karyanya masih mendapat sambutan di kalangan pendengar
(Foto The Star Oleh Azhar Mahfof)
(Foto The Star Oleh Azhar Mahfof)
Kemenangan dua anugerah iaitu Abum Pop Rock Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Juwita Citra Terindah pula menjadi bonus untuk album Sang Pecinta.
"Saya berterima kasih kerana pada usia ini, masih ada lagi yang menyokong karya muzik saya. Saya bersyukur kerana masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang masih dapat diterima ramai," ujarnya lagi.
"Berbaloilah segala pengorbanan saya lakukan untuk album ini," tegasnya lagi.
Ketika ditanya mengenai kekalahan pada kategori Vokal Terbaik, M.Nasir berkata, "Saya rasa pemenang (Reshmonu) mempunyai kelebihan dia tersendiri.
"Saya tidak rasa kecewa ataupun hampa malah saya bersyukur kerana masih dapat pulang dengan beberapa anugerah sebagai tanda penghargaan terhadap kerjaya saya pada malam ini."
TAHNIAH untuk Sifu... Hidup M Nasir..! :)
BalasPadam