petikan Berita Harian 30 Mac 2007
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Kegagalan album Semalam milik Sean Ghazi dalam kategori Album Pop Terbaik dipersoal
BAGAI ada tidak kena apabila pihak Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia atau PAIMM mengumumkan senarai lima finalis Anugerah Industri Muzik ke 14 (AIM14) yang bakal berlangsung 28 April ini. Bukan berniat mempertikai pihak penganjur, keputusan diumumkan mengundang persoalan kebanyakan media yang hadir.
Namun, persaingan sengit berlaku dalam semua kategori yang dipertandingkan membabitkan muka lama dan baru, selain ada kategori yang mengundang kejutan menarik terutama apabila M Nasir mendominasi tiga pencalonan bagi kategori Lagu Terbaik menerusi Juwita...Citra terindah, Sang Pencinta dan Tujuh Nafas Lagi.
Paling ketara apabila album penyanyi terkenal dengan irama pop klasik, Sean Ghazi tidak tersenarai dalam kategori album pop terbaik sedangkan album solonya yang berjudul Semalam dicalonkan dalam pelbagai kategori yang cukup kuat melayakkannya dicalonkan dalam kategori album pop terbaik.
Untuk album ini, Sean meraih pencalonan untuk kategori artis baru terbaik, video muzik terbaik, persembahan vokal terbaik, rakaman album terbaik dan susunan muzik terbaik. Jadi, apakah silapnya sehingga album Sean tercicir untuk dicalonkan dalam kategori album pop terbaik.
Bagaimanapun, ketika diajukan persoalan ini kepada Pengerusi PAIMM, Aziz Bakar pada sidang media kelmarin, beliau berkata: “Saya rasa soalan itu harus ditanyakan kepada juri. Setiap keputusan bukan daripada kami tetapi juri dilantik. Mereka adalah profesional. Itu adalah keputusan dan suara mereka,” jelas Aziz.
Sean ketika diminta mengulas perkara itu mengaku berasa hairan dengan keputusan yang diumumkan kerana kalau dilihat dari jumlah pencalonan yang diterimanya, album Semalam memang layak.
“Kalau diikut dari segi logik, memang sepatutnya album saya tersenarai sebagai album terbaik kerana ia tercalon dalam pelbagai kategori. Malah, untuk kategori susunan muzik terbaik terdapat tiga lagu saya dicalonkan. Jadi apabila ini berlaku sedikit sebanyak saya rasa sangsi,” tegas Sean.
Warga muzik wajar hormati AIM
MENERUSI laporan Hip Isnin lalu, Astro tetap meneruskan konsert mingguan Akademi Fantasia 5 (AF5) ketujuh, 28 April ini walaupun menyedari bahawa tarikh itu bertembung anugerah paling bermakna buat seluruh warga muzik tempatan, Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM14).
Diminta mengulas perkara itu, Aziz berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku apabila kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Kami sudah merancang setahun yang lalu dan mustahil untuk pihak Akademi mengalah. Mereka sepatutnya menghormati penggiat seni yang terbabit dalam majlis anugerah itu kerana itu adalah masanya untuk golongan ini meraikan kejayaan di atas pencapaian terbaik mereka.
“Walaupun mereka memberi alasan atas sebab komersil maka mereka harus meneruskan konsert itu. Namun, perkara itu boleh difikirkan untuk kebaikan bersama. Kalau kita saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain, perkara seperti ini tidak mungkin berlaku. AIM seharusnya dihormati,” tegasnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Airtime Management ntv7, Shariman Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak melihat pertembungan dengan AF5 mampu menjejaskan rating AIM14 yang akan disiarkan secara langsung menerusi ntv7.
“Berdasarkan rating dua juta penonton yang diraih tahun lalu, kami rasa tahun ini juga tiada masalah kerana AIM ada pengikutnya tersendiri,” ujarnya.
INFO
Antara senarai finalis AIM14
Artis Baru Terbaik
1. Bob
2. farhan
3. Fazli zainal
4. Izwan Pilus
5. Sean Ghazi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
1. Bob
2. M Nasir
3. Reshmonu
4. Saleem
5. Sean Ghazi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
1. Aishah
2. Farhan
3. Jaclyn Victor
4. Noryn Aziz
5. Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album
1. Firdaus
2. Hijjaz
3. Khafi
4. KRU
5. Raihan
Rakaman Album Terbaik
1. Alip, Mamak, Omi, Kamal & Zairie (Analogi, Kristal)
2. Fadzli Fauzy, Zairie, Roslan Aziz, Marzuki & Peter Chong (Sang Pecinta, M.Nasir)
3. Hadie Lizard, zairi Ariffin & Alfie Zainal (Gothik Malam Edan, Search)
4. Mamak, Kamal & Zairie (Rock Yeh Yeh 60’an, Kristal)
5. Phil Punch, Peter Chong & C. L Toh (Sean Ghazi - Semalam, Sean Ghazi)
Video Muzik Terbaik
1. Andy Mak (Caramu, Nikki)
2. Jordan Suleiman (Lost In America, Pete Teo)
3. Osman Ali (Bisakah, Siti Nurhaliza)
4. Tate Mario Ghazali (Ku Impikan Bintang, Sean Ghazi)
5. Tate Mario Ghazi (Semalam, Sean Ghazi)
Album Pop Etnik Terbaik
1. Satu Taakulan (Natasha, S Atan & Pak Ngah)
2. Syahda Berdendang (Syura, Pak Ngah, Eddie Hamid & Idzhar Azwa)
Album Nasyid Terbaik
1. Bahagia Berkasih (Ahmadi Hassan, Omar Ali &Ali Hussein Mawla)
2. Doa, Berzanji, Qasidah berlagu (Mawi, Othman Mahmood & Arab)
3. Dunia Yang Lebih Indah (Firdaus, Faizal Tahir, Akmal Miwrana, Isman Isam, Haris Isa firdaus & Zulkifli Majid)
4. Pelita Hidup IV - Perjalanan (HIjazz, Munif Ahmad, Faizal Osman & Isman Isam)
5. Tawakkal -(Raihan, Bakafro & Farihin Abdul Fatah)
Album Pop Rock Terbaik
1. Analogi (Kristal, Kristal & Bong)
2. Epigoni (Saleem, Umarul Mahdzar)
3. Gorr...Renng Jer (Chobib)
4. Janjiku (Sofaz)
5. Sang Pecinta (M.Nasir)
Album Pop Terbaik
1. Alam Maya (Noryn Aziz, Michael Veerapen & Daniel Veerapen)
2. Harapan (Fazli Zainal, Hazami, Azlan Abu Hassan, Audi Mok, Terry Lee, Adnan Abu Hassan, Aman & Ahmad Firdaus)
3. Inilah...Jac (Jaclyn Victor, Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Audi Mok, Kieran Kuek & Aidit Alfian)
4. Kurnia (Aishah, Adanan Abu Hassan)
5. Transkripsi (Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud & Damian VE)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
1. Aubrey Suwito (Teman Sejati, Juwita Suwito)
2. Audi Mok (Inilah Masanya, Jaclyn Victor)
3. Brice Hurn (Hujan Di Tengah Hari, Sean Ghazi)
4. Vivian Chua (Getaran Jiwa, Sean Ghazi)
5. Vivian Chua (Semalam, Sean Ghazi)
Lagu Terbaik
1. Drama (Nikki, Ning & Yanie, Audi Mok, AD Samad)
2. Juwita...Citra Terindah (M Nasir)
3. Sang Pecinta (M Nasir)
4. Tujuh Nafas Lagi (M. Nasir)
5. Ceritera Cinta (Ross Ariffin, Habsah Hassan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan