Halaman

Selasa, Januari 23, 2007

Sifu & AJL21

petikan Utusan Malaysia 23 Januari 2007
“Saya tidak kisah walaupun lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta yang saya nyanyikan bersama Mawi tidak menang anugerah dalam AJL21. Saya dan Mawi berpakaian macam rockers kerana sengaja mahu memperagakan pakaian itu. Mungkin dengan cara itu kami boleh hiburkan orang. Daripada mana saya dapat idea itu? Ia datang secara spontan”.

petikan Berita Harian 23 Januari 2007

“SAYA memang tidak jangka lagu Juwita Citra Terindah diumumkan pemenang kategori Pop Rock. Begitupun, saya tahu lagu itu ada tahap kesedapannya. Namun, saya juga sedar, lagu lain ke final semuanya diterima ramai. Seperti lagu Diari Seorang Lelaki, ramai yang suka lagu dan muzik seperti itu. Kecewa apabila Lagu Jiwa Lagu Cinta tidak menang? Tidaklah. Sebabnya, saya faham apa yang berlaku. Jadi, saya tidak perlu berasa kecewa dengan kekalahan lagu itu.

“Jika ditanya apakah saya berpuas hati dengan keputusan AJL kali ini, apa yang boleh saya katakan, pengwujudan juri yang ramai bagi mengadili kategori lagu, vokal dan persembahan juga adalah sebenarnya sebahagian idea saya. Cuma, kewujudan juri daripada TV3 itu bukanlah cadangan saya.”

Inilah acara anugerah pertama yang menyaksikan Mawi pulang dengan tangan kosong. Bagaimanapun, persembahannya bersama M Nasir memang ada kelainan apabila mereka muncul dengan rambut palsu. M Nasir mengaku, dia menggunakan rambut palsu milik jurusolek A’m. Masalahnya, Mawi kelihatan seperti Saiful Apek dengan rambut palsunya. Kata sesetengah peminat pula, persembahan mereka dikatakan ala funfair saja.
Winners (from left): Hazami, Azlan Abu Hassan, Adibah Noor, Habsah Hassan, Ayob Ibrahim, Zahid and M. Nasir with their trophies at Stadium Putra Bukit Jalil.

petikan Harian Metro 23 Januari 2007
Bagi M Nasir pula yang memenangi juara bagi kategori Pop Rock menerusi lagu Juwita Citra Terindah, secara keseluruhan dia cukup berpuas hati dengan keputusan yang dibuat di dalam AJL21 kali ini.

“Saya terima keputusan pada malam ini dengan hati yang terbuka. Tidak kiralah apa pun mesej yang cuba hendak disampaikan di dalam sesebuah lagu. Namun karya itu harus bagus. Begitu juga dengan bahasa yang digunakannya.

“Mengenai kemenangan Juwita Citra Terindah, ia adalah bukti, banyak lagu sedap yang boleh didapati di dalam muzik pop. Namun, ia harus berteraskan melodi dan susunan muzik yang baik,” katanya.



Gambar persembahan Mawi & M Nasir (Lagu Jiwa Lagu Cinta) diperolehi dari laman klubbkidd

3 ulasan:

  1. Tahniah buat Sifu.

    Teruja la tengok fesyen rambut 'sebelum era 70an'nya itu.. he he he.

    BalasPadam
  2. saya berpuas hati dgn keputusan malam itu kerana semua yg saya ramalkan menang benar2 berada di pentas! =)

    BalasPadam
  3. Tanpa perlu bermegah dan berlebih-lebihan, M Nasir tetap juara di hati saya.

    Juwita Citra Terindah memang ada kelasnya tersendiri.

    Suka sangat saya bila dapat tengok Sifu menyanyi malam tu.

    BalasPadam