Halaman
▼
Sabtu, Mei 27, 2006
Sang Pencinta
Akhirnya, album yang ditunggu-tunggu peminat M.Nasir telah berada di pasaran. Sang Pencinta mengandungi 10 lagu "segar" dari M.Nasir. Semua lagu dan lirik adalah ciptaan sifu sendiri kecuali lirik Tangisan di Hujung Galaksi dan 'Vendeta' hasil nukilan Loloq. Single pertama Juwita ... (Citra Terindah) sudah mengambarkan arah tuju album ini. Jangan terperanjat jika tiada lagi irama Nusantara kedengaran tetapi pendengar dihidangkan dengan irama progresif seperti zaman-zaman Kembara. Album ini menggunakan pemuzik handalan seperti Yazid, Ujang, Jay Jay,Nan, Rafie,Nafie Spider,Zul Mahat, Firdaus, Sashi, Irwandi dan Aie'z Quest. Fadzli Fauzi, Marzuki, Roslan Aziz, Peter Chong dan Zairie bertindak sebagai jururakam dan juruadun. Nasihat Saudagar Mimpi... album ini perlu didengar sekurang-kurangnya tiga kali untuk betul-betul menghayati keunikannya. Unik dan jangan buat perbandingan album ini dengan album sifu sebelumnya. Lain dari yang lain.
Track List
1. Juwita...(Citra Terindah)
2. Sang Pencinta
3. Tujuh Nafas Lagi
4. Tangisan di Hujung Galaksi
5. 'Vendeta'
6. Bahtera Raudah
7. Destinasi : Eterniti
8. Setiap Dambaan
9. Apa Lagi
10. Balada Seorang Teman.
Pastikan beli yang Ori!
Interesting article taken from The Star dated 28 May 2006.
IF M. NASIR’S latest solo effort Sang Pencinta took nearly five years to complete, it must said it has been worth the wait (or frustrating delays) and the blighted Mawi distractions. Loaded with 10 tracks, Sang Pencinta is Nasir’s first studio recording since the award-winning, world music flavoured Phoenix Bangkit (2001) and it sounds far removed from its illustrious predecessor. Either the man has abandoned his world music ambitions or his label stepped in with a more sensible option to get this 49-year-old music maverick back on the commercial block.
Well, it’s time to play up to his pop strengths instead of stretching himself. With Phoenix Bangkit, Nasir was the lightning rod for the integration of Malay music into the world music mainstream. As an album, it was an outstanding release, but sadly, it couldn’t cut across and didn’t explode abroad. The Malay music audience is hardly sophisticated enough and no major label is going to risk another world music type album even if it is M. Nasir swinging the baton.
So out go the Arabic percussion, Bollywood strings and Sundanese rhythms. If Qawwali music and the late Nusrat Fateh Ali Khan inspired Nasir in those seedling world music years, right now he sounds more like a younger version of himself infatuated by rock ’n’ roll.
More earthy and acoustic in sound, Sang Pencinta largely falls somewhere between the rockiness of his Kembara days and his earlier, more Malay folkloric solo masterpiece Canggung Mendonan. Massively hyped as Nasir’s return to his melodic roots; there is no denying this album is tilted towards reassuring rock and romantic wistfulness. The first single Juwita ... (Citra Terindah), a tender rush of pop melodrama, sees Nasir unashamedly turning warm and fuzzy as he revises and re-edits a swoony slice of those golden AM radio days that clearly informed his formative years in Singapore.
He may have retreated from making more challenging music, but at the core, Nasir’s voice remains dexterous and his arrangements top notch. Even by the mix-and-match standards on this record, Nasir is always an interesting Malay artiste, drawing on rock, folk and classic pop for inspiration, as well as the diverse philosophical and emotive lyrical experiences he has absorbed through the years.
If he were a lesser artiste, it would be most natural for Nasir to brazenly turn up the guitars. But fortunately the subtle and textural shades are preferred. Only the title track sounds like a stadium rock-out. Across the album, his delivery is seldom less than compelling and standout best on the more atmospheric arrangements of tunes like Bahtera Raudah and Setiap Dambaan (shades of Pink Floyd?).
Although the emphasis is overwhelmingly weighted towards rock, Nasir successfully appropriates unconventional styles. Frank Sinatra aspirations or not, the neo-cabaret of Tujuh Nafas Lagi displays a highly whimsical side to the singer-songwriter with allusions to Persian poet Firdausi, Arthurian sorcerer Morgan le Fay and what seemingly sounds like a drunken Chinese funeral band propping up this wayward track. On the epic closer Balada Seorang Teman, the twilight voices of the keyboard, smouldering guitars and Nasir’s forlorn lyrical conflicts provide ample evidence that in formidably gifted hands the Malay ballad can be emotionally sophisticated and achingly awesome.
A lot of extravagant praise and claims are made for Nasir – most of them valid. But above all, Sang Pencinta, taken solely as a modern Malay album, is a credit to man’s undoubted ability to roll out a lively record that preserves his music legacy.
The only weak point, considering Nasir’s art school background, is the album’s horrendous cover and cheesy clothes catalogue inlay that dampens an otherwise solid and often impressive album. Somebody find him the phone number for Ahli Fiqir’s artwork team, please. – By Daryl Goh
tambahan : petikan Harian Metro 6 Jun 2006
M NASIR ubah arah
Sebagaimana anda semua, saya juga tertanya-tanya, kenapa M Nasir tiba-tiba berubah arah apabila muncul dengan album barunya berjudul Sang Pencinta ini.
Sejak sekian lama kita dihidangkan dengan muzik Nusantara Nasir bersulam etnik sejagat bersama bunyian perkusi yang padat, apa yang diperdengarkan di dalam album ini jauh berbeza.
Sang Pencinta menjadi album bernuansakan pop rock bersama adunan beberapa elemen muzik lain termasuk Brit Pop yang sangat berkesan sekali pengaruhnya terutama menerusi single pertamanya, Juwita...(Citra Terindah).
Susunan muziknya agak ringkas, mudah didengar serta memiliki bunyian yang segar, menarik, unik dan sedap didengar.
Persoalannya, mengapa dengan perubahan ini? Itu yang bermain di fikiran saya dan barangkali juga anda semua.
Saya pernah tanya Nasir hal ini. Katanya, perubahan itu tidak bersebab. Sebaliknya, ia hanya sekadar perubahan mengikut mood dan keadaan semasa.
Namun, bila berpeluang mendengar keseluruhan album ini, saya rasa jawapan itu sama sekali tidak mengandungi kebenaran yang total.
Hakikatnya, memang sengaja Nasir tampil dengan genre muzik sebegini. Saya melihat ia satu strategi yang disusun dengan cukup halus dan bijak sekali.
Seperti yang sedia kita ketahui, sebahagian pendengar kita hari ini cukup mengagung-agungkan muzik artis atau band Indonesia.
Asal saja ia datang dari Indonesia, muzik mereka dianggap hebat. Keadaan ini akhirnya menyebabkan muzik kita lama kelamaan semakin terpinggir.
Nasir mungkin cuba memecah kebuntuan ini dengan menghasilkan sesuatu muzik yang segar dalam Sang Pencinta.
Muzik yang memang diinginkan pendengar tetapi masih kaya dengan feel dan acuan muzik Melayu kita.
Mungkin saya kedengaran seolah-olah menyokong Nasir dengan kenyataan ini. Namun, kita sememangnya memerlukan perubahan dan pembaharuan terhadap senario muzik kita.
Jika tidak, alamatnya sampai bila pun industri kita terus dikekang pengaruh artis dan band muzik dari Indonesia yang kebelakangan ini banyak sekali membanjiri negara kita.
Untuk mewujudkan perubahan ini, kita memerlukan trendsetter dan inilah barangkali yang sedang Nasir cuba lakukan.
Saya harap peminat Nasir bertenang dan berfikiran terbuka terhadap perubahan yang dilakukan.
Juwita...(Citra Terindah) sekadar mukadimah yang sengaja diberikan feel happening di dalam Sang Pencinta. Selain itu, lagu yang menjadi judul album ini juga punya kekuatannya sendiri. Saya suka paduan gitar elektrik dan gitar akustik di dalam lagu ini.
Tangisan Di Hujung Galaksi pula sangat tipikal M Nasir (cuma ia tidak punya perkusi), Vendetta - sebuah lagu yang mudah didengar dan cukup menyenangkan manakala Destinasi Eterniti memiliki susunan muzik yang cukup genius.
Cuba dengar lagu Setiap Dambaan. Vokal Nasir cukup romantik sekali dalam lagu yang berentak moderate sederhana. Suara latar koir membuat lagu ini lengkap jiwanya.
Sebenarnya banyak soalan yang masih berlegar di benak saya terhadap album ini. Contohnya, mengapa kali ini Nasir banyak menghasilkan lirik sendiri dan bukannya dalam album terdahulu?
Dijemput kapada semua pengunjung laman ini menulis review album Sang Pencinta :-)
BalasPadamNak dengar puas-puas dulu, menghayati... baru nak review... :)
BalasPadamYup! Dengar puas puas dulu. Nampaknya banyak juga review telah ditulis oleh ahli forum Cari.com di luar sana
BalasPadamSila ke sini untuk membacanya
Aku nak dgr dan hayati dulu, baru aku boleh post review kan dlm blog aku...
BalasPadamkali pertama dengar, saya kecewa bila dengar lagu-lagu di album ini.
BalasPadamJauh berlainan dari album Phoenix Bangkit.
Kali ketiga dengar....hmmmmm.
boleh tahan..
aku suka juwita. yg lain belum sempat dgr. bagaimana yg lain? kamu boleh tolong huraikan..?
BalasPadamalbum ni sama saja dgn phoenix bangkit . Bezanya , album ni melodi barat klasik . Vocal utk melodi spt ni ade tuntutan tertentu , tak spt nada tinggi dlm rentak arab . Sama saja kecuali muziknya guna instrumen yg terhad - yalah sebab lagu band barat .
BalasPadamsila2 lah baca review album ni dlm blog aku.
BalasPadamSesiapa yang masih di dalam mood phoenix bangkit mungkin akan rasa agak kecewa apabila mendengar lagu-lagu di dalam album ini.
BalasPadamSesiapa yang hendak mendengar karya seorang komposer yang serba boleh dan menerima sesuatu yang agak lain akan suka pada lagu-lagu ini kerana ia perlukan masa untuk di dengar dan di rasa.
Lagu Sang Pencinta memang sedap seperti mendengar lagu zaman kembara.
hmm..album yang baik untuk dinikmati...aku salute pada sifu...aku harap kali ramai pendengar tau mesej yang nak disampaikan dalam lirik-lirik lagu sifu..tujuh nafs lagi..yup..
BalasPadamM.Nasir dah bg statement awal2 yg dia akan kembali zaman Kembara dan inginkan kebebasan utk album kali ni.
BalasPadamIn fact, masih ada unsur2 Phoenix Bangkit, tp dicampur dgn elemen rock & blues. Cuba dgr Bahtera Raudhah and Destinasi : Eterniti.
Lagu2 spt Vandeta & Sang Pencinta adalah similar to Kembara's atyle.
Album sifu yang ini memang mengingatkan kita pada waktu2 dia bersama Kembara dulu...Mood yang serupa...Santai dan tidak berat tapi lagu2 dan liriknya tetap berjiwa....
BalasPadamHidup sifu...!
Opss maaf. Saudagar Mimpi pergi bercuti, tak sempat nak jengok ke laman ni.
BalasPadamOkeh! Ini pulak review ringkas Saudagar Mimpi.. mengenai album itu
1. Juwita
Sememangnya melodi lagu ini lain dari yang lain. Menunjukkan keterbukaan muzik M.Nasir itu sendiri.
2. Sang Pencinta
Siapa yang dicintai? Itu persoalan utama bila mendengar lagu ini.
3. Tujuh nafas lagi
Hebat! Lagu yang diulang-ulang berkali-kali kerana kelainan melodinya. Liriknya juga buat aku berfikir? Sekali lafaz tak putus? Ini pasal org nak bernikah ke? hahahahha
4. Tangisan di hujung galaksi
Lagu mengenai alam sekitar ke ni? Itu kena tanya Loloq.
5. 'Vendeta'
Vendeta! Vendeta! Vendeta ni siapa? Apa pun lagu rock ni! Mesti gempak kalau dimain Live. (kadang terdengar macam lagu Gerhana pulak)
6.Bahtera Raudah
Lagu perang kata M.Nasir. Ok! Clue tu sudah cukup memberi arahan untuk aku berfikir mengenai apa ketika mendengar lagu ini.
7. Destinasi Eterniti
Ingatkan destinasi dunia rupanya ke eternity. Simple dan mengingatkan kepada lagu dari album kembara dan Solo. Penggunaan loop yang menarik!
8. Setiap dambaan.
Pembukaan lagu ini membuat aku terfikir tentang hidup, mati dan padang Mahsyar. Bukan aku aje yang perasan part bernada "Nurnilam Sari" tu.
9. Apa Lagi
Lagu rock protest seperti zaman Kembara dulu. Rebel memang trademark pemuzik Jalanan :)
10. Balada seorang teman
Lagu yang panjang. Macam epik pulak. Lagu menceritakan mengenai kesunyian. Teringat pada lagu Pink Floyd plak bila mendengarnya. Muziknya penuh dramatik dan eksperimental. Lirik yang panjang tapi best sebab sekali lagi buat aku berfikir panjang mengenai Pasir, kaca, cangkir, batu, bangunan, kota, tangan, mulut meminum air dan hujan mawar?
Album yang berbaloi dan patut dibeli dua tiga salinan untuk simpanan dan kawan-kawan. Sependapat dengan yang lain yang mengatakan kulit album kali ini rasanya agak kurang artistik walaupun yang menghasilkannya orang berkebolehan juga. Mungkin nak disesuaikan dengan konsep aura seorang Pencinta kot?.
10 lagu sahaja kadang-kadang rasanya tidak memadai. Apa pula selepas ini? Adakah kita perlu menunggu 4 tahun lagi untuk album M Nasir dan kemudian disajikan dengan kompilasi bersama satu atau dua lagu baru didalamnya?
Dari segi melodi - benar - lagu-lagu Sang Pencinta seakan kembali ke zaman Kembara. Tetapi, dari segi seni kata - M.Nasir masih meneruskan tradisi yang dimulakan dalam album solo pertamanya "Saudagar Mimpi". Lagu-lagu dalam album "Kembara" lebih berjiwa rakyat. Begitupun, ini bukanlah cubaan baru daripada M.Nasir. Jika diteliti, M.Nasir telah pun menghasilkan lagu-lagu seperti ini dalam soundtrack "Merah" dan album bersama Wing. Citra ini terdengar dalam lagu-lagu seperti "Tinggalkan Satu Peluru", "Ya Sidi Mustafa", "X'po Imanginasi" dan "Rantai". Cuma nada lagu-lagu tersebut lebih keras dan rancak jika dibandingkan dengan lagu-lagu dalam album "Sang Pencinta". Yang pasti, kelainan yang dibawakan oleh M.Nasir merupakan usaha yang membanggakan. Tidak seperti album-album terdahulu, lagu-lagu dalam album ini agar sukar diterima untuk sekali dengar. Misalnya saya telah terpikat dengan "Hijab Kekasih" pada kali pertama mendengarnya sahaja. Sedangkan, setelah berkali-kali mendengar, barulah saya dapat memutuskan bahawa "Setiap Dambaan" ialah lagu yang paling saya suka.
BalasPadamRalat: Bro, album pertama M.Nasir ialah "Solo" bukan "Saudagar Mimpi".
BalasPadamYes, album pertama "Solo" yg ada lagu Mustika tu + Rajawali Terbang Tinggi...
BalasPadamsalah le ! album pertama m.nasir ialah UNTUK PENCINTA SENI pada 1980 . Sebelum tu , die cuma tulis lirik dan cipta lagu .
BalasPadamMungkin yang dimaksudkan oleh saudara Rimanilzah tu, album pertama setelah M.Nasir bergerak secara solo tanpa kumpulan Kembara
BalasPadamalbum "untuk pencinta seni(1980)" tu album solo le , guna nama Mohamad MN . lagu2 dalam album ni bergaya 70an style p.ramlee n ahmad nawab sikit, try nak ikut market masa tu kot . Ni sebelum dia perkenal rentak dan cara menyanyi moden , lari dari style ahmad nawab n p.ramlee .
BalasPadam