Halaman

Sabtu, Mac 18, 2006

Menghayati Bahasa Dalam Lagu - M. Nasir

petikan BERNAMA 18 Mac 2006
Oleh Syed Azwan Syed Ali

“SIFU” M. NASIR… “KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bagi komposer, penulis lirik dan penyanyi, M. Nasir tugas menggubah dan menulis lirik lagu bukan sekadar untuk menghasilkan sebuah lagu yang merdu tetapi turut bersangkut-paut dengan perkembangan budaya dan bahasa, terutamanya bahasa Melayu.

Pada pandangannya, pemilihan bahasa yang terkandung dalam bait-bait lirik itu akan memberikan kesan tersendiri kepada pendengar berdasarkan pertimbangan, pengalaman dan pengetahuan mereka terhadap seni dalam lagu.

Komposer yang digelar "sifu" dalam industri muzik tempatan itu juga mengakui bahawa kedudukan bahasa Melayu berada dalam dilema ekoran wujudnya jurang di antara generasi dahulu dan sekarang, yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

"Soal bahasa itu saya lihat berada dalam peringkat persimpangan jadi kita perlu usaha untuk merapatkan jurang itu. Dalam lagu umpamanya yang mempunyai berbagai-bagai pemikiran kerana ia ada bersangkut-paut dengan perubahan masa," katanya dalam temubual dengan Bernama di sini.

Beliau diminta mengulas tentang nilai budi bahasa dalam lagu ekoran isu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kembali mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat di Malaysia termasuk pemimpin negara dan parti politik.

Isu bahasa Melayu mendapat perhatian media selepas Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kedudukan bahasa kebangsaan itu, ekoran sebab-sebab tertentu, sambil bertegas kerajaan akan melindunginya sekalipun terpaksa meminda akta-akta berkenaan.

Pakar bahasa menyifatkan penggunaan bahasa Inggeris yang meluas dan terbuka di kalangan masyarakat, kurang keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu dan penggunaan "bahasa rojak" menyumbang kepada hakisan bahasa itu.

M. Nasir berkata penggubah dan penulis lirik lagu seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab ke atas setiap hasil karya yang mereka hasilkan kerana ia bukan sekadar untuk menghiburkan pendengar.

Bagaimanapun, pendekatan yang mungkin digunakan bergantung kepada pemilihan dan citarasa masing-masing sama ada menggunakan directness ataupun secara tersirat menggunakan bahasa puitis, katanya.

"Pendekatan orang seni itu (dalam menyampaikan lagu) kadang-kadang terlalu halus untuk difahami oleh masyarakat. Kadang-kadang dia pukul jauh ataupun tepat, bergantung kepada aliran (genre muzik) masing-masing.

"Penggunaan bahasa (dalam lagu) bergantung kepada pengetahuan masing-masing dan peringkat masyarakat yang mendengar. Dia mesti belajar mengenali seni bahasa untuk menyampaikan secara yang terbaik kepada pendengar," jelasnya.

Bahasa dalam lagu pernah dibangkitkan apabila kemenangan lagu "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor dalam Anugerah Juara Lagu Ke-20 dipersoalkan berdasarkan liriknya yang tidak puitis berbanding "Awan Yang Terpilu" nyanyian Ning Baizura.

Mengenai lagu "Lagu Cinta Lagu Jiwa" yang digubah oleh beliau yang sering dimainkan stesen radio tempatan setiap hari, M. Nasir berkata lagu itu mempunyai keistimewaan tersendiri seperti kekuatan dan kekemasan liriknya yang ditulis oleh Loloq.

"Lagu itu seolah-olah 'main-main' gitu tetapi sebenarnya ada keseriusan dari segi pengaturan bahasa, penyampaian dan isi lagu itu. Tetapi tidak semua orang akan menganuti aliran lagu itu," katanya yang dijangka menemui peminatnya dengan album baru pada awal April depan.

Penggunaan bahasa Melayu persis dalam lagu itu sejajar dengan cadangan ahli akademik dan ahli puisi tersohor, Dr Lim Swee Tin bahawa setiap pengguna bahasa harus menganggap diri mereka sebagai pejuang bahasa yang akan memastikan penggunaan bahasa Melayu yang menyeluruh.


Appreciating Language In Songs - M. Nasir
taken from Bernama 18 March 2006
By Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, March 18 (Bernama) -- For composer, lyricist and singer M. Nasir, lyric writing is not merely for producing good songs but is connected with the development of language, especially Malay.

In his opinion, the choice of words in the lyrics will have an effect on the audience based on their judgment, experience and knowledge of songs.

The composer, nicknamed "sifu" in the local music industry, agreed that the Malay language faced a dilemma due to the generation gap which must be given serious attention.

"The language is at crossroads and we must strive to narrow the gap. Songs, for instance, portray different thoughts because they underwent different times," he said to Bernama in an interview here.

He was asked to comment on the role of language in songs in the light of the current focus on Malay language as the national language.

The Malay language issue was raised after Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein voiced his concern over the language due to several reasons, and stressed that the government would safeguard it even if it had to amend existing laws.

Experts on the language said the wide use of English, lack of confidence in the Malay Language and other factors had affected the Malay language.

M. Nasir said song writers should be responsible in their work and should not only entertain their audience.

"The use of language in songs depends on their knowledge of the language and that of the listeners," he said.

The use of language in songs was turned into an issue when the winning song "Gemilang" sung by Jaclyn Victor during TV3's "Anugerah Juara Lagu Ke-20" was questioned, based on its lyric not being poetic compared to "Awan Yang Terpilu", sung by Ning Baizura.

On his song "Lagu Cinta Lagu Jiwa" which is often aired over radio, he said the song had its own unique quality such as the lyric strength written by well-known lyricist Loloq.

"The song sounds rather playful but is quite serious in various aspects," he said.

The use of the Malay Language in the song is in line with the statement by academician and well-known poet Dr Lim Swee Tin who said every person who uses the language should consider themselves as championing it.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan