Halaman

Rabu, Februari 15, 2006

Sifu M. Nasir gegarkan Planet Hollywood

petikan Utusan Malaysia 15 Februari 2006
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

AKSI M. Nasir di pentas Sunday Night Live, Planet Hollywood baru-baru ini.MALAM minggu lalu, pusat hiburan Planet Hollywood di Kuala Lumpur padat dan sesak dengan orang ramai. Para peminat muzik berhimpit-himpit selama dua jam lebih menyaksikan kemunculan seseorang sejak pukul 10 malam.

Semuanya gara-gara persembahan M. Nasir yang mengisi slot Sunday Night Live pusat hiburan itu. Penyanyi yang digelar sifu itu berjaya menghimpunkan peminat setianya daripada golongan remaja hinggalah kepada seorang wanita tua berumur 74 tahun.

Seperti dijangka, kemuncak kehangatan malam itu tercetus tepat pukul 10.45 malam. M. Nasir muncul dengan lagu Rajawali. Riuh-rendah jeritan penonton yang menyanyi bersamanya.

Sesiapa yang pernah menonton persembahan Nasir pasti tahu bagaimana dia menguasai pentas dengan gaya tersendiri yang sesekali kelihatan seperti seorang pahlawan Melayu.

Nasir bijak berkomunikasi dengan penonton walaupun kata-kata yang dipilihnya mempunyai maksud mendalam.

Katanya, penonton tidak boleh relaks menyaksikan persembahannya tetapi mesti ‘layan’ persembahannya supaya boleh ‘masuk’ dengan lagu yang disampaikan.

Nasir yang terkenal dengan perwatakan serius tampak ramah dan mesra. Sesekali komposer terkenal Ramli M.S yang turut menonton persembahan itu diusik kerana popularitinya.

Sempat juga Nasir bergurau. Katanya, orang Malaysia telah ‘diIndonkan’ dengan lagu-lagu kumpulan dari seberang seperti Peterpan dan Radja.

“Kita ada lagu sendiri,” kata bekas pengetua Akademi Fantasi 3 itu dengan ketawa yang bersahaja.

Walaupun ada segelintir penonton yang hadir bercitarasakan penyanyi antarabangsa, namun mereka berpuas hati menyaksikan aksi Nasir di tempat eksklusif seperti Planet Holywood.

Sebanyak 16 buah lagu disampaikan termasuk Rajawali, Raikan Cinta, Tari Rimba Mistikal, Berikan Nurbisa, Sentuhan Listrikmu, Mentera Semerah Padi dan Bukalah Hatimu.

Memang rugi jika tidak berpeluang menonton persembahan Nasir kerana persembahannya memang menghiburkan dan mengasyikkan.

Antara selebriti yang kelihatan di Planet Hollywood pada malam itu ialah Misha Omar, Ramli M.S dan Hattan.

Bagi yang terlepas persembahan itu, pastikan janji temu anda pada 19 Februari ini pukul 10 malam kerana Planet Hollywood bakal bergegar sekali lagi dengan irama jiwa M. Nasir.




tambahan petikan Berita Harian 17 Februari 2006
M Nasir ‘lepas geram’ di Planet Hollywood

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

MENYAKSIKAN sifu, M Nasir dalam persembahan pertamanya sempena siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood Kuala Lumpur, Ahad lalu umpama menyelak helaian diari karier nyanyian artis itu.

Seawal set pertama, penonton dibawa meneroka keindahan lagu ciptaannya yang tentu sekali meninggalkan kesan terutama kepada peminat setia seniman kelahiran Singapura itu.

Apa yang dapat disaksikan malam itu, ia seperti majlis pertemuan semula peminat daripada detik awal M Nasir bermula dalam karier seni, membawa kepada penggabungan bersama Kembara dan kembali merakamkan album sebagai artis solo.

Masa selama dua jam lebih untuk persembahan itu terasa terlalu singkat. Barangkali M Nasir sendiri menghadapi kesukaran untuk memilih lagu kerana apa yang terhidang malam itu, seakan tidak mencukupi.

Banyak lagu popular dinyanyikannya, namun semua itu belum memadai terutama kepada peminat yang meminati lagu nyanyiannya bersama Kembara. Itu antara permintaan dan mana mungkin dapat dilunaskan dalam masa terhad.

Ia seakan memberi petanda anak seni hebat sepertinya memerlukan ruang lebih besar untuk mempertontonkan karya yang dihasilkan selama ini. Malah, M Nasir sendiri seperti melepas geram barangkali peluang untuk intim bersama peminat agak jarang diperoleh.

Bermula dengan Rajawali dan Raikan Cinta, M Nasir terus membuai penonton dengan sebuah lagu yang cukup meninggalkan kesan kepadanya. Tari Rimba Mistikal, kata M Nasir adalah sebuah lagu yang agak sukar untuk dihasilkan.

“Lirik lagu ini dihasilkan kawan baik saya, Dr Wan Zawawi. Dia antara kawan saya yang akrab dan sering membantu dalam banyak perkara,” katanya.

Dalam tawa sendanya, kata-kata yang diluahkan artis yang bakal muncul dengan album terbaru April depan terselit banyak makna sekiranya direnungi. Seperti katanya, lagu mampu memberi kesan kepada kehidupan manusia.

“Ada berkata, mereka membesar dengan lagu M Nasir. Ada pula berkata, lagu saya memberi inspirasi apabila mereka belajar. Malah, ada yang memeluk Islam kerana menghayati lagu saya.

“Tetapi, tidak kurang yang ‘berahi’ apabila mendengar lagu saya. Tertanya pula saya, apakah itu salah faham atau saya yang salah dalam menyampaikan mesej,” katanya, disambut dengan ledakan tawa memenuhi ruang pusat hiburan itu.

M Nasir juga menyatakan rasa bangganya dengan perubahan dalam industri apabila pusat hiburan sudah mula membuka ruang kepada lagu Melayu untuk dimainkan dalam premis mereka.

Sekali lagi, dalam nada gurau sebelum membawakan lagu Mentera Semerah Padi, penyanyi itu berkata, kebanyakan lagunya menjurus kepada berbentuk peperangan atau mencetus semangat insan.

“Lagu cintan cintun sudah kurang sebab usia dah lanjut. Tetapi, perasaan itu tetap kuat,” katanya.

Sebelum set pertama berakhir, M Nasir turut mengalunkan lagu Berikan Nurbisa, Sentuhan Listrikmu dan Bukalah Hatimu.


tambahan petikan Utusan Malaysia 19 Februari 2006
M Nasir di Planet Hollywood

Planet Hollywood yang merasai denyut jantung Kuala Lumpur sesak lagi. Kali ini mereka meredah kesesakan demi untuk menyaksikan persembahan seorang yang dianggap seniman tersohor, M. Nasir.

Kemunculan sifu yang tidak ada tandingan sekurang-kurangnya dalam jangka masa sekarang adalah bagi mengisi slot Sunday Night Live di pusat hiburan terkemuka itu.

Lalu siapa kata M. Nasir sudah tua? Suara M. Nasir tidak semerdu dulu lagi dan kuasa memukaunya sudah hilang?

Malam minggu yang lalu memberikan jawapannya bahawa semua kata-kata itu dusta semata-mata.

Dia masih berbisa dan kuasa nyanyiannya makin memukau. Bagaikan kelapa tua yang makin pekat santannya, demikianlah M. Nasir dengan ‘aura' pesonanya.

Malah bila saja tangannya memegang mikrofon dan alunan muzik bergema, dia larut dalam keasyikan. Keasyikan yang sama itulah yang dipinjamkan kepada peminatnya yang hadir.

Seperti tahu apa yang dicari dan diinginkan, dia muncul dengan intro cukup tepat.

“Rajawali terbang tinggi...'' dan lagu itu serasi dengan jiwa dan ingatan peminatnya.

Maka sedari awal lagi suasana sudah panas dan penonton ikut sama menyanyi, menari dan sama bergelak ketawa. Seperti hero filem Melayu, demikianlah bijaksananya dia mengawal pentas. Sesekali dia menyindir, sesekali mengusik dan berlawak jenaka dalam sinis.

Sesiapa saja boleh disindir dan ia menjadi jenaka yang spontan lalu mencipta emosi berbeza dalam jiwa yang bersama dengannya.

Itulah M. Nasir.

Untuk benar-benar terbius dengan persembahan, penonton perlu menjadi sebahagian daripada M. Nasir sendiri dan itu juga yang dipesannya. Kelihatan juga banyak nama-nama popular yang turut terbius dengan keseronokan bersama M. Nasir antaranya Misha Omar, Hattan, Ramli MS dan beberapa lagi.

Malam ini sekali lagi M. Nasir akan bersama dengan penonton di sana. Buat mereka yang terlepas minggu lalu, kalau tak mahu terus berasa kerugian peluang masih ada.



petikan dari NST 15 Februari 2006
Nasir conquers the Planet
SHUIB TAIB

Feb 15: M. Nasir brought the house down with an electric performance at Planet Hollywood recently. SHUIB TAIB writes.

IT took Planet Hollywood three years to have M. Nasir "rule" its stage and when the maestro finally did, he conquered the planet in a matter of minutes.

Clad in red shirt and jeans for the first half, Nasir opened his show with a rousing rendition of Rajawali followed by the rhythmic Raikan Cinta. Backed by a strong nine-piece band that also featured seasoned musicians like J. Jay and Nan, Nasir kept the packed crowd entertained and amused with his solid rendition of songs and his typical deadpan jokes and spontaneous retorts.

ROCKIN’ AWAY: Nasir in his element

Spotted among the audience were his wife Marlia Musa, singers Hattan and Misha Omar, Spider, Ahlifiqir and music conductor/arranger Ramli M.S. Also in the crowd were tudung-clad women and fans who didn’t need much prodding to sing along and who all seemed to know the lyrics of the songs.

At 48, you would expect Nasir to slow down a little but he had certainly come to rock the place.

"I miss rock!" he said before he broke into a string of hits including Berikan Nurbisa and Mentera Semerah Padi, head-banging stuff.

As the show progressed, Nasir didn’t spare good friends like Ramli and Hattan from his teases. Poking fun at Ramli, Nasir said: "Kerja dia ni bantai penyanyi. Cuba kita dengar boleh tak dia nyanyi?" (He’s good at criticising singers. Now let’s see if he can sing...) to which the audience responded with a loud "Yeah!"

Nasir then asked Hattan: "Kenapa lambat?" (Why are you late?) After belting out the sentimental Kepadamu Kekasih with Hattan, Nasir commented: "Dia ni nampaknya OK, tapi sedih tu." (He may look all right but he really is not.) For the record Hattan recently divorced.

TICKLED: Composer Ramli, one of the celebrity guests, sharing a light moment at the show

Nasir fulfilled requests from fans and sang numbers such as Gerhana and Hati Emas, both recorded in the ‘70s when Nasir was part of a group called Kembara. There were loud cheers each time the crowd recognised the intro of a song and gamely sang along.

Nasir shone in almost all the songs such as Meniti Titian Usang, Ada, Mustika and Apokalips. He reminded us of his versatility when he rendered Andalusia and Phoenix Bangkit, two numbers tinged with strong Spanish and Arabic influences.

If there was a song that had the crowd eating out of his hands, especially the women, it was Sentuhan Listrikmu.

"Look, if you feel that this song is sexy, then I must have sent the wrong message!" said Nasir much to the audience’s delight.

GREAT BUDDIES: There’s no way Hattan (left) could resist Nasir’s invitation to duet with him at the show

In Bukalah Hatimu, a funky number about opening up your mind to the truth, Nasir told the audience to open up their minds only. "Lain lain jangan buka! (Don’t take off anything else!)"

Before singing the next number Ada, Nasir asked the audience if they remembered seeing a handsome man on the just-concluded Anugerah Juara Lagu belting out the same number. "He wore a beautiful batik outfit by Tom Abang Saufi," said Nasir referring to himself!

It is no surprise to see why his shows are always a party. His vocal control was remarkable and there was no let up from start to finish. Now that’s what you’d call a true entertainer.

* M. Nasir will take centrestage at Planet Hollywood again on Feb 26.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan