Petikan PESTA (1995 - tarikh tidak dapat dikenalpasti)
Muzik dan lagu Melayu dapat diterima oleh pelbagai kaum. Inilah yang dibuktikan oleh M.Nasir menerusi Konsert Akar yang berlangsung di PWTC pada bulan Oktober lalu yang dihadiri oleh penonton berbilang bangsa.
“Jika kena gaya dan memberi satu persembahan bermutu tinggi tidak ada sebab kita tidak boleh menarik minat bangsa lain menyaksikan konsert lagu lagu Melayu.”
Pada malam persembahan itu M Nasir telah mempersembahkan konsert yang berkualiti tinggi dan menghiburkan.
Konsert Akar Manifestasi Akustika telah menelan belanja RM250,000 membuktikan kepada para penganjur bahawa artis artis tempatan mampu membuat persembahan yang lebih baik dari artis luar sekiranya diberi peluang yang adil.
Persembahan M Nasir diiringi oleh 12 orang pemuzik bertali dari Filipina yang dipimpin oleh Eddie Marzuki dan para pemuzik tempatan iaitu Yan (Bass), Aznan (gitar), Rafi (gitar), Mohar (seruling), Zul Mahad (piano), S Atan (akordian), Tom (dram), Addie (saksofon), Mohd Rejab (trombon) dan Cony Soliano (trompet).
Dua batang pokok berakar mengisi bahagian kiri dah kanan pentas sementara dua buah lukisan besar direntangkan sebagai penghias dan mewarnai latar belakang. Sistem pencahayaan yang menarik memberi mood kepada lagu lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir.
Kumpulan Freshies sebagai penyanyi latar membuktikan kemampuan vokal mereka dan M Nasir sentiasa mengekalkan khidmat mereka dalam banyak pertunjukan.
Irama muzik M Nasir pada malam itu disulam dengan beberapa unsur-unsur simbolik seperti seorang bayi (anak bongsunya) yang dijulang menandakan permulaan konsert sebelum N Nasir berusaha keluar selubungan kain merah dan memulakan nyanyian dengan lagu Nusantara.
Dewan yang riuh dengan sorakan penonton senyap sunyi seketika bilamana seniman serba bole ini menyampaikan lagu Kau Yang Satu yang dihidupkan dengan pancaran bulatan lampu yang dihalakan ke arah penonton.
Setelah menyampaikan lima lagu antaranya Mustika, Kepadamu Kekasih, dan Lambaian Sukma, M Nasir telah menjemput penyanyi yang diundang khas dari Indonesia, Ebiet G Ade. Mereka berduet menyampaikan sebuah lagu berjudul Khabar buat Kawan.
Ebiet meneruskan persembahan secara solo dengan menyanyikan dua buah lagu yang diminati di negara ini iaitu Titip Rindu Buat Ayah dan Kamelia ll.
Kemudian tanpa berlengah M Nasir meneruskan persembahannya dengan lagu lagu lama dan baru antaranya Akar Kita, Panji Gelora, Nyanyian Jiwa, Keroncong Buat Ana, Mencurah Janji di Daun Keladi, Tanya Sama Itu Hud Hud, Mentera Semerah Padi, Bonda dan lain-lain.
Walaupun telah lebih dua jam menyaksikan persembahan, para penonton masih tidak berpuas hati dan meminta M Nasir meneruskan nyanyiannya. Untuk tidak menghampakan M. Nasir menyanyikan lagu Apokalips sebagai lagu perpisahan.
Kira-kira lebih tiga ribu penonton malam itu pulang dengan penuh rasa puas dan tidak merasa rugi mengeluarkan duit RM50-RM70 bagi menyaksikan persembahan yang bermutu ini. Malah ramai juga yang berbelanja lebih daitu bagi mendapatkan barangan cenderamata seperti kemeja T khas konsert yang dijual di ruang legar Dewan Merdeka.
M Nasir berharap para peminatnya yang tidak dapat menyaksikan persembahan pada malam itu akan turut sama terhibur melalui video, cakera padat atau kaset rakaman konsert ini yang akan dipasarkan oleh BMG tidak lama lagi.
Gambar Tambahan :
Tiket Konsert : Sumber osmantikus.tripod.com
Apakah benar konsert Akar ini dipersembahkan 2 malam, kerana saya menjumpai pelbagai perbezaan seperti:
BalasPadam1 - Keroncong Nostradamus versi VCD konsert vs CD Konsert ini - ada part ketika Dato' M Nasir sebut lirik "Moses set your eyes in the mount on front", dalam rakaman video konsert beliau tak sebut lirik itu
2 - Dalam rakaman video, akhir konsert ditutup dengan "gurindam gunung tahan", namun dalam review dilaman ini disebutkan akhir konsert ditutup dengan "Apokalips"
3 - Dalam rakaman konsert VCD, dato' M.Nasir pakai baju merah dari awal hingga akhir konsert, namun dalam booklet CD, ada gambar beliau guna baju putih
Dan yang lain-lainnya
Semoga bermanfaat, semoga bisa jumpa jawapannya
Terima kasih
Konsert diadakan pada 1 malam 26 Oktober 1995
Padam1. Seingat saya versi berbeza kerana ada sedikit "kontroversi" dengan lirik itu.
2. Susunan rakaman konsert video kebiasaanya tidaklah sama dengan konsert sebenar kerana keperluan teknikal.
3. Gambar Baju putih diambil pada hari rehearsal / persembahan bersama media.