Halaman

Rabu, November 15, 1989

M.Nasir Punya Peminat Tersendiri

petikan URTV 15 November 1989 ms 35
oleh Fatimah Hassan

Bila Pegawai Perhubungan Syarikat PMC, Azhar menghubungi URTV dan meminta pihak majalah ini  melakukan sesi fotografi artisnya M Nasir untuk promosi album terbaru M. Nasir, SOLO saya telah menyerahkan penentuan tempat dan bentuk fotografi kepada M.Nasir sepenuhnya.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi Azhar menelefon Pejabat URTV menentukan lokasi fotografi di Balai Seni Lukis Negara.  Bentuk fotografi? Lihatlah sendiri gambar gambar yang telah dirakamkan oleh jurugambar URTV, Sa’ari Amin.

Berbanding dari pengalaman lalu ketika 'berkerja' dengan artis lain,  dengan M.Nasir terasa ada sedikit kelainan. Pose yang diberikannya agak aneh bagi seorang penghibur.

Tapi itulah M.Nasir yang penuh dengan daya cipta sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu tetapi juga sebagai seorang seniman.

Sememangnya daya ciptanya itulah yang membuatnya mempunyai peminat tersendiri. Ini diakui oleh M.Nasir yang menurutnya; "Saya percaya muzik saya ada yang pendengarnya. Mereka terdiri dari Mat Mat Rock,budak budak sekolah, golongan puisi dan yang kecewa "

Dakwaan itu terbukti sewaktu meminta keizinan menggunakan Balai Seni Lukis Negara sebagai lokasi fotografi. Peringkat awal mendengar M.Nasir memilih balai tersebut sebagal lokasi, dada berdebar memikirkan dapatkah keizinan dari pentadbir balai?

Memang pada awalnya, agak sukar juga. Namun setelah mengetahui penyanyi yang kami maksudkan ialah M. Nasir, keizinan menggunakan balai berkenaan terus saja kami miliki. Ternyata, Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Tuan Syed Ahmad Jamal begitu mengenali nama M.Nasir. Kami diberi kebebasan sepenuhnya menggunakan balai tersebut. Terima kasih kepada yang berkenaan!

Begitulah meluasnya pendengar muzik M.Nasir. Pun begitu M.Nasir tidak pula berharap album terbarunya SOLO dijual sehingga beratus ribu unit sepertimana terjualnya album Fenomena Search yang pernah dlterbitkannya.

Kata M. Nasir, “Album I kalau dapat dijual 30 hingga 40 ribu unit pun dah bagus. I tak mahu lebih dari itu”

Pelikkan? Sebenarnya ltulah pendirian M.Nasir -  mahukan sebuah kehidupan yang mendatar.

Menurutnya; “I lebih suka begitu. 10 tahun I melibatkan diri dalam seni muzik dan rakaman kalau you perhatikan selama itu album-album I tidak ada yang betul betul meletup”

Memang betul. Setiap album M.Nasir menghasilkan beberapa lagu hits. Tapi lagu lagu itu tidak pula meletup sepertimana lagu lagu yang pernah diciptakannya untuk penyanyi lain seperti lagu Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal untuk Rahlm Maarof, Fantasia Bulan Madu, Gadisku, Fenomena untuk Search, Hingga Akhlr Nanti, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi untuk Alleycats, Kasih untuk Sharifah Aini,  Kabut Serangkai Mawar untuk Zaiton Sameon dan Penyeksaanku untuk Jamal Abdlllah. Kerana begitu pendiriannya, kata M.Nasir, “Saya tidak mencari duit. Bagi seniman yang penting dia mesti berkarya dan melibatkan diri dalam kerjanya”

Menitikberatkan nilai kerja iniIah, M.Nasir telah mengambil masa selama 8 bulan untuk menyiapkan SOLO. M.Nasir ingin agar tahap hasil SOLOnya itu dapat merangkumi jiwa semua lapisan masyarakat berbilang kaum.

Untuk itu melalui SOLO, M.Nasir cuba menyelitkan sedikit perkembangan dari segi muzik dengan satu pendekatan yang lain. Namun SOLO masih mempunyai unsur-unsur Melayu. Meskipun terdapat unsur unsur barat tapi masih ada budaya Melayu Nusantara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan