tag:blogger.com,1999:blog-7579666.post115391895239059956..comments2023-10-30T21:06:01.092+08:00Comments on Prahara Seni - pengumpul berita seniman M.Nasir: M.Nasir Schedule (July-August)Saudagar Mimpihttp://www.blogger.com/profile/00019704227602169862noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7579666.post-1157382358652582652006-09-04T23:05:00.000+08:002006-09-04T23:05:00.000+08:00berita buruk untuk peminat Azfar...Azfar tersingki...berita buruk untuk peminat Azfar...

Azfar tersingkir
petikan Harian Metro
Oleh Hartati Hassan Basri

SHAH ALAM: Walaupun ramai meramalkan Farah Asyikin Zulkifli (Farah), 27, akan menamatkan cabarannya dalam program One In A Million (OIAM) minggu ini berikutan persembahan kurang membanggakan, nasib ternyata masih menyebelahinya apabila undian paling rendah diberikan penonton kepada Alif Azfar Ishak (Azfar), 21.

Azfar yang berasal dari Tapah, Perak berada dalam kedudukan bahaya bersama Farah dan seorang lagi peserta, Muhammad Alif Mohd Satar (Alif), 16.

Ternyata Azfar tenang ketika namanya diumumkan sebagai peserta yang perlu berundur malam itu. Mungkin anak didik M Nasir itu sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan selepas beberapa minggu berada dalam kedudukan bahaya.

“Saya terima apa saja keputusan. Saya mungkin nampak tenang tapi bukan bermakna saya bersedia untuk keluar minggu ini. Saya anggap ini permulaan kerjaya saya dan bukan pengakhir segalanya.

“Saya bersedia menghadapi apa yang akan berlaku dalam kerjaya saya pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas selesai program OIAM, malam tadi.

Juri tetap OIAM, Syafinaz Selamat berkata, dia setuju dengan pilihan penonton untuk tiga peserta paling bawah tetapi tidak menyangka Azfar akan meninggalkan OIAM malam tadi selepas menyaksikan penyingkiran Mohd Lokman Aslam Abdul Mutalib (Lokman), 19, minggu lalu.

Dengan penyingkiran Azfar minggu ini, OIAM yang menawarkan hadiah lumayan iaitu RM1 juta turut memberi laluan kepada Farah dan Alif untuk meneruskan perjuangan bersama tiga lagi peserta yang berada pada tahap selesa, Ahmad Faizal Mohd Tahir, 28, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 25, dan Low Sook Yee, 17.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7579666.post-1154103407152514802006-07-29T00:16:00.000+08:002006-07-29T00:16:00.000+08:00Tumpang promote kat sinilawati www.alifazfar.com. ...Tumpang promote kat sini

lawati www.alifazfar.com. belum siap lagi. tapi itulah yang boleh kita buat setakat ini. budak ni unik. sokong dia. sekarang ada bertanding di one in a million 8tv (jumaat 930 mlm). utk undi type IN AZFAR hantar ke 32728. email: azfaroiam@yahoo.comAnonymousnoreply@blogger.com