Ahad, Oktober 27, 2019

Artwist.Co x M.NASIR - Jam Tangan Suatu Masa.


Seiring sambutan ulang tahun ke-40 di dalam arena muzik, sang lagenda yang juga dikenali dengan gelar “Sifu”- M.Nasir telah bekolaborasi dengan pembuat jam tangan artistik Artwist.Co untuk sebuah rekaan jam tangan edisi terhad yang dinamakan “Suatu Masa”(para penggemar pasti kenal lagu malar segar karya M.Nasir). Hasil dari kolaborasi ini Artwist.Co telah menghasilkan jam tangan jenis chronograph yang menggabungkan nilai estetika serta rekaan yang unik. 50 unit keluaran pertama akan dihasilkan dengan nombor siri khas yang terukir pada setiap bahagian belakang jam tangan tersebut serta mempunyai tandatangan khas M.Nasir. Jam tangan ini terhad untuk dimiliki oleh para peminat serta kolektor yang membuat tempahan awal.

Jam tangan chronograph “Suatu Masa” ini direka khas dengan dimensi hadapan 42mm diameter dengan kemasan besi hitam, cermin mineral kualiti tinggi dan menggunakan pergerakan Japanese Miyota OS21. Reka bentuk sporty-luxury oleh Artwist.Co. yang berani dan tersendiri untuk mereka yang menjadi ‘tuan’ bagi masa mereka sendiri.

PRE-ORDER SEKARANG dan dapatkanya semasa M.Nasir: Konsert Satu Hikayat 23 & 24 November 2019 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KL.
Butiran lanjut di https://artwist.co/ &  https://artwist.co/products/suatu-masa-by-m-nasir

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

GERBANG


Gerbang ini adalah tanda sempadan ke pembukaan minda. Siapa yang menembusinya akan menemui jawaban pada apa yang dimusykilkan. Pada yang tak berganjak teruslah berkemungkinan. - M.Nasir

Lukisan abstrak ini diinspirasikan dari keindahan Masjid Al Aqsa hasil lukisan tangan dari Datuk M.Nasir

Setiap kad warranti akan ditandatangani sendiri oleh M.Nasir sebagai bukti keaslian.

Hanya 30 unit terhad dihasilkan untuk Edisi Gerbang Unisex & Ladies

Gerbang Sifu Edition - Premium Milanese Strap hanya 30 unit terhad dihasilkan sempena Konsert Satu Hikayat di Singapura pada 4 Januari 2020.

Sebanyak RM50 dari setiap hasil jualan akan didermakan kepada Untukmu Palestin melalui NGO - Serantau Muslim

Preorder/Add to Cart sekarang. Penghantaran ke alamat akan bermula pada penghujung Disember 2019

Ahad, Oktober 13, 2019

Konsert M Nasir tambah satu malam lagi

petikan Berita Harian 13 Oktober 2019
Oleh Farihad Shalla Mahnud
farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Konsert M Nasir Satu Hikayat - 40 Tahun Perjalanan yang bakal berlangsung pada 23 November ini, ditambah satu malam lagi bagi memenuhi permintaan ramai.

Penganjur konsert, Shiraz Projects Sdn Bhd berkata, tiket persembahan malam kedua pada 24 November itu akan dijual mulai jam 10 pagi, esok.

Mengulas perkara itu, Datuk M Nasir mengakui, terkejut dengan sambutan menggalakkan yang diberikan peminat terhadap konsert yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Alhamdulillah, atas permintaan ramai, penganjur bersetuju menambah satu lagi malam persembahan. Mungkin kerana peminat sudah lama tidak menyaksikan konsert solo saya, jadi ramai enggan melepaskan peluang itu.

“Sebelum ini, ramai yang sedih dan mengeluh apabila tiket konsert habis dijual. Saya berharap, persembahan selama dua malam itu akan meninggalkan kenangan manis bagi meraikan 40 tahun perjalanan saya dalam industri muzik,” katanya.

Mengulas persiapan menjelang konsert itu, komposer tersohor itu berkata, setakat ini, mereka sudah mengenal pasti senarai lagu yang bakal dipersembahkan.

“Selain lagu popular dan sentuhan yang menterjemahkan perjalanan karier saya sepanjang empat dekad, ada juga lagu penyanyi lain yang saya hasilkan bakal dinyanyikan dalam versi sendiri,” katanya.

Minggu lalu, penyanyi yang mendapat jolokan sifu industri muzik itu menerusi laman Twitter, mengumumkan tiket konsertnya habis terjual, sekali gus membuatkan sebilangan besar peminat hampa.

Maklumat mengenai penjualan tiket boleh didapati menerusi laman web: www.myticket.asia atau menghubungi talian hotline 012-2560082.