Jumaat, April 03, 2015

Siapa penyanyi Singapura sekarang, yang M Nasir 'tahu'?

petikan Berita Mediacorp 3 April 2015
Oleh: Daud Yusof

SINGAPURA: Tidak banyak penyanyi Singapura masa kini yang nampaknya benar-benar menambat perhatian penggubah lagu tersohor dan penyanyi asal Singapura, M Nasir.

Dalam satu sesi wawancara dengan media Singapura baru-baru ini, Datuk M Nasir kelihatan terkial-kial untuk menyebut nama penyanyi Singapura yang ada sekarang, yang beliau tahu.

Namun, nama-nama yang berada di hujung bibir beliau nampaknya ialah Alif Aziz, kumpulan Sleeq dan rapper Dali.

Nama-nama penyanyi seperti Taufik Batisah dan Hady Mirza nampaknya tidak melekat di minda beliau. Untuk menyaksikan jawapan M Nasir itu, ikuti video yang disertakan dalam artikel ini.

M Nasir ketika itu berada di Singapura untuk membuat rakaman rancangan hiburan 'Akustika Bersama'.

'Akustika Bersama' merupakan program lapan episod yang mengetengahkan artis tempatan dari pelbagai genre, yang membuat persembahan secara akustik di The Arts House dengan diiringi para pemain muzik profesional.

Bukan setakat satu persembahan nyanyian, program itu juga menyelitkan wawancara santai bersama para penyanyi undangan untuk mereka berkongsi kisah perjalanan muzik masing-masing.

Akustika Bersama M Nasir akan disiarkan pada hari Selasa, 7 April di Suria, pada 8.30 malam.
Lihat video itu temubual disini


Tiada ulasan: