Rabu, Oktober 29, 2014

Poster Konsert Kembara Hati Emas


Perkara pertama dalam fikiran Saudagar bila tengok poster ini.. 
"Pergh! ni baru rasa feeling Kembara old skoll beb !..."
Rasa macam tahun 80an ler... sambil-sambil tu boleh cari benda tersembunyi...
macam hint utk lagu Konsert tu pula...
(SM tak nak bagitahu lagu apa, kalau fan mesti boleh agak lagu Kembara yang cuba gambarkan & jangan pulak ada yang rajin buat teori Konspirasi ...haha...)

18 ulasan:

deaf-angel berkata...

Abislah mata satu....
Kena chop agen dajal la ni...

Hehehe. Gurau je

Portdy berkata...

Harap2 poster ada dijual...kalau tak saya kopek malam sabtu nanti...

Saudagar Mimpi ... berkata...

Deaf : tu ler...
November mata satu Kembara,
Disember mata satu Search!!!

ini semua konspirasi....hahahha.

Saudagar Mimpi ... berkata...

Portdy :
Kalau ada yang terkopek-kopek kat Istana Budaya nanti tau la nak cari sapa... :)

So jadi la nak pergi ek? Pergi hari Jumaat ke? hari Sabtu? kalau org Melayu kata malam Sabtu tu hari Jumaat malam Sabtu. tak gitu?

rimanilzah berkata...

superb. harap dapat simpan satu.

Portdy berkata...

Ikut plan jumaat mlm sabtu...sm?

Portdy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
deaf-angel berkata...

Seriously I really want to go...
Tengok dorang main kat Singapore tu hari adalah satu pengalaman yang mengujakan..
Ini la dia kumpulan legend muzik melayu ngan lagu2 legend yang takkan pudar.

Aku nak tengok lagi sekali..

Beb, kau rasa setlist sama atau tukar?

Aku harap semua lagu Singapore dorang main sama, mungkin tukar sususan sikit, Express Rakyat intro tak syok la...
Aku harap dorang main Sepasang Mata dengan
MALAM!!!!!!!!!

deaf-angel berkata...

ko taruk ko nye setlist harapan...
Tapi masalahnya Kembara nak main tiga malam berturut2..

aku takut M Nasir nak maintain tiap2 malam mungkin setlist 2 jam max.

Saudagar Mimpi ... berkata...

rimanilzah : Bukan setakat simpan, cikgu. Gantung terus!

Saudagar Mimpi ... berkata...

Portdy :
Malam Sabtu eh?
Silap ari bulan berselisih bahu.
(wlpn SM masih lom beli tiket...)

Saudagar Mimpi ... berkata...

deaf-angel :
Yup! Kembara di Esplanade ari tu mmg best! Kejutan sbb A Ali & S Shahlan & semua Mark II main terus sampai habis.

Mmg kena tengok sekali lagi bro! (racun..... racun....)

aku rasa set list lebih kurang sama dan mungkin ada tukar sikit sesuai dgn Kuala Lumpur...
(semestinya Bas no 13 untuk Singapura, Sesat di Kuala Lumpur utk KL beb!)

Set list harapan aku (chewah...)

p/s Kembara, jika baca ni tolong pertimbangkan mana mana lagu ni ek...

selain lagu-lagu yg dimainkan di Esplanade spt Gerhana, Hati Emas, Perjuangan dll)

ni antara list harapan di Istana Budaya nanti...

1. Kolar Biru
2. Kutu
3. Citak Rompak
4. Keroncong Untuk Ana 2
5. Kupu Kupu
6. Bukan senang nak senang
7. Panorama Jingga
8. Gadis & Kota
9. Oh! Bulan
10. Balada Pemuzik Jalanan.. (saja nak dengar versi Kembara!)

PC kOKak™ berkata...

cantik!

Portdy berkata...

Nak tambah setlist harapan:

1. Harapan Terakhir
2. Di manakah dikau?
3. Siapa orang kita
4. Ada sepasang mata
5. Mencurah janji di daun keladi
6. Di perhentian pudu raya

Saudagar Mimpi ... berkata...

PC Kokak : Kannn....

Saudagar Mimpi ... berkata...

Portdy : Di perhentian Pudu Raya tu aku rasa mesti ada sbb nak bagi ruang A Ali perform & sifu rehat kejab.

deaf-angel berkata...

Oh my... 2 jam setengah ye...

Hmnnn..ko ngan portdy kasi list lagu yang gerek2...
Hmmnnnn

Saudagar Mimpi ... berkata...

deaf : 2 jam setengah...tapi aku "bimbang" setlist encore je yg tak sama setiap malam.
Mcm kes konsert Sang Pencinta setlist sama sebab nak samakan dengan visual mapping diorg.

Kalau dah fan mesti lah tahu lagu yg gerek beb!

Dengarnya buku biografi Kembara pun ada dilancarkan. Perghhh...mmg kena pergi kalau cenggini..