Khamis, Oktober 30, 2014

Poster Konsert Hati Emas Kembara Berunsur Illuminati: Ini Jawab M. Nasir

petikan malaysiandigest  30 Oktober 2014


Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara kembali dan bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November 2014.Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara kembali dan bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November 2014.

Penghibur lagenda Dato' M. Nasir menyangkal dakwaan bahawa lukisan pada poster rasmi bagi 'Konsert Hati Emas Kembara' yang akan berlangsung pada November ini menyelitkan unsur Iluminati.

Jelas beliau yang juga merupakan vokalis kumpulan Kembara, lukisan mata tersebut adalah simbol universal dan tiada kaitan dengan apa-apa makna lain.

"Illuminati? (gelak). Kenapa jauh sangat...? Kenapa tak cakap Pekida jer", tanya beliau kepada pihak media.

"Sebenarnya bukan (illuminati). Tapi ia simbol universal yang selalu digunakan", jawabnya ringkas.

M.Nasir ditemui pada sidang media kedua konsert Hati Emas Kembara, bertempat di hotel Premiera, Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis yang juga dihadiri oleh anggota kumpulan kembara yang lain iaitu A. Ali (gitar/vokal), S.Sahlan (vokal), Zoul (gitar/vokal), Md Shah (keyboard) dan Cheman (Bass) turut di lancarkan poster berkenaan.

Lukisan 'Oil On Canvas' itu di lukis oleh pelukis terkenal, S. Amin Shahab (juga pelukis asal album Kembara sebelum ini) yang telah mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkannya.


Tafsiran lukisan poster tersebut membawa maksud, sebelum mencipta atau melaksanakan sesuatu, kita perlukan khayalan atau imiginasi. Pelangi pula melambangkan warna kepada kota yang memerlukan dan sekaligus, memberikan air pada bumi yang tandus. Walau bagaimanapun, kita perlu fokus (centralize) kerana kita adalah 'tools' atau alat dan memperalat dan sentiasa disaksikan oleh mata yang bermaksud kita perlu menjadi pemerhati yang baik untuk dapat perhatian. Dan sepasang tangan yang kosong beerti tiada apa-apa dan semuanya kehendak-Nya.

Perkataan KEMBARA kini timbul setelah lama menghilang. Kupu-kupu yang tersepit oleh playar melambangkan kebebasan seniman yang tersepit dibawa arus kebendaan, jadi... hilanglah nilai estetikanya tanpa disedari. Kebiasaannya kupu-kupu itu sanggup mati untuk menjadi hiasan. Akhir sekali seganas-ganasnya harimau, mesti ada perasaan rindu kepada tempat asalnya.

Sementara itu, mengenai konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November ini, ia berkonsepkan sebuah persembahan yang membawa penonton menggembara dan bernostalgia dalam 'Ekspres Rakyat' menyusuri liku-liku perjuangan manusia dalam kehidupan ini dan menyelam ke alam kecintaan demi mencari keluhuran untuk menemui Hati Emas.

"Kami sudah sering membuat persembahan sebelum ini. Setelah 28 tahun (sejak konsert terakhir) kini kami kembali semula dan akan berikan sebuah persembahan dengan cara kami sendiri. Dengan imej kami sebagai penghibur. Kami pentingkan vokal harmoni, alunan gitar akustik dan muzik yang besar.

"Selain mendedangkan lagu-lagu kami dari albul pertama hingga yang yang ketujuh, pada konsert kali ini peminat dapat saksikan gabungan kami kumpulan Kembara generasi pertama dan kedua.

"Dari segi lagu, ada yang kami ubah semula susunan muziknya untuk berberapa lagu tertentu. Ada yang kami kekalkan sepertimana di dalam album. Sebab, kadang-kadang peminat lagi suka dengan dengar live lagu yang muziknya sama macam dalam album", kata M. Nasir lagi.

Berlangsung selama 2 jam setengah, persembahan kumpulan yang cukup popular era 80-an ini bukan sekadar bermain muzik serta melontarkan keharmonian suara sahaja, malah turut divisualisasikan melalui audio dan video mapping bagi menimbulkan 'mood' serta karakter lagu dan persembahan itu sendiri bagi melayani nostalgia penonton di dalam dewan Panggung Sari nanti.

"Bagi peminat-peminat yang membesar dengan lagu-lagu kami, pada konsert nanti kami akan mengembalikan semula nostalgia serta semangat mereka. Saya rasa ini adalah konsert kami yang boleh ni arkibkan kerana kami akan tampilkan sebuah persembahan yang epik', tambah Zoul yang juga merupakan adik kepada M. Nasir.

Tiket konsert anjuran Luncai Emas ini dijual pada harga RM68, RM98, RM188, RM258, RM328 dan RM388. Para peminat boleh mendapat tiket di kaunter Istana Budaya atau layari www.ticket2u.biz.

7 ulasan:

deaf-angel berkata...

Hahaha. Melayu..
Semua mesti gini...
Orang meninggal pun nanti reporter sibuk tanya keluarga, ada tanda2 tak?

Lepas tusibuk report kat sokkabar sebelum meningal sekian2....

Melayu..
Well

deaf-angel berkata...

I hope kembara that night dont bullshit all these seni2..
I just want to kembara and roll music..

deaf-angel berkata...

Portdy pergi friday night eh? Sm?
Aku rabu khamis memang off. Mungkin jemaat ambik leave satu hari la....mintak tolong kawan2 aku cover kerja.
Rasa excited lak... baca setlist2 harapan korang

Saudagar Mimpi berkata...

Deaf :
Kan..... org kita mmg suka sensasi.
Tapi aku positif, bak kata Madonna, tiada istilah "bad publicity"..ini boleh buat org peka pasal konsert Kembara ni.

Pada hal kalau dengar mesej lirik lagu Kembara ni tak de la negetif nya pun. Mcm jebat KSJ cakap...pernahkah kau dengar apa yang aku nyanyikan selama ini?

Aku pun excited juga ni...hahah. Jom Deaf turun hari Jumaat. mana tau boleh selisih bahu..(lagi?-sbb kat Singapore mmg tak kenal mana satu Deaf ni ...hahaha...) Sambil tu tgk set list harapan kita kena tak ? hahaha...

deaf berkata...

kalau pergi chances ialah hari jumaat.

aku dah study plan seatings dah...

ko rasa M Nasir all out hari jumaat atau dia simpan sikit untuk sabtu dan Ahad?
maklum sabtu ialah - Saturday Night Crowd yang tentu happening dan penuh sesak,
dan Ahad ialah last day, tak yah simpan apa2 dah..All Out habis2an.

Semalam tengok news RTM jam 8, kat bawah tu mesej gerak2 tu, kejap2 keluar pasal persembahan ni...

Mesti mesej berbayar tu, RTM prime time lagik..

deaf berkata...

I think rest of Kembara is no problem, as they do less singing, tapi its M Nasir aku worried.

Dan drummer dorang...tapi Kembara nanti pakai additional percussionist kan? so I think not affect la.

Saudagar Mimpi berkata...

deaf :
Aku pun rasa M Nasir hanya akan all out hari Sabtu & Ahad. Konsert dia yang sebelum ni selalu mcm tu.
Aku kalau pergi pun hanya boleh pergi hari Jumaat.


Eh! Sebut pasal drummer aku tgk kali ni gambar abg Shahrum Basiron tak de dalam mana-mana promo.Tu buat aku tertanya-tanya, dia main tak utk konsert kali ni...hmmmm..