Jumaat, September 03, 2010

Hey... Pening Raya (duet M Nasir & Salih Yaacob)

* Beberapa hari lepas rakan SM, En Raz ada bertanyakan lagu Pening Raya - duet M Nasir dan Salih Yaacob. Memandangkan SM jarang mendengar radio, tercari-cari juga lagu ini di internet dan FB tapi tak jumpa. Difahamkan lagi lagu ini adalah dari album kompilasi raya terbitan Luncai Emas & Warner Music. Ada 2 lagu baru termasuk lagu Pening Raya & satu lagu raya baru dari Aidit AF.  Untuk  membaca track listing Album "Hey...Pening Raya" sila lawati laman budiey.com
Kolabrasi ini mengingatkan aku pada Konsert Akar yang mana M Nasir selepas lagu Rindu buat lawak tergolek-golek, katanya "... Salih Yaacob, Kita minat dia, dia tak datang pulak konsert kita." Nampaknya Salih Yaacob kena datang konsert  M Nasir lepas ni.


sumber : Youtube

* terima kasih Siber1979 atas klip ini



Lirik 'Pening Raya' ( *dpt dr En Hamlau)

Salih: Eh Nasir tolong aku

Nasir: Tolong apa?

Salih: La Marilah tolong aku kejap..
Aku pening lah

Nasir: Pening?

Salih: Kau Boleh tolong tak?

Nasir: Apa yang kau nak?

Salih: Apa dia? Tak dengar..

Nasir: Eh Salih apa yang kau fikirkan
Kau macam orang tak keruan
Mahluk mana yang terlepas
Kacau kau di pagi Raya?
Tak mungkin semalam kau mimpi
Dipatuk ular lagi....

Salih: Hai Nasir ku tak mimpi apa
Cuma bila sampai Hari Raya
Hai pening aku runsing
Menghadapi semua
Kocek tak penuh betul-betul
Banyak ubi keledek
Biar aku cangkul

Nasir: Aku pohon kau terima
Hari ini Hari Raya
Bukan mesti

banyak belanja
Kita sederhana saja
Jangan pening, jangan runsing
Jangan 

pening (x3)

Salih: Macam mana ku tak pening
Hutang yang dulu masih lagi ada duduk keliling
Sedang menjeling
Mana kuih, mana baju
Mana langsir dan pinggan mangkuk
Dan juga kereta baru
Kantoi Aku

Nasir: Mana dulu didulukan
Yang mudah dipermudahkan
Baru semua berkenan

Salih: Kalau begitu carannya baru aku terima

Nasir & Salih: Semuanya dah sedia

Salih: Tiba sudah Hari Raya
Mari kita bergembira

Nasir & Salih: Jangan pening
Taknak pening
Buat pe pening
Usah pening
Pening (x2)
Jangan pening
Pening (x3)


**Memandangkan minggu depan dah nak raya....Saudagar mengambil kesempatan ini mengucapkan
"Selamat menyambut Hari Raya" buat semua  :)
Jangan Pening-pening... 

10 ulasan:

Hamlau berkata...

Salam bro.. memang best lagu ni.. syukran.

Saudagar Mimpi ... berkata...

Hamlau : salam bro. Setuju bebeno. Meriah jer dan mesej tetap tak tinggal :)

elmaaniq berkata...

terima kasih pada kalian..

Saudagar Mimpi ... berkata...

elmaaniq : Terima kasih kembali.

Portdy berkata...

salam dunia
salam semua
salam hariraya

untuk saudara SM sekeluarga.

Saudagar Mimpi ... berkata...

Portdy : wah! lagu salam dunia ni. :)

Salam hari raya bt Portdy Sekeluarga juga :)

deaf_angel berkata...

smalam aku turun je bas kat bukit jalil, terus dengar speaker sistem pasang lagu Satu Hari Di Hari Raya

Saudagar Mimpi ... berkata...

deaf_angel : Tu tandanya raya dah dekat...hahaha

deaf_angel berkata...

fren

selamat menyambut hari raya untuk ko dan family
all the best always

Saudagar Mimpi ... berkata...

Deaf.

Thanks bro! Selamat Hari Raya utk ko sefamili juga :)