Jumaat, September 25, 2009

Sifu cover GLAM Lelaki 5 & Konsert Alam M Nasir di Astro Prima.

Salam Syawal buat pengunjung blog Prahara Seni. Agak lama blog ini tidak dikemaskini kerana kesibukan menyambut Ramadhan dan Syawal. Ini menyebabkan saya ketinggalan mengenai beberapa perkembangan terbaru sifu antaranya :

M Nasir terpilih sebagai cover Majalah GLAM Lelaki no 5 dan mengisi ruang Personalti.
GLAM Lelaki 5 menyediakan 6 muka surat yang mengandungi temu bual dan gambar bersama sifu. Temu bual bersama sifu berkisar isu Muzik Digital, Pasaran Muzik, program Realiti, Keluarga dan Ilham. Glam lelaki 5 juga memaparkan temu bual bersama 11 personaliti kreatif pilihan iaitu Zaharil Adzim, CY Cheong, DJ Goldfish, Edrie Hashim, Mavin Khoo, Mike Loh, Yusof Majid, Raja Malek, Bustamam Mokhtar, Faisal Tehrani, Zaini Zainul, Awal Ashaari dan Ashraf Muslim.
Majalah GLAM Lelaki 5 ini sedang dijual sekarang.
* terima kasih Amer Zaman untuk info ini.

Konsert Alam Muzik M Nasir telah ditayangkan di Astro Prima (105).
Bagi yang telah ketinggalan menyaksikan rakaman Konsert Alam yang telah disiarkan pada malam Hari Raya pertama 20 September, kita masih berpeluang menyaksikan Konsert hebat ini di saluran Astro Prima (105) pada tarikh berikut :
  • Sabtu, 26 September 2009, jam 2.00 PM
  • Selasa, 29 September 2009, jam 9.00 PM

11 ulasan:

deaf_angel berkata...

aku tak pernah nampak majalah ni, atau aku tak perasan haha.

Anyway, kat sokkabar melayu spore asyik keluar iklan untuk show M Nasir kat majlis anniversari salah satu majalah hiburan

Tanpa Nama berkata...

konsert yg kene postpone tuh,bile nak buat balik?dah ade tarikh baru?any news?rase cam nak claim balik tiket tuh!boleh ke?

HangKebun berkata...

Konsert yang baik.. Dan akan ditunggu konsert seterusnya.. Pasti menarik sekali..

Saudagar Mimpi ... berkata...

deaf : Singapore ada jual rasanya majalah ni. Aku skrg tgh tunggu bila la M Nasir nak start promo konsert Satu Wajah selepas tertunda hari tu.

Tanpa Nama : tu kena telefon tickethotline. Depa patut dah mula buat promo betul2 kalau komporm.

HangKebun : Mmg konsert yg hebat. Mcm kenal je HangKebun ni.

azyze gomez berkata...

saudagar, kamu perlu cuba dapatkan majalah tersebut.
Ada gambar En. Nasir berposing gaya Johnny Depp. Sungguh tidak percaya, sungguh mengkagumkan. Sungguh, disturbing juga heheh.

Saudagar Mimpi ... berkata...

azyze : Majalah GLAM tu mmg dah dibeli dah. Masih elok tersimpan. Nanti la bila bila sempat baru "up" kat sini. Sekarang ni SM tengah bz giler se-bz budak PMR study last minit.
Yup! sebenarnya sebelum beli aku dah jangka M Nasir akan "pose" dgn topi! hahahha!

Tanpa Nama berkata...

fuh best gila gambar m nasir dalam glam.

konsert malam kedua je tayang kat prima. malam kedua penonton gila meriah (:

Saudagar Mimpi ... berkata...

Tanpa Nama : Sememangnye! Konsert malam kedua meriah giler! Bergegar IB. Hehhehhe. Kelibat SM juga nampaknya terakam di lensa kamera pada malam itu.

Tanpa Nama berkata...

SM di mana? Saya di upper circle malam tu, masa lagu Ada saya tgh doq joget sakan dgn sepupu saya. Sekali kamera fokus kejap kat kami. Kelakar pula bila tgk balik. Rasanya penonton di upper circle plg meriah, hehe! Saya tgk org2 di bawah malu2 nak bangun. Sifu jemput bangun, baru depa bangun. Hahaha! Bak kata sifu malam tu, padahal dalam hati meronta2 nak menari.

Saudagar Mimpi ... berkata...

Tanpa Nama : SM ada duduk di depan sekali bahagian tengah kiri upper circle pada malam tu. Ya, SM ada perasan jugak kamera fokus kat upper circle masa lagu "Ada" tu. Tanpa Nama ni duduk kat baris mana pulak di upper circle malam tu?
Sememangnya malam kedua tu upper circle mmg gamat & meriah sekali. Mungkin org bawah malu-malu sebab tak dijemput bangun. hahhaha.

Tanpa Nama berkata...

Oh. Saya duduk di bahagian kiri SM, juga di depan sekali.