Ahad, Julai 12, 2009

Konsert M Nasir disabotaj?

petikan Bintang Popular 12 Julai 2009

M Nasir kecewa dengan penyebaran berita palsu mengenai konsertnya.

SIFU muzik, M Nasir dikhianati? Persoalan itu kini berlegar dalam fikiran M Nasir apabila Konsert Satu Wajah yang bakal berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 Julai ini, cuba disabotaj pihak tertentu.

Raja dengar M Nasir terkejut apabila orang beritahu konswert itu dibatalkan sedangkan dia sekarang tengah berpenat menguruskan persiapan menjayakan konsert keduanya di Stadium Negara. Dulu, lebih 13,000 peminat membanjiri Stadium Negara untuk menyaksikan Konsert Canggung Mendonan pada 1994.

Khabarnya, kini heboh dalam laman internet facebook, Konsert Satu Wajah M Nasir dibatalkan. Nampaknya ada manusia yang tak senang hati melihat kejayaan orang lain dengabn cuba menyebarkan cerita yang tak betul. Yalah, manusia ni rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

M Nasir bukan saja terkejut tapi jadi naik marah. Yalah... siapa tak bengang, persiapan sedang rancak dilakukan, malah khabarnya M Nasir bakal membuat kejutan dalam konsertnya. Raja tak sabar juga nak menantikan apa kejutan yang bakal dibuat. Manalah tahu M Nasir muncul dengan anak-anaknya, Raja dapat tahu anak-anak M Nasir turut mengikut jejak langkahnya yang cintakan muzik, malah anaknya yang bongsu, Suci Musalmah juga berbakat dalam bidang nyanyian.

Raja sempat menghubungi Pengarah Promosi Maya Axis Creative Sdn Bhd, Rohani Ismail apabila mendengar berita pembatalan konsert itu. Nyata, pihak penganjur turut terkejut dengan berita yang disebarkan.

"Saya nak menegaskan Konsert Satu Wajah M Nasir diteruskan, malah kini jualan tiketnya mencapai tahap membanggakan. Saya kesal dengan berita tak betul yang disebarkan. Saya akui ada ramai kenamaan dan ahli politik yang menghubungi saya untuk bertanya kesahihah berita yang tersebar.

"Tiada sebab untuk kami membatalkan konsert M Nasir, semua persiapan sudah dilakukan, malah M Nasir kini giat melakukan latihan bersama barisan pemuziknya. Mungkin juga ada pihak yang tidak senang hati dengan M Nasir dan cuba mahu memboikotnya. Apalah salah M Nasir?

"Kepada mereka yang cuba menyebarkan berita palsu itu, bawalah muhasabah diri. Mungkin kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan, tetapi biarlah Tuhan saja membalas perbuatan dan pengkhianatan itu," katanya.

Jadi, kepada peminat M Nasir yang tidak sempat menyaksikan persembahannya di Istana Budaya tak lama dulu, bolehlah mendapatkan tiket berharga RM383, RM153, RM83 dan RM53. Tempahan juga boleh dibuat menerusi tiket hotline di www.tickethotline.com.my atau 603-7725 1177. Untuk keterangan lanjut berhubung persembahan dan penajaan bolehlah menghubungi Maya Axis Creative Sdn Bhd di talian 603-8076 9872.

RAJA: Sepanjang menjadi wartawan hiburan, diri ini juga pernah beberapa kali disabotaj...

4 ulasan:

Saudagar Mimpi ... berkata...

Peristiwa khabar angin di FB ni berlaku pada 3 Julai 2009 yg lalu kalau tak silap Saudagar. Dah lama dah, so dalam FB sekarang tak de la seheboh sebagaimana dalam laporan berita ini.

deaf_angel berkata...

beb ko pegi tak?

Saudagar Mimpi ... berkata...

Yup! Insyallah pergi. Tiket bas & tiket konsert pun dah beli. Sekarang cuma berdoa jangan la ada apa-apa komitmen 25 Julai tu. Bro mcm mana pulak? Turun KL utk konsert kali ini?

deaf_angel berkata...

tak la, aku kerja