Khamis, Julai 24, 2008

Riadah selebriti di Riuh@1

petikan Harian Metro 24 Julai 2008

Wak RiuhAKTIVITI riadah dan sukan kerap menjadi pilihan ramai khusus untuk mengisi masa lapang. Atas sebab itu Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama RTM menerbitkan program majalah hiburan, Riuh Di Satu (Riuh@1) yang memaparkan beberapa aktiviti riadah dan sukan membabitkan selebriti terkemuka tempatan.

Bayangkan artis ternama tempatan melakukan aktiviti ria dah sihat yang tidak pernah atau jarang disaksikan mana-mana pihak secara ekslusif sebelum ini. Program terbaru yang menampilkan gabungan pengacara, Raja Farah dan Azfar disiar menerusi RTM 1 setiap Ahad jam 11 pagi itu ternyata berbeza daripada program sedia ada.

Luncai Emas Sdn Bhd yang selama ini lebih cenderung menerbitkan lagu dan album artis melangkah setapak lagi dalam penerbitan program televisyen.

Program 13 episod yang disiar selama setengah jam arahan Shahrul Nizam Nurdin menampilkan bermacam gelagat artis melakukan aktiviti masa lapang disamping acara sukan kegemaran mereka.

Pengarah Eksekutif, Mohd Khirin Omar atau Keon berkata selepas kejayaan mengarahkan drama muzikal Inggeris ka nak-kanak pihaknya sekali lagi diberi tanggungjawab oleh RTM untuk tampil dengan program itu.

“RTM memberi garis panduan kepada kami untuk meng hasilkan program rekreasi membabitkan artis popular masa kini. Memandangkan waktu siaran juga ketika waktu puncak jadi kami berharap orang ramai akan menonton program ini.

“Semua episod program ini berjaya disiapkan awal tahun lalu. Saya bersyukur kerana semua artis yang dipilih sanggup berkerja sama dan memberi sokongan penuh bagi men jayakan program ini,” katanya.

Antara artis yang terbabit dalam program itu ialah penyanyi dan pelakon, Erra Fazira bermain kasut roda, Azwan Ali dan Yazer (beriadah di Sunway Lagoon), Ella (panjat dinding tiruan), kumpulan Spider diketuai Tam (Futsal), Zed Zaidi dan Idayu (bowling) manakala The Fabulous Cats memilih sukan Paintball.

Sementara pengarah filem tersohor, Mamat Khalid dan Fiq memilih aktiviti memancing di kelong yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, kumpulan Kristal (melawat dan menyertai aktiviti di Program Latihan Khidmat Negara), Nurul (menaiki jet ski), kumpulan Hujan (aktiviti sukan air), M.Nasir (menunggang kuda), Elyana (bola lisut) dan Mawi (snooker).

Disamping aktiviti sukan program itu turut memaparkan segmen panduan rekaan pakaian oleh pereka fesyen ter kemuka, Rizalman Ibrahim yang akan berkongsi tips fesyen melalui segmen Fesyen Riuh. Manakala segmen Suara Riuh pula membabitkan temubual dengan orang ramai dan peng giat seni terhadap sesebuah isu yang berlaku dalam industri hiburan.

Satu ikon tetap yang dipanggil Wak Riuh juga ditampilkan untuk mengupas atau mengkritik pandangan dan komen dari Suara Riuh itu. Sebarang komen atau pertanyaan bolehlah melayari laman web rasmi www.riuhdisatu.com.my

Tiada ulasan: