Jumaat, Jun 08, 2007

Nostalgia: Senandung Semalam buat Loga

petikan Berita Harian 8 Jun 2007
Oleh Zainuri Misfar

Pemergian penyanyi kedua Alleycats amat dirasai

“DALAM banyak lagu Melayu yang saya nyanyikan, Senandung Semalam paling saya suka. Lagu itu benar-benar menyentuh perasaan. Saya menghayati lagu itu. Jiwa saya melayang entah ke mana apabila menyanyikan Senandung Semalam.” Itulah antara kata-kata Loga ketika akhbar ini pernah menemubualnya sewaktu persembahan Alleycats di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Peramah orangnya. Lagu Senandung Semalam, liriknya mengenai lamunan seseorang yang kehilangan orang tersayang - mungkin isteri, suami, ayah, ibu, anak, sahabat, tunang atau kekasih. Selain menyanyi, dalam persembahan itu, Loga meniup flute atau seruling selain bermain percussion. Kadang-kadang dia terbatuk kecil setiap kali selepas meniup flute.

Loga yang dilihat sering senyum, sesekali lalu menepuk bahu abangnya, David yang asyik tersasul atau lupa lirik ketika menyanyikan lagu Hingga Akhir Nanti dan Seribu Bintang. Tapi itulah kemesraan dua beradik ini.

Keceriaan Loga pernah diakui M Nasir, orang yang bertanggungjawab menaikkan nama Alleycats.

“Mereka tidak banyak perubahan walaupun sudah berusia. Suara David bertambah sedih dan suara Loga bertambah ceria,” kata Nasir sambil ketawa pada pelancaran album Alleycats 2001.

Loga atau Loganathan, adik kepada David Arumugam mengasaskan bersama Alleycats pada 1968. Loga sebenarnya lebih lincah ketika di pentas. Dia boleh bertutur bahasa Malaysia agak baik berbanding David. Bahkan, loghat Pulau Pinang masih melekat dalam pertuturannya. Dalam temu bual itu, Loga ada menyatakan keutuhan Alleycats kerana keserasiannya bekerja dengan David.

“Saya dengan dia (David) ngam (serasi) sebab itulah boleh bersama. Dalam apa kerja, kalau ngam, senang buat kerja. Kalau tak ngam, bukan saja dengan abang, dengan orang lain pun kita tak boleh kerja,” kata Loga.

Pemergiannya pada Isnin lalu (4 Jun) di sebuah hospital di Pulau Pinang kerana barah paru-paru memang amat dirasai, bukan saja David, atau mereka yang pernah menganggotai kumpulan ini tetapi peminat Alleycats.

Senandung Semalam ciptaan Wan Ibrahim dan seni katanya karya M Nasir, adalah antara lagu daripada Alleycats yang segar hingga sekarang. Ia meletakkan Alleycats sebagai kumpulan muzik bukan Melayu paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu. Alleycats yang mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 70-an masih kekal hingga sekarang dan masih aktif menyanyi.

Selepas 10 tahun ditubuhkan, mereka hanya berpeluang menghasilkan album bahasa Melayu pertama berjudul Terima Kasih pada 1978. Gaya rambut afro David dan Loga menjadi identiti cukup dikenali dan sinonim dengan Alleycats. Di sebalik gaya rambut itu, David dan Loga ada kisah suka dukanya. Rambut afro Loga pernah terbakar ketika dia tidur di sebuah hotel di Subang pada akhir 1994. Akibat kejadian itu, mukanya melecur dan terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di hotel itu.

Dalam sejarah Alleycats, pencapaiannya lebih 20 album adalah satu kebanggaan. Walaupun kebanyakan lagu dan album dalam imej Melayu tetapi ia banyak ditangani Eric Yeo, komposer bukan Melayu yang berkhidmat untuk Alleycats menerusi 19 album. Penerbit lain, M Nasir,Wan Ibrahim, Aman dan Razman Mohd Nor.

Selain David dan Loga, anggota asal Alleycats ialah Tan Chin Hock, Shanmugam, Fook Meng dan Francis Khor. Selepas album Terima Kasih, Alleycats muncul dengan Dapatkah (1980). David dan Loga pernah muncul solo. Album solo Loga, Bumi diterbitkan pada 1994, manakala album solo David bertajuk Segarkah Cinta.

Nama Alleycats meledak menerusi album Alleycats 4 yang memuatkan lagu Hingga Akhir Nanti, Seribu Bintang dan Berita Dari Rantau. Diikuti dengan album Kucing (1981) yang mengandungi banyak lagu popular hingga sekarang seperti Andainya Aku Pergi Dulu, Jangan Telefon Lagi dan Sekuntum Mawar Merah.

Dalam album Enam Kucing (1982), Alleycats memuatkan lagu Setahun Sudah Berlalu, manakala album Suara Kekasih (1985) pula ada lagu Suara Kekasih, Layang-Layang Putus Tali dan Istana Pasir.

Apa yang pasti, setiap album Alleycats memang meninggalkan lagu yang memberikan nostalgia kepada pendengar dan peminatnya dengan David dan adiknya, Loga menjadi ikon tersendiri dengan gaya rambut afro mereka. Tidak dilupakan ungkapan David; “Ma...kasihhh!”

Profil Alleycats

Tahun Diasaskan: 1968
Asal: Pulau Pinang
Mula hasilkan album: 1978
Anggota Asal Alleycats:

* David Arumugam (vokal)
* Loganathan (vokal/percussion)
* Chef (saksofon)
* Tan Chin Hock (dram)
* Shanmugam (gitar utama)
* Tham Fook Meng (gitar)
* Francis Khor (keyboard).


Album: Alleycats (album Inggeris/1978); Penyanyi (album Melayu pertama/1978); Terima Kasih (1979); Dapatkah (1980); Alleycats 4 (Awal 1981); Kucing (Akhir 1981); Enam Kucing (1982); Alleycats (1983); Kerana (awal 1984); Irama Kehidupan (akhir 1984); Suara Kekasih (1985); Sampaikan Salam (awal 1986); Alleycats 12 (1986); Aku Kerinduan (1987); Suatu Pengertian (awal 1988); Akhir Tetap Merindu (akhir 1988); Dilema Sekuntum Cinta (1989); C.I.N.T.A (1990); Selagi Tangis Belum Terhenti (1991); Untukmu (1992); Alleycats 20 (1993); Alleycats 21 (1996); Alleycats 22 (1997) dan Alleycats 2001 (2001)


Senandung Semalam

Berirama
Senandung Semalam
Ku terkenang peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang dirasa
Kau dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kekasihmu

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga di pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemu-Nya

Oh kenangan
Tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

Lagu: Wan Ibrahim
Lirik: M Nasir

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

warhammer gold warhammer money warhammer accounts tibia money tibia gold tibia item runescape accounts buy runescape accounts runescape money runescape gold runescape gp runescape power leveling runescape powerleveling cheap rs2 powerleveling runescape equipment buy rs equipment runescape runes cheap rs2 runes runescape logs cheap rs2 logs runescape items buy runescape items runescape quest point rs2 quest point cheap runescape questpoint runescape gold runescape items runescape power leveling runescape money runescape gold buy runescape gold buy runescape money runescape items runescape accounts runescape gp runescape accounts runescape money runescape power leveling runescape powerleveling tibia gold dofus kamas buy dofus kamas wow power leveling wow powerleveling runescape questpoint rs2 questpoint Warcraft PowerLeveling Warcraft Power Leveling World of Warcraft PowerLeveling World of Warcraft Power Leveling Hellgate money Hellgate gold buy runescape logs buy rs2 items cheap runescape items Hellgate London gold Guild Wars Gold buy Guild Wars Gold runescape items rs2 accounts cheap rs2 equipments lotro gold buy lotro gold buy runescape money buy runescape gold buy runescape runes lotro gold buy lotro gold runescape money runescape gold cheap rs2 powerleveling eve isk eve online isk buy runescape power leveling rs2 power leveling tibia gold tibia item runescape accounts Fiesta Silver Fiesta Gold Scions of Fate Gold Hellgate Palladium Hellgate London Palladium SOF Gold Age Of Conan Gold AOC Gold ArchLord gold tibia money tibia gold runescape accounts runescape gold cheap rs2 powerleveling buy ArchLord gold DDO Plat Dungeons and Dragons Online Plat