Sabtu, Februari 10, 2007

"Fan Based" M.Nasir di myspace.


Baru-baru ini Saudagar Mimpi berbual secara maya dgn org kuat KSMN. Hasilnya saya mendapat tahu kewujudan "Fan Based" M.Nasir di myspace yang mana Aie'z Quest dan Ain_Eza bertindak sbg moderator page itu setelah mendapat persetujuan Sifu M.Nasir sendiri. Rupanya banyak Account Fake M.Nasir celup di luar sana. Jangan terpedaya ya!.
Mungkinkah ini salah satu dari akaun fake itu?

5 ulasan:

muhamad yaqen berkata...

kita x bley nak sebut acc fake, myspace adalah open web base... dan juga open source. Bila di sebut open source.. semua orang ade hak mengubah suai. Pada pandangan saya myspace adalah satu web community. So acc fake yang ade tu hanyalah untuk menunjuk support dari peminat peminat m nasir. Lain la kalau ade account2 lain yang cube menghijack reputasi m nasir melalui myspace.Nak tanya skali la.. mane pegi web hamlau yee.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan fake Account, apa agaknya istilah yg sesuai diguna pakai dalam era IT ini?

Mungkin kalau begitu kita boleh menyamar menjadi org itu dan ini dlm myspace. Masalahnya bagaimana jika berlaku penipuan dsbnya?
Kalau tidak silap saya situasi ini pernah berlaku pada Emmet ahli Butterfinger sedikit masa dulu yang mana ada peminat menyamar sbg Emmet dalam myspace.

Oleh yg demikian, "laman rasmi" sgt penting utk menyekat masalah ini.

Pada pendapat saya yang agak buta IT ini, laman untuk menunjuk support dari peminat peminat (spt laman tribute) agak berbeza kerana kebiasaanya moderator akan menggunakan namanya sendiri atau nama samaran yg lain.

Wasalam.

Saudagar Mimpi berkata...

Terima kasih yaqeane & Teropong Kertas atas pendapat menarik itu. Saudagar Mimpi memang bersetuju mengenai pentingnya untuk seseorang artis mempunyai laman rasmi. Laman rasmi juga sedikit sebanyak dapat mengembangkan karier mereka disamping menjadi jambatan komunikasi antara artis dengan peminatnya. Nampaknya pihak di Luncai Emas kenalah berusaha untuk membangunkan laman rasmi yang masih belum di"updated" itu.

Tanpa Nama berkata...

alamat baru hamlau

http://sg.geocities.com/muziknusantara/nasir.html

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Sekadar ingin membetulkan...yg saudara masukkan ini adalah laman myspace yg betul pd sifu kita.Yg lain itu tidak betul sama sekali.Tuan moderator adalah org kuat Luncai Emas sendiri,iaitu Ain dan Aiez QUEST.

Sekian

-Yann-
KSMN
b/p Ain & Luncai Emas Sdn Bhd