Isnin, Disember 04, 2006

Depan Mata: Muzik Muzik 21 kecoh lagi

petikan Harian Metro 4 Disember 2006
Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

NAMPAKNYA ada yang keliru selepas membaca ruangan ini minggu lalu mengenai penampilan artis yang akhir-akhir ini dirasakan kurang sesuai hingga menjadi sasaran pihak tertentu untuk disebarkan dalam internet.

Nasihat saya, artis perlu menjaga penampilan mereka supaya tidak dimalukan begitu. Contohnya gambar Deja Moss yang agak memalukan ketika menyanyi dalam satu majlis tertutup. Saya juga menyentuh penampilan berani Nurul ketika menjayakan Minggu Fesyen Kuala Lumpur sebagaimana disiarkan dalam akhbar.

Tapi ada pembaca marahkan saya kerana mengatakan saya menggalakkan artis tampil seksi apabila memuji Nurul. Bagi yang menghantar e-mel, bolehlah saya terangkan dengan membalas e-mel mereka mengatakan bukan itu niat saya. Ada waktunya saya memilih untuk menegur secara terus terang dan ada kalanya berlapik. Tapi apabila saya berlapik, ada yang tidak faham. Maafkan saya.

Untuk minggu ini, saya ingin memperkatakan mengenai separuh akhir Muzik Muzik 21 yang bermula dengan kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif pada 24 November lalu diikuti Balada 1 Disember dan Jumaat ini giliran Pop Rock.

Ternyata keputusan Irama Malaysia & Etnik Kreatif paling menimbulkan kontroversi apabila lagu Nafas Cahaya ciptaan M Nasir gagal dipilih antara empat lagu ke Anugerah Juara Lagu 21 (AJL21).

Jumaat lalu apabila giliran kategori Balada, heboh di kalangan media mengatakan M Nasir mahu menghantar surat kepada TV3 untuk menarik lagunya daripada dipertandingkan dalam kategori Pop Rock, minggu depan.

Tidak pasti apakah M Nasir mahu tarik diri untuk kedua-dua lagu ciptaannya, Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi) dan Juwita Citra Terindah (M Nasir) atau salah satu lagu itu.

Sebabnya dikatakan sebagai protes tidak puas hati dengan kreadibiliti juri yang mengadili kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif.

Sememangnya ramai menduga lagu Nafas Cahaya yang dinyanyikan Misha Omar akan dipilih tetapi nampaknya ramalan tersasar jauh. Itu juga perkara biasa dalam mana-mana pertandingan kerana ada yang diyakini boleh menang tetapi sebaliknya yang berlaku.

Dalam hal ini, kita perlu terima hakikat tiada rezeki. Walaupun dalam hati kita cukup yakin menang malah majoriti orang berkata lagu itu bagus dan ada peluang menang, tetapi hendak buat macam mana kerana keputusan terletak di tangan juri.

Sama ada juri di tangan penonton melalui sistem khidmat pesanan ringakas (SMS) atau juri profesional, rasa tidak puas hati tetap ada tetapi tahapnya saja berbeza sama ada besar atau kecil.

Walaupun pahit untuk ditelan, M Nasir perlu belajar menerima hakikat lagunya tidak dipilih. Bagaimanapun saya tidak pasti apakah M Nasir yang tidak puas hati ataupun penulis liriknya atau ada pihak ketiga yang cuba mengapi-apikan mereka.

Malah cerita protes dengan keputusan juri bukan perkara baru. Tahun lalu juga agak kecoh apabila lagu Gemilang yang menang kategori balada diangkat juara Anugerah Juara Lagu 20 (AJL20). Ada pihak mengatakan lirik Gemilang ada kepincangan dari segi susunan bahasa dan tidak layak menang sebaliknya ada lagu lain yang lebih layak menang.

Sekali lagi kita harus akur, itu keputusan juri. Tapi sudah tentu peserta meluahkan rasa kecewa tetapi jangan sampai membelakangkan soal rezeki dan ketentuan Tuhan kerana semua itu terletak di tangan-Nya.

Kalau dari segi hak, M Nasir memang berhak berbuat begitu kerana itu lagu ciptaannya tetapi dari segi profesional, rasanya memang tidak wajar M Nasir bertindak demikian.

Kalau Nafas Cahaya kalah, mungkin ada hikmahnya dan mungkin tuah M Nasir dalam kategori lain. Semua itu sudah tersurat dan ditentukan oleh-Nya.

Kalau M Nasir benar-benar mahu berbuat begitu, dia juga perlu berhadapan dengan risiko daripada penganjur yang mungkin akan mengharamkan lagu-lagunya daripada bertanding pada masa akan datang.

Ternyata semua itu hanyalah menjadi bualan di kalangan orang industri. Hakikatnya, Pengurus Besar Hiburan, Sukan & Rekreasi TV3, Azhar Borhan menafikan perkara itu ketika sidang media, Jumaat lalu. Bagaimanapun Azhar tidak menafikan permohonan Amy Search menarik diri untuk lagu Suralaya Dalam D’Major ciptaan Edrie Hashim, sehari sebelum pertandingan. Alasan Amy kerana tidak dapat memberi komitmen kerana sibuk membimbing protegenya untuk program Mentor yang berjaya ke peringkat akhir malam tadi.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah otak wartawan yg menulis ni kurang oksigen , atau kurang baca buku2 teknikal ?

Misalnya , A cipta lagu dan dia selama ni selalu bersaing dgn B . A dan B sama2 mahu menang . Tiba2 pada tahun depan A mahu bertanding , B tak bertanding tapi mungkin bertanding pada tahun akan datang dan kembali bersaing dgn A . B dlm kes ini memang ada kepentingan utk bersaing dgn A . Tapi utk tahun ni , B yg ada kepentingan bertentangan dgn A , mahu mengadili hasil ciptaan A .

Ini lah dia kebebasan akhbar , kita menyerahkan persoalan yg memerlukan detailed explaination kpd org yg lebih suka JUMP TO CONCLUSION dan mempromosikan CONCLUSION nya !

Teropong Kertas berkata...

Petikan Harian Metro 6 Disember 2006.

Komen Amy apabila M Nasir dikatakan mahu menarik diri daripada mempertandingkan lagunya dalam kategori Pop Rock Jumaat ini gara-gara tidak puas hati dengan keputusan Irama Malaysia & Etnik Kreatif?

J: Masing-masing ada alasan sendiri. Kalau betul M Nasir menarik diri sebagai tanda tidak puas hati dengan keputusan Irama Malaysia & Etnik Kreatif, saya rasa bukan sebab kecewa lagunya gagal ke final. Sebaliknya melihat keputusan juri sebagai tidak telus, tidak relevan dan berat sebelah apabila memilih lagu yang tidak berkualiti atau kurang layak ke final.

M Nasir bukan calang-calang komposer. Ilmu muziknya luas, justeru bila ada unsur politik dalam pertandingan seperti ini lebih baik tarik diri dari hasil karya yang tinggi tidak dihargai. Apapun, itu sekadar pendapat saya mengenai pemikiran komposer itu.

S: Mengapa keputusan juri Muzik-Muzik sering mencetuskan kontroversi?

J: Saya bukanlah orang yang layak bercakap hal ini. Namun berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun menyanyi, setiap juri punya pilihan sendiri. Kadang-kala mereka juga ada kepentingan terikat dengan arahan dari pihak tertentu.

Apa kriteria yang perlu ada pada seorang juri dan adakah khidmat juri luar diperlukan?

J: Pertama mereka perlulah serba-serbi arif soal muzik, berpengalaman, menganalisis semua jenis muzik baik lagu lama atau yang terkini. Paling penting mereka harus bersikap 'neutral'.



Hmmm....nak neutral macam mana kalau masing-masing ada kepentingan. Kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan M Nasir tarik diri sahaja dari AJL untuk tahun ini. Saya terasa juga yang pihak TV3 sudah menetapkan lagu nyanyian Ajai dan Nurul 'Serasi' ke peringkat akhir untuk mesensasikan situasi dua selebriti tersebut bagi menarik penonton.

TV3 dan RTM sekarang ini dalam persaingan dan berebut penonton!

Tanpa Nama berkata...

samada sifu nak tarik diri ke atau nak bertanding ke itu hak dia.

Tapi yg aku terkilan tu ada lagu2 yg aku rasa tak patut masuk ke akhir Irama Malaysia, maksud aku tak layak kalau nak dibandingkan dgn Nafas Cahaya tu...!

Tanpa Nama berkata...

nak jadi juri tak boleh org yg suka dengar lagu balada je , nanti tak leh dgr yg lain , yg eksperimental . pastu kena pilih orh yg bebas , ambil le mana2 pensyarah2 muzik dan vokal yg bukan dlm industri .

Saudagar Mimpi ... berkata...

Ada org kata nilai estetika muzik ni subjektif. Yang lunak didengar seseorang berbeza dengan orang yang lain. Hanya jauhari mengenal manikam. Jadi disini juri yang arif sahaja layak menentukan.
Malam ni separuh akhir kategori Pop Rock. Kita tengok siapa layak ke peringkat akhir.

Tanpa Nama berkata...

kawan-kawan,

apapun, Lagu Jiwa Lagu Cinta dan Juwita berjaya layak!

sama-samalah berdoa moga salah satu dari dua lagu tersebut berjaya merangkul AJL.

semoga lagu-lagu Melayu terus dimartabatkan!

Tahniah Sifu M. Nasir! Saya turut berkomentar tentang kejayaan ini dalam blog saya. =)

Saudagar Mimpi,
teruskan usaha anda..blog praharaseni ini saya doakan terus berjaya.amin.

Saudagar Mimpi ... berkata...

"Saya akan berusaha untuk menang!"
kata M Nasir bila lagu Juwita diumumkan layak ke peringkat akhir AJL.

Tahniah sifu!
Moga sejarah berulang.

Tanpa Nama berkata...

Nafas Cahaya ungguli Carta Era, HotFM dan KLHits. Di HotFM berminggu-minggu lamanya jadi juara. Tapi sayang sekali lagu ini tidak mendapat penghargaan dari juri-juri yang dikatakan profesional itu. Sebaliknya, lagu Joget Cinta SMS yang mempunyai corak ciptaan biasa-biasa pulak yang dipilih. Macam manalah industri muzik kita hendak maju kalau nampak ada pembaharuan ianya hendak disekat dan tidak dihargai!