Jumaat, Oktober 27, 2006

Konsert Akustika

Hari Raya Ke-4 (27 Oktober 2006)

Konsert Akustika
TV3
Waktu Siaran: 6.00 petang

AKUSTIKA Aidilfitri akan menampilkan persembahan artis terkemuka tanah air iaitu M Nasir, Ramli Sarip, Jay Jay dan Andy dari Kumpulan Flop Poppy. Kelainan rancangan ini adalah mereka akan mempersembahkan lagu secara ‘unplugged’ bersama penonton di studio. Mungkin anda ternantikan persembahan lagu seperti bukan Kerana Nama, Teratai, Jikalau Berkasih dendangan Ramli Sarip, juga lagu evergreen M Nasir, Jay Jay dan juga persembahan dari Andy Flopp Poppy. Akustika Aidilfitri ini pastinya akan dapat mengimbau kenangan anda dengan kesyahduan lagu merdu daripada empat orang artis pujaan ramai ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Konsert yg best ala ala all star unplugged! Tak puas tgk kat TV ari tu. Kalau ada siaran ulangan kan bagus.
Terkejut sekejab bila dengar lagu Malam Sabtu (Saturday Night) Eagles versi Melayu :)

Lord Vorphalack berkata...

tak sempat dan tak boleh nak tgk sebab busy sgt hari raya ni, harap2 adalah ulangan...!

Saudagar Mimpi berkata...

Saudagar sempat tengok petang raya tu. Memang menarik. Bukan selalu dapat tengok M Nasir berkongsi pentas dengan Zainal Abidin, Ramli Sarip, Jay jay dan Andy. Memang berbaloi kalau ditonton lagi kalau ada siaran ulangannya.

Unknown berkata...

Salam Syawal,

Sempat tengok last part..
Kalau ada VCD lagi bagus..

Tanpa Nama berkata...

Konsert yang memang best. Tapi diorang nyanyi sikit sangat. Tak puas menonton.