Ahad, April 23, 2006

Lirik : Juwita...Citra Terindah

Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak klise
Bagai habis bahasa bermutu
Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu Taj Mahal didirikan

Barangkali kita perlu
Melihat di sebalik materi
Kau wanita, aku lelaki
Ayuhlah kita mengikat janji

Yang kau juwita menolak segala dusta
Citera yang indah
Cerita yang sakti

Ku serahkan nasibku pada cinta murni
Juga ku rasakan bakti
Patahkan ku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi

Ooo... Ooo... pujaan
Ooo... Ooo... juwita
Kau segala-galanya
(Sempurnakan cintaku)

Kau juwita menghidupkan jiwa yang lara
Menggoncang kalbu yang lama membeku

8 ulasan:

CaZa berkata...

brader,

agak2 bile ek album sifu nak kuar? dah hampir habis april...

Saudagar Mimpi ... berkata...

Entahlah! Peliknya Saudagar Mimpi ... pun dah termimpi-mimpi beli CD sifu dari kedai semalam.

Tanpa Nama berkata...

ya la dah nak abis dah april tak juga keeluar album sifu ni.lagu juwita tu album single ke?

blackpurple berkata...

Best lagu juita tu...

Khabarnya dalam satu-dua minggu lagi..... betul la penantian tu satu penyiksaan...!

pawaka1 berkata...

sapa yang tulis lirik lagu ni

Iron Board berkata...

lagu juita dah beratus2 kali keluar kat radio, tp masih tak keluar jugak full album.

tauke kedai keset kata diaorg nak masukkan extra songs in the album...betul ke...?

Tanpa Nama berkata...

Wah......! Canteklah U punya lirik....
Baguih baguih

Tanpa Nama berkata...

Hek eleh bebudak ni slamber jer kutuk2 org.Tgk2 lah hatinya tgh panas camner?Bagi ler sejuk skit. Woii!!!!!! x baik kutuk-kutuk org.
Berdosa besar argh korang