Selasa, Disember 21, 1999

M.Nasir luah rasa hati dalam konsert

petikan Utusan Malaysia 21 Disember 1999

FALSAFAH muzik yang diperjuangkan oleh komposer dan penyanyi M. Nasir selama ini terhurai dalam konsert 'unplugged' yang berlangsung di Auditorium Besar, Angkasapuri, malam kelmarin.

Komposer ini berbicara dalam nada yang berbeza dengan penyanyi-penyanyi lain.

M.Nasir menyampaikan keharuan, rasa hati dan luahan perasaannya kepada peminat serta pemuzik setianya sebagai falsafah keakraban antara mereka.

Justeru, menerusi lagu-lagunya, M.Nasir menyingkap banyak makna tersirat yang barangkali hanya boleh ditafsir oleh sesetengah golongan tanpa perasaan prejudis.

M.Nasir membawa keakraban antara dia dan penonton dengan permainan emosi menerusi lagu-lagu yang banyak mengutarakan gelojak perasaan yang berbeza.

Komposer ini menjadikan irama sebagai satu landasan untuk menghubungkan dan memahami manusia yang lain.

Malah, katanya pada konsert tersebut, dia menghargai para pemuzik yang sekian lama setia bersama dalam setiap persembahannya.

Barisan pemuzik profesional yang mengiringi M.Nasir malam itu ialah antaranya Jay Jay, Mohar, Rock, Rafi dan Suhaimi bersama tiga penyanyi latar.

Konsert M. Nasir malam itu dirakamkan bagi siaran Hari Raya kedua.

Sebagai insan seni yang kreatif, penyanyi ini tidak bersandar kepada dendangan lagu-lagu raya yang mengimbau kenangan, sebaliknya mengetengahkan barisan lagu yang lebih menyegarkan.

Barangkali inilah yang membezakan M.Nasir dengan penyanyi lain. Konsertnya tidak berpegang kepada konsep yang statik, tetapi menjurangkan persembahan dengan corak yang lebih baru.

Malah, sepanjang persembahan lebih satu jam tersebut, M. Nasir seolah-olah melepaskan segala perasaan dan emosinya dengan tarian-tarian bebas dan bersahaja.

Lagu pertama yang disampaikan oleh penyanyi ini ialah Akar Kita yang menyingkap makna yang cukup tersendiri.

Dia kemudiannya bercerita menerusi lagu Apokalips sebelum menyebut 'Kopratasa' yang bermaksud Salam Sejahtera kepada para penonton.

Dalam nada berseloroh, M.Nasir memperkenalkan barisan pemuziknya yang dikategorikan sebagai pemuzik berbilang bangsa termasuk diri sendiri yang dikatakan sebagai 'orang putih'.

Lagu Berikan Nurbisa kemudiannya disampaikan oleh M.Nasir. Lagu itu cukup digemari ketika menyampaikan dalam irama 'unplugged'.

M. Nasir tidak melupakan lagu popularnya Andalusia, yang mencatat kemenangan besar dalam Juara Lagu baru-baru.

Dalam kebanyakan persembahannya sebelum ini, M. Nasir setia dengan beberapa buah lagu yang mempunyai pertalian dengan sejarah hidupnya.

Salah sebuah lagu yang kerap dibawakan oleh penyanyi ini ialah Srikandi Cintaku.

Dalam nada sedih dan merintih, M.Nasir berjaya mengusik perasaan penonton menerusi lirik yang cukup puitis tetapi penuh makna.

Bercerita mengenai lagu Tanya Sama Itu Hud Hud selepas itu, M. Nasir memberitahu, 'saya cipta lagu ini khas untuk anak saya, tetapi saya cemburu, takut dia cepat naik'.

Lagu terbaru ciptaannya, Dalam dihasilkan ketika dia sedang memikirkan satu perkara dengan terlalu mendalam.

''Lantas lagu itu saya berikan judul Dalam juga,'' katanya.

Dua lagi lagu disampaikan selepas itu iaitu Rajawali Terbang Tinggi dan Mantera Semerah Padi sebelum tampil dengan lagu Hari Raya popularnya, Satu Hari Di Hari Raya. Penyanyi ini mengakhiri persembahannya dengan lagu Ada.

Oleh: NOR ASIKIN HASSAN

Jumaat, Disember 17, 1999

Konsert M. Nasir muzik sebagai jambatan

petikan Utusan Malaysia 17 Disember 1999

IRAMA boleh menjadi jambatan yang menghubungkan antara manusia dengan pelbagai perbezaan latar budaya, politik dan kepercayaan beragama. Irama yang sejagat menjadi satu nilai keintiman untuk memahami manusia lain.

Selain memberikan iramanya yang mengasyikkan, lirik yang puitis dan segar juga menjadi pemangkin dalam membina minda kreatif.

Konsep irama inilah yang akan berkumandang dalam konsert M. Nasir di Auditorium Besar Angkasapuri malam esok. Rakaman konsert yang diterbitkan oleh Noriah Kasimin itu akan disiarkan sebagai rancangan khas Hari Raya.

Rentak irama yang selama ini diperjuangkan oleh seniman M. Nasir akan berkumandang di Audititorium Angkasapuri pada malam Sabtu ini.

''Konsert ini akan membawa falsafah yang menyatakan keintiman antara saya dengan pemuzik-pemuzik yang selama ini terlibat secara langsung dalam setiap persembahan saya,'' jelas M. Nasir mengenai konsep persembahan muzikalnya.

M. Nasir memang terkenal sebagai penyanyi yang sentiasa memberikan kesegaran baru pada setiap konsertnya. Ini antara yang membezakan M. Nasir dengan beberapa penyanyi lain yang sekadar menyanyi tetapi tidak berkarya.

M. Nasir menjelaskan, tanpa sebarang gimik, konsert ini akan berlangsung sepertimana persembahannya sebelum ini.

Persembahan M. Nasir secara unplugged ini akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik profesional seperti Jay Jay, Mohar, Rock, Rafi dan Suhaimi.

Mengenai pemilihan lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada rancangan khas itu, M. Nasir memberitahu, dia akan menyanyikan lagu-lagu terbaik nyanyian dan ciptaannya sendiri.

Antaranya ialah Rajawali, Tanya Sama Hud-Hud, Andalusia dan Serikandi Cintaku.

Lagu-lagu ini dipetik daripada dua buah album kompilasi M. Nasir iaitu Terbaik M. Nasir dan yang terbaru Srikandi Cintaku.

Selain itu, M. Nasir buat pertama kalinya akan memperdengarkan beberapa buah lagu terbaru ciptaannya termasuklah sebuah lagu berjudul Dalam.

M. Nasir mahu merayakan konsert ini dengan mengundang beberapa peminat setianya untuk bersama-sama memeriahkan konsert yang akan bermula pada pukul 9 malam.

Ini menurut M. Nasir, dia juga mahu lebih dekat dengan peminat-peminat yang selama ini banyak membantu ke arah peningkatan kariernya.

''Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu jambatan yang turut menyatakan keintiman saya dengan peminat,'' jelasnya lagi.

Pas masuk secara percuma boleh didapati di balai pengawal Kementerian Penerangan mulai hari ini.

Selain itu juga, peminat yang berhasrat untuk menonton persembahan ini boleh menghubungi syarikat rakaman BMG di ta-lian 03-2550035.

Hampir 1,000 keping tiket disediakan secara percuma kepada peminat yang ingin menyaksikan konsert berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengurus Promosi BMG Music, Rohani Ismail berkata, penjualan album Srikandi Cintaku terus meningkat semenjak bulan lalu.

''Selepas lagu Andalusia memenangi Juara Lagu '99 penjualan album Serikandi Cintaku semakin baik. Kami percaya pasaran album ini terus meningkat setelah dijual hampir 30,000 unit seja dipasarkan,'' jelasnya.

Album Serikandi Cintaku memuatkan lagu-lagu terbaik ciptaan M. Nasir dan dinyanyikan semula oleh penyanyi ini dengan menampilkan gubahan muzik yang baru.

Antaranya ialah Nur Nilam Sari, Suatu Masa, Kau Ratnaku dan Kerana.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Khamis, Disember 09, 1999

Getaran: Loloq dan dunia kata-kata

petikan Utusan Malaysia 9 Disember 1999

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN
KEJAYAAN lagu Andalusia ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Loloq di Juara Lagu' 99 barangkali boleh dijadikan landasan untuk mengubah tradisi lirik-lirik lagu Melayu. Tanggapan terhadap lirik sebagai himpunan suku kata perlu diperbetulkan dan diletakkan pada landasan yang sewajarnya.

Andalusia antara kelangsungan Loloq untuk keluar daripada lingkungan yang membendung tradisi lirik lagu Melayu.

Ketika sebahagian besar lirik lagu Melayu berkisah tentang kekecewaan dan hidup yang tidak bercahaya, Loloq menghantar Andalusia jauh daripada lingkungan alam remaja.

Andalusia menjejak mimpi-mimpi silam era kegemilangan Islam di Andalusia (kini Sepanyol). Loloq menerusi lirik ini ternyata cukup terharu dengan hilangnya sebuah kegemilangan yang dicatatkan sebagai ''biarkan warna kubah-kubahmu kian pudar, untukmu setanggi ini kubakar, cahayamu sediakala.''

Lirik Andalusia adalah kelangsungan Loloq yang memperkayakan tradisi lirik lagu dengan pengaruh kesusasteraan serta perubahan sosial.

Kerana percaya lirik tidak seharusnya kering dan beku, Loloq menghantar suara seorang anak dalam Bonda nyanyian M Nasir.

Pemilihan kata-kata Loloq kelihatan begitu lembut. Tetapi sarat dengan kekaguman pada kesabaran seorang ibu. Ini pasti turut dirasakan kepada siapa kerana pengalaman menghirup kasih dinikmati oleh semua orang. Di tangan Loloq, Bonda menjadi begitu syahdu dan menginsafkan pengorbanan besar seorang manusia bergelar ibu.

Ada orang kata, lirik lagu Melayu harus sama dengan filem Melayu. Ia mesti mudah difahami dan tidak memperkatakan isu yang di luar keluh-kesah remaja. Ini antara teori untuk menulis lirik yang popular.

Lirik lagu Melayu selalunya sarat dengan keluhan, hiba dan mengenang nasib malang ditinggalkan teman kerana harta atau wajah yang tidak seberapa.

Peranan lirik dalam lagu pula semacam tidak lebih untuk memberi peluang kepada penyanyi mengalunkan suaranya. Tetapi tidak ambil kisah sangat tentang isi dan nilai-nilai artistik pada frasa dan atur kata-katanya.

Kerana itu asalkan ada kata-kata dan suku katanya menepati rentak, liriklah namanya. Menyanyilah si penyanyi kata-kata berbasa-basi, pengulangan kisah kecewa yang puluhan tahun lalu dipaparkan dan tidak banyak yang berani untuk keluar dari lingkungan ini.

Kalangan karyawan kita terlalu prejudis terhadap khalayak seni. Kata mereka, khalayak tidak faham filem atau lirik yang berseni.

Keadaan yang tempang ini wajar berubah dan dibuat perubahan. Lirik perlu diberi dinamisme baru seperti yang diusahakan oleh Loloq.

Andalusia hanya sebuah daripada lebih 800 lirik lain ciptaan Loloq. Dia bukan sahaja penulis lirik yang paling produktif malah berani melontarkan pemikiran yang kelihatan sedikit radikal.

Sememangnya Loloq kelihatan serasa dengan lagu-lagu ciptaan M. Nasir. Malah mereka kelihatan senama dalam industri muzik tempatan. Tentulah ini disebabkan oleh wujudnya interaksi pemikiran antara satu dengan lain.

Tetapi jangan lupa, lirik ciptaan Loloq juga ada yang kelihatan ''main-main''. Sebenarnya Loloq sengaja memilih stail yang agak ringan tetapi maknanya tetap tentang isu yang serius.

Kemampuan Loloq tentunya luar biasa apabila menghasilkan lirik lagu Ngam Ho, Kepala Sotong atau Sup Selipar. Liriknya sedap didengar, meriangkan tetapi tetap pedih maknanya. Loloq juga kelihatan begitu romantis dalam lirik Layar Impian nyanyian Ella atau Biru Mata Hitamku oleh Wings.

Selebihnya Loloq kelihatan sedikit garang dalam Mentera Semerah Padi, Apokalip dan Bikin Wilayah.

Mentera Semerah Padi mengingatkan saya kepada lagu Blowin' In The Rain yang liriknya ditulis oleh penyanyi Bob Dylan para era generasi rock dekad 60-an. Kelahiran Bob Dylan sebagai penyanyi lagu rakyat moden Amerika Syarikat boleh dilihat sebagai cetusan lirik-lirik yang bermutu.

Biarpun dikenali sebagai penyanyi rock tetapi Bob Dylan tidak lupa kepada nilai sebuah lirik dan lagu yang baik. Sama seperti kecenderungan Bob Dylan atau Paul Simon yang melontarkan kekuatan pada liriknya, Loloq percaya bahawa lirik itu sebahagian ukuran lagu yang baik. Dia sentiasa mencari ketepatan pada susunan kata-katanya.

E-mel: kuseman@pc.jaring.my

Selasa, Disember 07, 1999

M. Nasir juara antara juara

petikan Utusan Malaysia 7 Disember 1999

GAYA juara..M Nasir menyanyi-kan lagu Andalusia.
Kejayaan lagu Andalusia ciptaan M. Nasir sebagai Juara Lagu '99 akan menonjolkan sebuah lagi karya bermutu yang tersorok di sebalik lagu-lagu popular yang nipis nilai seninya.

Juara Lagu '99 yang mempunyai prestij tersendiri dalam industri hiburan tempatan akan menjadi jentera terbaik untuk membawa ciptaan bermutu ke tengah masyarakat selain lagu-lagu yang memenuhi selera remaja.

Kejayaan kali ini mencatatkan M. Nasir sebagai pencipta yang menjuarai tiga kali dari 14 kali Juara Lagu diwujudkan pada 1986. Kali pertama menerusi Tanya Sama Hud Hud (1994) dan kali kedua Ghazal Untuk Rabiah (1997).

Andalusia yang liriknya ditulis oleh Loloq tidak begitu popular kerana ia berkisar tentang sebuah negara, Andalusia (kini Sepanyol) yang hilang selepas era kegemilangan empayar Islam.

Lagu itu yang dinyanyikan sendiri oleh M. Nasir membawa semangat perjuangan tentang sejarah silam yang menjulang nama kerajaan Islam.

''Saya seorang pencinta yang setia bukannya pejuang,'' jelas M. Nasir mengenai lagu ciptaannya yang turut mengondol juara kategori pop rock itu.

Sekalipun Andalusia yang bercerita tentang perjuangan namun M. Nasir menganggap lagu itu sebagai manifestasi jiwanya yang lembut.

Sememangnya Andalusia terkeluar daripada arus perdana remaja masa kini dan tidak hairanlah kalau lagu tersebut tidak diletakkan dalam kategori popular.

Juara Lagu '99 yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) malam kelmarin mengemukakan pencipta-pencipta hebat menerusi kategori irama Malaysia, pop rock dan balada.

Selain M. Nasir, antara yang disebut-sebut menjuarai pertandingan ini ialah Suhaimi Mohd Zain menerusi lagu Dondang Dendang nyanyian Noraniza Idris dan Hati Kama (Siti Nurhaliza dan Noraniza).

Namun bagi M. Nasir dengan percubaannya menyelitkan irama rancak yang diadun dengan unsur muzik Arab dalam Andalusia memberi keunikan pada lagu ini.

Ini bukanlah kali pertama percubaan M. Nasir untuk keluar daripada arus perdana muzik tempatan kerana sebelum ini dia pernah mengadunkan beberapa muzik etnik negara ini menerusi Tanya Sama Hud Hud.

Mengenai kemenangan ini, M Nasir menganggap sebagai rezeki anak-anak yang banyak memberi ilham dan kekuatan kepadanya untuk melahirkan karya-karya yang baik.

''Saya juga dedikasikan lagu ini kepada arwah isteri saya,'' kata M. Nasir.

Kemenangan dalam pertandingan itu melayakkan M. Nasir menerima hadiah wang tunai RM37,000, trofi dan sijil penghargaan.

Namun kemenangan kali ini cukup bermakna kepada M. Nasir kerana saingan daripada komposer lain cukup sengit.

''Saya hanya berharap untuk muncul sebagai juara kategori pop rock sahaja tetapi tidak disangka-sangka menang juara keseluruhan.'' jelasnya.

Tetapi bagi M. Nasir, tujuan dia mencipta lagu bukan untuk dipertandingkan sebaliknya sebagai menifestasi seni dengan gaya tersendiri.

''Saya cipta muzik untuk seni dan diketengahkan supaya diterima oleh pendengar. Saya bersyukur kerana dalam banyak rentak muzik yang diketengahkan, irama saya turut mendapat pengiktirafan,'' jelasnya.

Kemenangan Andalusia juga telah mengembalikan Juara Lagu kepada lagu bernada pop setelah dua tahun berturut-turut dimonopoli oleh irama Malaysia menerusi Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir) dan Cindai (Suhaimi Mohd Zain).

M. Nasir juga mengucapkan tahniah kepada penyanyi Jamal Abdillah yang menyanyikan lagu Samrah Mentari ciptaan Suhaimi yang disifatkannya telah memberikan persembahan terbaik.

Bagaimanapun lagu Samrah Mentari tidak memenangi sebarang anugerah dalam pertandi-ngan ini.

Sementara itu pemenang kategori irama Malaysia, Shuhaimi Mohd. Zain tidak menyangka memperoleh kemenangan melalui lagu Hati Kama.

''Saya lebih menaruh harapan kepada lagu Samrah Mentari nyanyian Jamal Abdillah untuk menang,'' jelasnya pada sidang akhbar selepas pertandingan itu.

Menurut Suhaimi, lagu Hati Kama menjuarai kategori irama Malaysia, dia merasakan tidak ada harapan untuk bersaing dengan lagu Andalusia yang sudah diumumkan sebagai juara pop rock.

''Pada saya, Samrah Mentari adalah saingan terdekat lagu, Andalusia. Apabila lagu Hati Kama yang diumumkan, awal-awal lagi saya sudah jangka Juara Lagu '99 kali ini bukan lagi milik saya,'' jelasnya.

Noraniza yang memenangi kategori Persembahan Terbaik menganggap persiapannya untuk menyanyikan lagu Dondang Dendang memberikan hasil yang membanggakan.

Persembahan yang berciri kesenian tradisi dengan iringan penari-penari dari Badan Kesenian Negeri Johor ini turut menampilkan irama rodat yang menjadi kebanggaan masyarakat di Terengganu.

Lagu lain yang turut bertanding di Juara Lagu '99 ialah Istimewa (KRU), Satu Cinta Dua Jiwa (Azlan Abu Hassan/Ishak Ahmad), Jendela Hati (Fauzi Marzuki/Habsah Hassan), Hanya Satu (Johan Nawawi), Syurga Di Hati Kita (Ly/Baiduri) dan Aku tetap Aku (Lan Laga/Amran Omar) dan Dondang Mustika (Siso).

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Sabtu, November 13, 1999

Awie lakukan kesilapan besar - M.Nasir

petikan Utusan Malaysia 13 November 1999

GARA-gara penarikan diri penyanyi Awie pada saat-saat akhir, dua buah lagu M. Nasir tidak dapat dipertandingkan ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik yang bermula 15 November ini. Dua buah lagu itu ialah Nurnilam Sari dan Bayangan Baiduri.

M. Nasir yang ditemui pada sidang media Muzik-Muzik peringkat separuh akhir baru-baru ini, berkata, secara profesional, dia merasakan Awie telah melakukan satu kesilapan besar kerana menarik diri daripada pertandingan itu.

Katanya lagi, walaupun Search telah berpecah, itu bukan satu masalah kepada Awie. Sekalipun M. Nasir tidak meluahkan kekecewaannya secara terbuka, tetapi pada nada suaranya ternyata komposer sensasi itu begitu terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Awie.

Lagu Nurnilam Sari adalah lagu istimewa ciptaan komposer itu yang dicipta khusus untuk anak perempuan tunggalnya Nurnilam Sari sebelum kematian isterinya, Allahyarham Junainah Johari. Bagaimanapun, M. Nasir memberitahu, dia tidak bertanyakan soal itu secara berdepan dengan Awie sekalipun dia dalam proses menerbitkan album penyanyi itu.

Katanya, dia menyerahkan perkara itu kepada syarikat rakaman BMG. Sementara itu, Timbalan Pengurus Hiburan TV3, Tan Guat Eyu berkata, pihaknya akan mempertimbangkan penyertaan Awie dalam Muzik Muzik pada masa depan.

Muzik-Muzik alaf baru pada tahun depan akan menampilkan Ning Baizura dan Benjy sebagai pengacara dan memperkenalkan kategori Irama Malaysia yang ditukarkan kepada Etnik Kreatif.

Pada sidang media itu juga, tiga buah lagu Siti Nurhaliza terpilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik menerusi semua kategori yang dipertandingkan.

Tiga lagu tersebut ialah Purnama Merindu yang dipertandingkan dalam kategori Balada, Satu Cinta Dua Jiwa dalam kategori Pop Rock dan lagu duet bersama Noraniza Idris dalam kategori Irama Malaysia.

Selain Siti, dua lagu Ziana Zain juga dicalonkan bagi dua kategori iaitu Syurga Di Hati Kita (Balada) dan Ada Suara Ada Cinta bagi kategori Pop Rock.

Pertandingan Muzik-Muzik separuh akhir kali ni menyaksikan persaingan sengit dalam setiap kategori. Sebanyak 10 lagu layak memasuki peringkat separuh akhir bagi muzik-muzik terakhir abad ini.

Bagi kategori Balada lagu yang layak ke pertandingan separuh akhir ialah Aku Cinta Aku Rindu, Cinta Tersimpul Rapi, Mentari Muncul Lagi, Andai Kau Pergi, Kuidamkan Rindu, Hanya Satu, Aku Tetap Aku dan Di Rantai Digelangi Rindu.

Kategori Pop Rock pula menyaksikan persaingan antara lagu Biso Bonar, Satu Cinta Dua Jiwa, Andalusia, Jendela Hati, Semangat Perjuangan Harmoni, Istimewa, Mana Satu, Jika Kau Tak Kucinta dan Pesanan Buat Kekasih.

Sementara itu, lagu kategori Irama Malaysia pula ialah Dondang Dendang, Samrah Mentari, Zikir Kasih, Harapkan Kekasih Kekasih Pula Menyisih, Dondang Mustika, Ghazal Asmara, Antara Kasih Sayang dan Cinta, Mutiara Rindu dan Kota.

Oleh: NORASHIKIN HASSAN

Jumaat, September 10, 1999

M. Nasir menyanyi gaya sendiri

petikan Utusan Malaysia 10 September 1999

"Saya mahu menyanyikan lagu saya mengikut kesukaan dengan gaya saya sendiri. Sebelum ini orang lain nyanyikan, sekarang dengar saya menyanyi pula,'' kata M Nasir mengenai album kompilasinya, Srikandi Cintaku.

Album kompilasi ini ternyata agak unik kerana ia tidak sekadar merakamkan semula tetapi memberi penghayatan, gaya dan semangat yang baru pada lagu yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi lain.

M Nasir memberikan warna yang baru terhadap lagu-lagu ciptaannya. Kerana setiap penyanyi mempunyai gaya nyanyian yang berbeza, keunikan album ini ialah lagu lama dengan gaya yang baru.

Bagi seorang pencipta lagu, sesebuah karya yang dihasilkan selalunya dipengaruhi oleh pengamatan atau pengalaman sendiri yang diolah secara kreatif ke dalam lagu.

Karya yang bercerita tentang kehidupan kebanyakkannya diangkat secara kreatif daripada kisah benar yang berkait rapat dengan perjalanan hidup mereka sendiri.

Memandangkan setiap karyanya mempunyai kenangan tersendiri, M. Nasir memilih merakamkan semula lagu-lagu yang diciptanya semenjak 20 tahun bergiat dalam bidang muzik.

Tidak ada siapa yang dapat menafikan bahawa karya-karya lagu M. Nasir banyak memberi impak kepada industri muzik tempatan sebelum ini.

Malah M Nasir menjadi salah satu faktor popularnya artis seperti Allycats, Search dan Awie yang banyak bersandarkan kepada lagu-lagu ciptaannya.

Lalu tidak hairan kalau M.Nasir kepada sebahagian besar aktivis seni tempatan adalah idola yang dapat memberi rangsangan ke arah melahirkan karya berkonsep kejiwaan.

Karya-karya lagu M. Nasir dihimpunkan di dalam sebuah album kompilasi ini menjurus kepada lagu-lagu yang bertema kasih sayang dan percintaan.

Antara lagunya ialah Meniti Titian Usang, Cinta Sepi, Berikan Nurbisa, Layang-Layang Terputus Talinya, Kerana, Dari Kekasih Untuk Kekasih, Srikandi Cintaku dan Nur Nilam Sari.

Lebih menarik lagi apabila lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini dirakam semula dengan susunan muzik dan gaya penyampaian yang baru oleh M. Nasir. Lagu Kerana yang pernah dipopularkan oleh Allycats kini dinyanyikan semula dalam rentak reggae sementara lagu Kau Ratnaku menjurus kepada rentak soul.

Lagu Srikandi Cintaku yang sebelum ini dipopularkan oleh Bloodshed diubah kepada rentak keroncong yang lebih lembut dan perlahan.

"Srikandi Cintaku banyak meninggalkan kenangan kepada diri saya selain Nur Nilam Sari yang merupakan lagu paling istimewa,'' kata M Nasir.

"Saya memilih untuk menyanyikan dalam rentak keroncong kerana mahu pendengar melakukan penghayatan yang lebih serius kepada muzik itu,'' jelas M. Nasir lagi.

Malah menurut M. Nasir, lagu-lagu di dalam album ini melalui sesi pemilihan yang teliti sebelum dirakamkan semula.

"Kesemua lagu-lagu yang dihimpunkan di dalam album mempunyai kisah-kisah yang tersendiri,'' jelasnya lagi.

Sabtu, Ogos 21, 1999

M. Nasir muzik tempatan bercelaru

petikan Utusan Malaysia 21 Ogos 1999

Tetapi banyak pencipta sekarang memilih pendekatan popular, stereotaip dan mendayu-dayu kerana lagu begini diminati ramai.

Wartawan Utusan Tengku Khalidah Tengku Bidin menyingkap pemikiran M. Nasir mengenai elemen popular yang menjadikan lagu tempatan kacau dan bercelaru.

Soalan: Apa komen saudara terhadap kecenderungan melampau mencipta lagu-lagu berelemen popular?

M. Nasir: Kalau melampau, ia membuatkan nilai sesebuah karya tidak kelihatan mahal. Tidak berharga. Populariti tanpa elemen yang menyentuh jiwa tidak akan membuatkan sesebuah lagu dipandang hebat.

Soalan: Tetapi ada pendapat mengatakan karya popular memenuhi tuntutan pendengar?

M. Nasir: Kalau sikit-sikit tidak menjadi hal. Tetapi masalahnya terlalu banyak. Masing-masing berebut nak buat benda yang sama. Mak saya kata lagu meleleh. Sesekali tak apa. Tetapi sekarang sudah terlampau banyak. Saya tidak kata lagu saya paling baik tetapi saya cuba untuk memberikan nilai kejiwaan supaya orang boleh berfikir.

Soalan: Apakah ini berkaitan dengan mentaliti masyarakat yang cenderung kepada lagu-lagu sedemikian?

M. Nasir: Memang ada. Masih ada di antara kita yang berfahaman lama. Tahun 70 atau 80-an karyawan pun macam itu. Tetapi ini tidak bermakna karyawan dipersalahakan seratus peratus. Sebenarnya masyarakat sendiri tidak sukakan perubahan yang ketara. Ini menyebabkan karyawan keliru di dalam membuat perubahan.

Soalan: Sejauh mana seniman kita bersedia menghadapi alaf baru?

M. Nasir: Alaf baru? Apa itu alaf baru? Tak ada apa-apa. Muzik kita masih di tahap lama juga. Tidak banyak berubah walaupun di luar sana orang sibuk bercakap tentang macam-macam.

Soalan: Maksud saya daripada gambaran senario muzik yang ada sekarang?

M. Nasir: Muzik kita masih berada di takuk lama. Macam 80-an. Tidak ada perubahan. Jauh sekali untuk mewakili zaman siber.

Soalan: Bermakna artis kita belum bersedia?

M. Nasir: Bukan tidak bersedia tetapi kita masih mencari penyanyi yang boleh mewakili zaman. Kalau ada yang boleh, apa salahnya. Saya sendiri mencari. Siapa yang boleh mewakili semua zaman. Yang penting ialah kita perlu melatih dan belajar supaya rohani dan minda bercakap benda yang sama. Jangan mulut kata lain, buat lain.

Soalan: Apa aliran muzik yang boleh dibanggakan pada dekad 90-an?

M. Nasir: Tidak ada apa-apa aliran utama. Industri muzik tempatan sekarang bercelaru. Kita boleh mengambil apa sahaja aliran popular dari Barat. Dari luar. Media inilah yang mempengaruhi minda remaja kita. Nasyid popular, irama Malaysia juga popular. Tetapi ia belum boleh dikatakan berada di tahap aliran. Keadaan ini berbeza dengan tahun-tahun 80-an. Ketika itu muzik rock begitu terpengaruh. Itu aliran dekad 80-an.

Soalan: Berapa lama seseorang artis tempatan boleh bertahan?

M. Nasir: Lima tahun sahaja. Tak boleh lebih dari itu.

Soalan: Kenapa saudara kata begitu?

M. Nasir: Ia ibarat satu bungkusan yang menarik. Jika cantik bungkusannya, ia akan menarik perhatian orang untuk membeli. Tetapi harus diingat, akan muncul orang lain dengan gaya dan bungkusan yang lebih cantik selepas itu. Selepas lima tahun dia perlu mencari alternatif lain supaya terus kelihatan cantik.

Soalan: Maksud saudara ini termasuk artis popular Siti Nurhaliza dan Ziana Zain?

M. Nasir: Itu tak boleh nak cakaplah (sambil tersenyum).

Soalan: Apa perbezaan suasana berkarya saudara setelah kehilangan orang yang disayangi?

M. Nasir: (Terdiam seketika sambil jari-jemari menyurai rambut dan mengusap muka) Tak banyak berubah. Siapa yang menguruskan Luncai Emas? Urusan pejabat dibuat oleh adik saya, Keon dan isterinya Jenny.

Soalan: Orang kata yang patah akan tumbuh, hilang akan berganti.

M. Nasir: (Ketawa kemudian serius) Ada nak rekomenkan sesiapa?

Soalan: Barangkali anak-anak banyak memberi semangat untuk terus berkarya?

M. Nasir: Ya....(sambil mengalih pandangan ke arah anak bongsu, Nur Nilam Sari).

Jumaat, Julai 30, 1999

M Nasir on Location in FRIM KEPONG


M Nasir on Location in FRIM KEPONG , for a TV Program .......July 1999
picture taken from this site

Isnin, Mac 15, 1999

M.Nasir Pelopor Muzik Melayu Moden

petikan ROTTW Mac 1999 Vol 29
temu ramah oleh Slii, Nizam Taufik.

Mungkin segelintir sahaja yang bersetuju dengan pendapat ini. Namun apa yang pasti M. Nasir insan seni terpenting dalam perkembangan muzik di Malaysia dekad ini. Setiap perkara yang dibuat olehnya pasti akan mendapat perhatian ramai. Jika ada yang masih belum mengenali dirinya bak kata M.Nasir itu sendiri "Dah ketinggalan zaman!" Ikutilah bagaimana 4 orang wartawan kami cuba untuk menangani M. Nasir yang bertempat di Luncai Emas. Diharap terhibur.



ROTTW: Pertama sekali boleh tak abang Nasir ceritakan serba sedikit tentang perkembangan album terbaru abang ketika ini.
M. NASIR: Nak cerita? Boleh. Pasal apa?

ROTTW: Perkembangan? Dah siap ke belum?
M.` NASIR: Belum siap.

ROTTW: Berapa banyak lagu yang abang buat?
M. NASIR: Banyak. Tapi tak tahu lah. emm...dalam 10 lagu., Tapi beginilah, itu terpulang kepada `record company'. Kita punya idea adalah untuk keluarkan banyak lagu. Lagu lagu yang dipilih daripada lagu-lagu lama yang penyanyi lain nyanyi dan kita nak buat (mengerutkan dahinya) mungkin dalam 20 buah lagu. Jadi dalam 10 lagu tu dalam rancangannya lagu baru dan dalam bentuk sekarang; aliran sekarang. Tetapi yang dulu tu kita cuma nyanyi balik dalam bentuk dan gubahan baru.

ROTTW: Kiranya lagu abang ini 'tribute' kepada penyanyi-penyanyi lama tetapi di dalam bentuk dan cara abang sendiri.
M. NASIR: Ya.

ROTTW::° Macam lagu yang saya baca dari Koran, Untuk
Sahabat seperti Walid, Dalam, I Have No Name dan Senandung Melayuku. Boleh tak ceritakan sedikit?
M. NASIR: Walid? Mahaha.:.(ketawa) Kalau ikut bahasa; arab `bapak'. Lagu tu lagu Inggeris tapi ada perkataan walid dalam tu. Bentuk dia bentuk M. Nasir. Ada pengaruh; arab tapi muzik moden.

ROTTW : Bagaimana dengan penggunaan alat muziknya.
M. NASIR: Penggunaan alat muzik? Instrumentasinya ....' emmm....macam biasa yang saya buat.... apa yang perlu.

ROTTW : Kiranya tak ada perubahan dengan album koleksi.?
M. NASIR: Nak baru macam mana tu?

ROTTW : Perubahan yang sama seperti Kias Fansuri, Andalusia.
M.NASIR: Sebenarnya dalam masa yang sama kita buat tu. Mereka (entah siapa) ambil daripada album yang tengah dibuat tu ....dibuat `compilation. Jadi macam untuk `preview' album akan datang.

ROTTW : Benarkah keempat lagu ini akan diedarkan secara 'single'.
M.Nasir : Tak tentu lagi

ROTTW: Perancangan mungkin…(menyampuk)
M NASIR: Ya Lagu ini didesign untuk…...kononnya cuba untuk pasaran antarabangsa. Tapi kita masih menanti jawapan dari boss besar BMG. Dia nak datang sini bulan depan. Dia dah dengar dan kata ada 'potential', Tapi selalu gitulah ada ke tak kan? Dia dah tahu macam mana kita nak bawak benda ni. Itu saja.

ROTTW : Bred Parker (komposer dari USA) tu bertindak sebagai apa?
M:NASIR: Bred Parker tu kawan saya. Dia tolong-tolong. Kita dulu pergi dekat Bali. Berjumpa dekat sana, Dulu kan ada pertemuan dengan komposer-komposer satu dunia ni? (cuba mendapat kepastian daripada wartawan) Jumpa kat sanalah! Dia rasa dia boleh buat kerja saya.

ROTTW: Apa yang menarik tentang Bred Parker bang?
M. NASIR: Apa yang menarik? Dia yang menarik. hahaha (ketawa) Dia yang tarik saya. (Serius semula) Takdelah dia understanding.

ROTTW: Dalam petikan yang saya baca dalam koran … (belum sempat menghabiskan soalan M. Nasir pun mencelah).
M. NASIR: Tapi Bred Parker tu kira-kiranya dia ni, sahabat baiklah. Maksudnya dia cuba untuk buat lagu yang boleh difahami oleh manusia barat mahupun manusia internasional. Dia bantu. Tetapi secara keseluruhan lagu tu saya buat.

ROTTW: Apakah penggunaan Bret Parker ini satu strategi pasaran?
M.NASIR: Tak de. Cuma dia bawa kita ke pahaman dia tu. Dia faham macam mana satu orang putih suka...emm:..yang mana satu dan kita cuba “design”… Yang mana satu kita kena buang dan yang mana satu kena kekalkan dan dia faham benda itu. Jadi dia penting juga untuk itu. Dia bukan nak buat lagu orang putih. Dia nak buat lagu Melayu tapi nak kasi orang putih paham.... Apa tadi? (bertanya kembali kepada wartawan)

ROTTW : Ni pasal petikan dari kenyataan abang di bengkel 'Bicara karya; iaitu , "seorang itu tidak boleh lokek mengeluarkan melodi dan perlu mempunyai ilmu dalam muzik untuk membolehkan pencipta memahami semua jenis muzik” Jadi apakah pemahaman abang terhadap jenis-jenis muzik atau genre ini?
M.Nasir : Yang mana satu?

ROTTW: Kalau boleh satu-satu.
M.NASIR: Okey kita mula dengan blues. (Berfikir seketika)
Secara asasnya ,muzik itu melodi atau 'line' ataupun lenggok dia:...Kalau kita dengar lenggok tu kita dah tahu dah.. itu lenggok mana. Kalau ikut cakap Melayu `air' dia ke apa dia panggil. Kalau blues, secara teknikalnya dia mesti ada notenya. Kita tahu "Ahh! ...itu blues punya note". Beberapa note yang menyebabkan ia blues. Kalau tak ada note tu takdelah blues. Betul tak? Pentatonic note umpamanya walaupun tu lagu cina .... (menggaru dahinya) ada pentatonik scale tapi ia bukan blues. Tapi `bending'nya itu. Blues itu ada not. Mungkin ada 3 atau 4 not yang menjadikannya blues tetapi dia ada `bendingnya. Macam "taeededudedu" (membunyikan mulutnya) agak-agak macam itu kan. Ahhh! Note yang dibengkokkan itu yang. menjadikan dia blues. Blues secara teknikalnya. Dari Kejiwaan pula dia memang datang dan dinyanyikan oleh orang-orang negro dahulu. Hamba-hamba yang berkerja di kota Bridge. Kemudian masuk ke gereja dan berkembang dari scale itu kepada lagu gospel dan sebagainya. Akhirnya menjadikannya rock kan? Jadi kita kena faham tu. Secara asasnya 'the line' itu yang penting. Ada bebagai-bagai line lagi. Kita boleh tahu. Tapi sudu blues pun ada. ...macam orang cuba cuba tiru, blues juga. Kita boleh cuba buat blues tapi bukan blues yang murni kan? Lagi lagu ... muzik apa lagi?

ROTTW : jazz ?
M.NASIR : Jazz itu adalah pecahan daripada blues. Semuanya asal dari blues. Tapi blues itu sendiri pancuran dari Eropah dengan muzik Afrika. Kombinasi muzik Afrika Timur termasuklah muzik arab dan sebagainya...dan jika kita dengar pure muzik afrika ...dia teddltededatedadede...(membunyikan mulutnya sekali lagi) Bunyinya gitukan? Teknikalnya dia bunyi macam tu. Kalau kita dengar blues, lain. Kalau kita pulak cakap tentang teknikal ni susah sebab kena tulis note. Kemudian, mungkin pada zaman hamba-hamba itu pengaruh arab memang sudah ada di Afrika timur mungkin orang putih bawak orang orang:ni. "Kan macam Kunta Kinte tu? Kan dia ada pengaruh arab dan orang Islam?. Jadi pengaruh arab dah ada dalam muzik `blues'. Hamba-hamba yang diambil itu kebanyakanya orang Islam. Jadi bila orang Islam, dia mesti ada pengaruh arab macam orang Nigeria umpamanya. Pengaruh arab itu ada, pengaruh spanish tu dah ada. Bila di bawa ke Amerika pengaruh folk eropah dengan instrumen seperti violin, accordian, gitar dan sebagainya terutamanya violin di kombinasikan manjadikannya blues. Secara spirtualnya orang-orang nyanyi kerana keadaan hamba itu. Jadi blues ini satu bentuk ekspresi diri dan sebab itu dipanggil blues. "I'm feeling blue". Hahahaha ~ ketawa) mungkin gitulah tapi ia satu bentuk ekspresi hamba-hamba ketika itu. sebelum itu ada folk muzik dari Irish, England. Jadi percampuran lagu England dan muzik Gellik....orang bangsa Irish Wells Scotish semua.... (secara tiba-tiba bertanya). Baca komik astrix tak? Haahahaha (ketawa seketika sebelum menyambung semula ceritanya). Muzik blues tak ada di Afrika tapi dari segi feelnya, ada. Begitu juga dengan raggae. Raggae itu mesti ada blues. Tapi rhythm itu yang menjadikannya raggae. Secara ringkasnya ia adalah muzik jalanan. Orang miskin yang tak ada instrumen. la adalah `dance' muzik yang boleh ditarikan dan orang negro dan hamba ini, bila dia penat, nak `enjoy' dia buat majlis dan menari.

ROTTW. Bagaimana pula dengan perkembangan muzik di Malaysia?
M, NASIR: Muzik itu secara keseluruhannya memang dipengaruhi oleh muzik arab. Imej arab itu kuat. Imej arab itu memang boleh sebab ia diselitkan dengan spanish muzik .Memang. Sebab asalnya, semua datang dari satu tempat. Itu zaman 30-an dengan 40-an. Bila masuk zaman 50-an semuanya masih lagi kuat. Sebenarnya sampai sekarang muzik latin ini kuat sekali dan sudah sebati dengan muzik orang Melayu. Apa yang kita dengar selalu dalam radio tu sebenarnya kebanyakan 80% adalah latin. Latin melodi, latin ballad, latin rhythm. R&B' tu pun ada latin juga. Jadi bila zaman 60-an itu datang zaman pop yeh yeh, Beatles, Rolling Stone dan semua ini. Revolusi pop yang dipelopori oleh.... emmm.... orang negro juga. Orang negro yang menghasilkan rock daripada blues macam Chuck Berry. Dulu dia tak jadi pop bila orang negro nyanyi. Jadi bila Elvis nyanyi, Aaa! pasal dia orang putih terus jadi rock n roll sama macam; Bob Dylon. Jadi bila sudah popular kita pun ambil dengan pakaiannya, jeans ketat. Ala.,.macam mat kapak lah gitu (cuba membuat kelakar sekali lagi). Di England budak-budak memang gilakan Elvis dan tiru Elvis. Bila Elvis dah hilang 'terer' timbullah `group' macam... Beatles. Jadi dia tirulah Beatles. Siap dengan loghat-longhat dengan feel lagu inggeris tapi beza sedikit. Dia ada campuran folk daripada England dan Hindusection punya muzik. Macam tadi Gellic punya muzik ada campur dengan hinduseation punya muzik, Tau tak lagu macam Greensleves?...Nananana (cuba mendendangkan lagu itu) Haaa! Itu lagu lagu folk dialah. Alah....: (Tiba-tiba meninggikan suaranya) banyak lagu-lagu Metailica tiru stail macam gitu. Pengaruh itu pergi dekat kita.

ROTTW: (mungkin kerana terkejut terus bertanya) Itu yang jadi zaman 60-an tu?
M.Nasir: Ya. Tapi secara asasnya sound daripada 4 atau 3 piece band. Drum. Bass, Gitar. Jadi dia tirulah. Tapi lagu folk itu masih ada lagi macam `group-group gambus dan ghazal bukan? Tapi orang-orang tua yang main. Budak-budak muda dah mula main muzik barat.Muzik pop. Kalau sekarang panggil pop yeh yeh. Tetapi dia tidak begitu Inggeris, pasal ada elemen macam A Ramlee, Jeffry Din.:.... menyanyi cara Melayu dengan lenggok arab dan lenggok asli itu masih ada. Walaupun rhythmnya itu rhythm rock `n' roll. Rhythm `musty' beat ke apa? (cuba membuat kelakar The Beatles). Musty beat ini datangnya dari Liverpool. Emm.... The Beatles lah kan? Lepas tu masuklah zaman heavy metal. Betul? Penghujung kepada zaman 60-an dan pop yeh yeh. Tetapi orang di sini tidak buat `recording'. Orang cuma beli album heavy metal ni daripada orang putih. Tapi muzik Melayu tetap ada. Tapi kebanyakannya muzik pop umpamanya, macam dulu ada group nama Nightwalker kan? Sebelum Black Dog Bone ada Nightwalker dahulu. Kemudian penyanyi solo pop lagi banyak. Aaaa! pada tahun 70-an. Mereka nyanyikan lagu pengaruh barat, india arab dan semua sekali.

ROTTW : Dia juga ada unsur funk atau funky (merujuk pada muzik 70-an).
M.NASIR: Aaaa!... (bersetuju dengan pendapat wartawan). Dia ada unsur funk. Disco. Lagi satu heavy metal masa itu ada pengaruh dengan Vietnam. Jadi ada kena mengena dengan protes. Jadi zaman tu zaman protes. Orang Melayu tak tahu nak protes apa. Jadi ikut ajelah `mood' protes

ROTTW : Bermula dengan Jimi Hendrix Deep Purple...?
M. NASIR: Ya' bermula dengan Jimi Hendrix, Pink Floyd, Cream kemudian Deep Purple. Pilihlah mana satu pun, soundnya sudah menjadi berat. Melayu pun ikut juga. Tapi tak buat `recording'. Tahun 70-an, group heavy metal ini tak buat 'recording' pasal producer masa tu semuanya tua-tua. Jadi faham tak? Producer tua! (semua ketawa kecil). Jadi mereka ambil penyanyi-penyanyi yang ada imej. Mereka takut jika sound itu di'distorted'kan. Mereka takut amp diaorang pecah. Hahaha? (ketawa besar kali ini) Padahal itu ' Yang kita nak kan?

ROTTW : Takut masa itu mahal kut? (cuba bergurau)
M. NASIR: Hahaha! (ketawa) Mungkin? Kebanyakan producer...emmm yang `standard'lah. Yang selamatlah. (Secara sinisnya berkata) Semua nama dia Selamat. Semua knot dia yang tulis. Dah tulis cukup, bagi dia ni main. Perkembangannya memang begitu. Raut wajah serius kembali) Bila penghujung tahun 70-an, barulah Sweet Charity ada buat `recording'. Baru ada hard rock sedikit. Bukannya dipanggil heavy metal tetapi ada unsur-unsur berat. Tetapi sebenarnya muzik rock itu dah habis. Di barat dah habis. Di barat dah tak ada.

ROTTW: Di situ juga Kembara mula keluar kan bang ?(cuba mendapat kepastian)
M. NASIR: Itu awal 80-an. Muzik itu pun dah habis. 70-an dah habis (meninggikan nadanya sedikit). Kembara keluar pun daripada pengaruh-pengaruh muzik `southern'. Di barat tu ada muzik yang dipanggilnya `southern'. Bila cakap southern tu, dekat Texaslah gitu. Aaaaa! `south' ni orang-orang koboi punya muzik. Jadi muzik koboi ini; ada bunyinya yang tersendiri. Kebanyakannya dia (southern muzik) ada memakai banyak slide gitar. Kemudian ada country `mood'. Walaupun ia rock. Jadi berbagai jenis muzik yang berlaku di barat itu. Hard rock, acid rock dan macam macam punya rock. Dalam aliran rock itu ada macam-macam. England keluarkan macam-macam rock. Paling inovatif dan kreatif mereka nilah Melayu tak dapat. Melayu cuma ada Sweet Charity sahaja dengan Black Dog Bone dan Carefree. Hahaha..(ketawa lagi). Semua main muzik yang kita tiru, Tapi untuk kita dah cukuplah tu. Di Indonesia, juga masih tiru. Hard rock dan jazzlah konon. Tapi Indonesia staillah kan, Menjadi kebanggaan kita kononnya berkata "lu ingat, lu sorang boleh buat ke?": Tapi bila orang putih tengok mesti mereka rasa kelakar punya. Kalau muzik itu muzik mereka sendiri (orang Melayu), mereka (orang putih) tak akan terasa kelakar. Walaubagaimanapun benda ini takkan kemana. Rasa macam berlakon. Tak betul betul. Entahlah susah nak cakap. Itu 70-an. Masuk 80-an masuk pula new rock glam rock. Walaupun muziknya didengar ada elemen hard rock dan metal seperti Black Sabbath. Kemudian barulah rock `scene' di Malaysia naik. Tapi pada masa yang sama masih ada penyanyi-penyanyi solo yang menyanyikan lagu pop yang ala 70-an. Masih banyak lagi sampai sekarang pun masih ada lagi. Lagu yang selalu yang kita dengar kat radio tu kan? Orang panggil lagu Selamat. Sebab Selamat yang buat (cuba bergurau). Jadi sampai sekarang pun M. Nasir masih ada lagi. Hahahaha!.... (mungkin kerana tak dapat menahan gurauannya sebentar tadi). Jadi perubahan dari tahun 90, saya mula dengan album solo dengan stail saya sendiri. Suatu muzik yang umpama fusion. Antara barat dan timur. Bagi namakan muzik itu, nusantara seumpamanya. Manan panggil balada nusantara. Pakej dengan pakaiannya sekali. Hahaha!...(ketawa). Pakaian batik dia tu? Hahaha (ketawa lagi). Sampai tahun 95 je sebab yang buat cuma saya, dan Manan. Hahaha.... (ketawa lagi).

ROTTW (dalam hati berkata, "boleh tahan juga M. Nasir ni").

M. NASIR: Lepas tu.... (menyambung semula perbualannya) Zainal, dengan karyanya ala Paul Simon ala Sting. Real World punya pengaruh. Real` World ini adalah sebuah syarikat rakaman yang dipelopori oleh Peter Gabriel. Dia memang pakar dengan world muzik atau world beat ini. Jadi Zainal membawa perubahan itu ke dalam muzik Malaysia ini dan masih meneruskannya hingga sekarang. Pada masa yang sama masih ada penyanyi-penyanyi pop hinggalah sekarang. Kemudian dangdut naik balik. Pada.tahun 80-an dia popular sekejap, lepas tu dia mati. Tapi sekarang, dia naik balik. Dia naik balik tapi dah kurang balik. (Secara tiba-tiba menegur) "Hah! kau tanya pasal pekembangan tadikan ?"(seolah-olah bertanya kepada wartawan samada berpuashati dengan jawapan yang telah diberikan).

ROTTW : Kalau dilihat kepada perkembangan muzik sebagai contoh kita ambil Sweet Charity dan Search. Dilihat Search telah mendahului Sweet Charity walaupun pada dasarnya Sweet Charitylah yang memulakan rock di Malaysia. Bagaimana situasi ini boleh berlaku?
M. NASIR: Kena pada masa, kena pada tempat. Sebenarnya, bukan pasal apa dalam industri muzik, dia bukan kerana muzik itu sangat. Ini kita mesti hendak tahu. Satu hal yang penting iaitu artis itu sendiri. Artis itu memainkan peranan besar untuk membuat perubahan. lmejnya di situ. Imej artis itu. Padahal muzik Sweet Charity itu rock juga. Muzik Search dan Lefthanded rock juga. Lefthanded adalah pecahan sound daripada Sweet Charity. Tetapi Sweet Charity makin menurun. Tetapi kenapa Lefthanded makin naik? Ini kerana orang bukan melihat muzik itu sanqat. Imej penyanyi itu. Lagipun Sweet Charity, mereka ni 70an punya metalkan? (Sambil begurau berkata) Itu mana-mana langsir kena sembunyikan tu. Jangan bagi mereka nampak. Nampak je siap. Dia buat seluar, buat baju. Hahahaaha (kami ketawa bersama).

ROTTW: Jadi kita hanya meniru sahaja?
M. NASIR: Memang.

ROTTW : Jadi bagaimana kita hendak....
(sekali lagi M.Nasir memintas soalan)
M. NASIR: Sekarang? Perbincangan ini sentiasa ada...

ROTTW : (Mungkin rasa tercabar terus mencelah) Satu isu yang tak akan habis diperbincangkan?
M, NASiR: Ya, Satu isu yang tak' habis-habis. Entah memang susah, Satu dunia pun. Orang putih pun meniru juga. Macam orang Jepun pun macam ni juga...

ROTTW : Menghadapi masalah yang sama?
M. NASIR: Ya, Masalah yang sama. Tak tahu kenapa? Apa fenomena yang berlaku. Memang kita ini semua hilang dan tak ada originaliti, Hilang. Meniru sahaja.Rap datang, rap kita tiru. Sekarang hip hop. Tiru juga. Tak adalah kita bawa ke sana. Mereka punya kita bawa ke sini. Mana yang buruk-buruk pun bawa ke sini. Group tak laku pun bawa ke sini. Jadi yang popularnya orang putih. Orang putih kan lawa! Dekat sana mana ada orang kisah. Micheal Learns To Rock tu orang dah tak layan dah. Lagu macam tu dah ketinggalan zaman (mengeluarkan kata-kata hikmahnya). Itu zaman 70-an punya muzik pop. Kita ni orang Melayu mulia-muliakan. Entahlah. Tak faham saya dengan mentaliti orang kita ni.

ROTTW : Bila kita mampu membawa lagu kita keluar?
M. NASIR : Susah. Macam mimpi. Kalau jadi...macam satu fenomenalah. Hahaa (Ketawa). Kemudian fenomena lagu` nasyid umpamanya (entah' kenapa cuba mengubah topik). Perkembangan juga. Tapi merosot sedikitkan? Kerana benda tu tidak betul-betul `asli': Sekarang dah balik kembali kepada muzik tradisi pop. Ini pun mungkin . sementara. Tetapi orang minat. Orang memang masih hauskan muzik yang `kita punya'. Inilan kebagusan muzik ini. Ia ada ciri-ciri kita. Tapi, budak-budak rock kita tak nyanyi. Rock tetap rock, macam budak trash, Aaaaa! (seolah-olah teringatkan
sesuatu) jadi berbalik kepada perkembangan muzik kita....lepas heavy metalkan?

ROTTW : (dalam hati tuhan sahaja yang tahu)
M. NASIR: Orang sudah bosan dengan sound heavy metal tu dan hendakkan heavy metal lagi. Speed metal. Doom. Rock bangga dengan perubahan itu, Kalau boleh nak main lagu Metallica trash ke apa ke...Tapi kalau sendiri punya. Tak ada. Ada orang nak main trash tapi tahu dia tak boleh nyanyi (sunyi seketika kemudian menyambung). Sebab `voice box' kita tak sama dengan orang putih . Kurang bass. Jadi nyanyilah lagu apa pun mesti jadi lembut. Pengaruh? (rupa-rupanva menyambung semula persoalan yang tergendala tadi). Apa sahaja kehidupan kita di Malaysia ini, memang penuh dengan barat , India, arab, cina dan timur. Memang kita tidak boleh buat apa. Tapi kita'mempunyai mentaliti Melayu. Kalau kite mahukan yang `tulen' kita' kena membentuk dan mencari. Perlu berani,.dan menghadapi kesusahan dahulu. Yang tu kita tak berani. Tetapi kita hendak jujur dengan apa yang kita dapat itu. Macam mana pun kita tidak akan mempunyai suatu rasa yang berlaku di sana yang menjadikan blues, reggae dan semua. Kejadian yang mereka sendiri tidak menjangka. Tidak dirancang Tiba-tiba jadi hamba. Siapa hendak jadi hamba? Okey muzik Bangra pula. Memang muzik ini sudah popular di disco India. Bangra disco ini baru. Sekarang sudah tak baru lagi. Puncanya ialah di England. Kerana ramai orang india di sana.. Jadi disco-disco ini popular dengan lagu bangra. Lagu-lagu ini ada `dance' (dengan gaya sebutan ala india) punya `mood' dan pada masa itu dance muzik pop, dance muzik hip-hop dan afro dance popular ketika itu. Seperti Shaggy. Jadi bangra pun mempunyai elemen-elemen dance yang `wild' yang orang seronok lepaskan. Muzik Melayu tak ada. Muzik Melayu dikawal. Jadi kalau 'wild' tu, ` esti ada yang tak betul, Jadi semua jadi lembut. Lagu rock semua jadi lembut. Keras pun jadi lembut. Jadi kalau kita hendak membawa ke dunia dengan kelembutan begini, kita ada masalah. Pasal dunia ini suka menari. Lepas dan disco. Rock pun ada elemen seperti ini. Jika anda lihat konsert rock, apa yang mereka buat? Menarikan? Mereka suka banging dengan rhythm dan groovenya kan? Dum dam dum dam (membunyikan mulutnya sambil menghayunkan tangannya ke udara). Mana ada lagu Melayu macam itu?

ROTTW : Kenapa pada tahun 90an ini tidak ada satu trend yang kukuh seperti tahun 80an dahulu. Seolah-olah kita sudah tiada bakat bakat baru. Kalau dulu kita ada abang dan Zainal. Kenapa?
M. NASIR: Kita lihat dari sudut politik. Tahun 60-an, orang Melayu terperanjat dengan adanya rock. Tapi sebenarnya awal-awal lagi orang kita dah terperanjat dengan muzik latin dan rock `n roll. Siapa orang tua, pasti pening melihat budak budak muda ketika itu. Kemudian datang pula pop yeh yeh, Berapa orang yang tak kahwin keluarkan anak. Tahun 60-an tu! Pakai slack dan semuanya tergila-gilakan pergi parti dan dadah. Jadi timbul kesedaran moral , di kalangan orang Melayu. Bagi mereka muzik ini adalah medium..., kesetanan. Dahlah masa 60-an tu banyak anak luar nikah, lepas tu sex bebas dan ada yang mati overdose pada 70-an. Masuk heavy metal lagi teruklah kan? Kemudian pada pertengahan 70-an munculnya zaman kebangkitan Islam. Orang perempuan sudah memakai telekung atau purdah. Dulu mana ada. Jadi sudah ada kesedaran Kesedaran halal dan haram. Jadi muzik menjadi mangsa. Kerana salah faham intrepretasi muzik. Ramai anak-anak muda kita yang salah faham atau tujuan nuzik hinggakan budaya rock `n' roll itu sekali di bawa. Sekarang, ramai yang membuat lagu yang selamat di buat, selamat didengar dan buat muzik selamat. Jadi kreativiti menjadi mangsa. Setiap perkara ada badan penapisannya dan makin hari makin ketat peraturannya. Dari sound, lirik, nyanyi dan imej pun tidak terlepas dari badan, penapisan. Jadi kita sekarang menantikan satu muzik yang suci, yang datang daripada bangsa kita sendiri. Apakah dia benda itu? (suatu persoalan yang menarik cuba dikemukakan) Kalau tingkatan empat pun tak lulus, bagaimana hendak keluarkan muzik yang suci dengan pemikiran yang tinggi? Kita tidak boleh harapkan mereka ini. Budak-budak dari Berkeley itu pun kebanyakan itu pun kebaratan. Kebaratan. Mereka buat lagu R&B dan Jazz. Diorang ni takkan cipta lagu Melayu. Budak-budak yang cipta lagu Melayu ni, kebanyakannya tingkatan empat pun tak lulus: Haaa! itu masalah dia (Diam seketika) Kesedaran terhadap persekitaran; kebebasan, hak asasi manusia, hak ekspresi dan seumpamanya suatu benda yang betul, tetapi landasannya ada. Agamakan?
Kita lihat apa yang berlaku pada masa zaman rock mengganas. Tengok pula salah anggapan tentang imej. Orang kita ! kalau tengok imej baik, bagus, koprat.... cantik. Terus cakap baguslah penyanyi ni. Tadi anda ada tanya, (tiba-tiba bertanya wartawan) Kenapa kita tidak menghasilkan sesuatu yang betul-betul kita?" Ada. Tapi tak cukup. Ada karya-karya yang baik-baik. Tapi tak cukup. Pasal kita anggap ini hiburan semata-mata. Kalau kita nak cari makan, jadi cari makanlah. Seriusnya kurang.

ROTTW : Kalau memberi kesedaran, kalau nak ikutkan salah media kan.? tapi...
M. NASIR: Tak ada salah baginya. Secara dasarnya salah pengorbanan. Pencipta
pencipta lagu, penyanyi-penyanyi tiada pengorbanan. Mereka ikut sahaja. Mereka layan mimpi anda. Maka dua-dua salah. Tetapi tidak juga. Sebab budaya itu sendiri. Kerana orang suka dengan `imej'. Imej penyanyi, imej kumpulan atau " pemuzik itu yang membuatkan orang suka padanya. Kemahiran tolak tepilah, kalau teruk, imejnya, orang tak suka.

ROTTW : Imej itu sendiri menimbulkan persoalan. Kebanyakan kumpulan dan artis sekarang kita lihat begitu. Seolah olah tiada kejujuran disebalik imej itu.
M, NASIR: Itulah dia, tiada pengorbanan. Mereka ini cuma fikir nak cari duit dan nak jadi popular. Terpulanglah kepada masing masing. Tapi 'do it with taste'. Bukan nak kata semua group 'mesti' ada wawasan, "Kalau seribu group, seribu wawasan gila kau". Hahaha.... (ketawa). Apa yang kita hendak ialah, kita hendak lihat kreativiti itu. Kemudian kita nak masuk `alaf' baru ni kan. Kita tengok di barat, penyanyi, wanita boleh diterima umpamanya Sheryl Crow, Alanis Morissete. Madonna pun boleh dikira bagus juga tu. Mereka boleh menghasilkan penyanyi sebegitu. Kita nak arahkan begitu, bukan senang, sebab negara kita: negara kecil. Kita lihat pada perkembangan atau pasaran kita. Kita ada 20 juta orang, dan setengahnya bukan bangsa Melayu. Bukan bangsa Melayu ini tak beli lagu Melayu. Dia dengar daripada radio. Itupun kalau terbuka siaran Melayu. Tapi kalau nak beli album Melayu, dia tak hendak. Kalau tak kita dah banyak dah jual album. Dekat mana kesilapannya? Kenapa kita tak sampai mesej kita kepada mereka? Jadi maknanya kita ada dalam 10 juta orang. Orang Melayu pun tak sampai 10 juta kan? 8 juta umpamanya. Jadi pasaran kita ni nak main dalam 8 juta oranglah kan? Di Amerika 300 juta orang, 300 juta orang yang berbahasa inggeris. Tak kiralah orang negro ke, spanish ke, mereka masih bercakap orang putih. Jadi yang kita ada hanya 1 atau 4 juta ' lebih. Tapi yang sebenarnya, nak sampai 1 juta pun tak boleh. Yang lain cuma buka radio. Atau tak suka dengar lagu Melayu? Atau tak `respect' lagu Melayu? Tak `respect' penyanyi Melayu? Dia tengok pun dah menyampah? Kan sekarang ni tengok pun dah menyampah? Pasal imej penyanyi Melayu tu, dia tengok, dah tak suka. Kalau dia ni tak suka tengok imej rambut panjang. Dia menyampahlah. Kalau dia `rocker', dia ni menyampah pula tengok budak pop. Jadi, dalam 1 juta dibahagikan ' lagi. 500 ribu, sahaja. Jadi kalau dibandingkan dengan Amerika, kita ini kecil sahaja. Betul tak? Tetapi yang menggembar-gembur adalah publisiti dan orang putih memang pandai dengan publisiti ini. Orang kita tak pandai, Tak pandai menjaga imejnya. Tak yakin dengan dirinya. Tak yakin mukanya, boleh terpampang di poster besar. Orang pun tak yakin nak tengok dia. Hahaha..(ketawa). Kita ni kononnya ada sifat rendah dirilah. Contohnya macam penyanyi cina, kita lihat mereka ni macam boleh. Tapi tak juga. Gaya dia yang membuatkan mereka ini betul popular atau berjaya. Publisiti yang buat mereka macam itu. Katalah kerana mereka ini dapat `sponsor. Tak kira"dari `company' rokok yang banyak duit, mereka ini diperbesar-besarkan. Tapi artis tempatan mereka tak pula diperbesar-besarkan. Jadi bila kita lihat poster dengan `design yang menarik "Wah! memang dahsyatlah orang ni": Tapi tak adalah sangat. Kalau nak dibandingkan dengan orang Melayu, jualan kita lebih banyak. Tetapi mereka (syarikat tajaan) tak dapat tolong juga orang Melayu ini kerana imej kita. Umpamanya Spoon atau Scoin. Penaja akan fikir dua atau tiga kali untuk `promote' mereka ini. Padahal di sini mereka jual ratus ribu: Andy Lau jual taklah ratus ribu. Tapi dia. (merujuk kepada penaja) berani laburkan kesemua ini pada Andy Lau. Jadi bila penaja buat konsert. Berapa ribu rang cina yang tengok konsert Andy Lau? Tetapi adakah orang akan datang melihat konsert Spoon?Di mana silapnya. Haaa! Jawab sendiri. (Menyambung semula hujahnya) Haaa! Mat salleh datang, sekali dalam hidup mereka. Mereka promosi bagai nak gila. Dia tak akan datang lagi. Eric Clapton umpamanya. Popular. Cukup popular. Tapi antara dia dengan Search jual? Search lebih banyak kan? Tapi bila mereka datang ke sini, dia (sekali lagi merujuk kepada penaja) bayar harga ratus ribu. Sekali sahaja mereka datang. Sekali sahaja cukup mereka datang kerana harga tiket seratus ringgit seorang dan mereka tak akan datang lagi. Sebab orang tak akan datang tengok lagi. Tapi Search, nak kena main tiap-tiap tahun untuk hidup. Betul tak? Itulah kesedihannya. Selepas Kuala Lumpur nak ke mana ? Hahahaha (ketawa).

ROTTW .: Satu lagi keadaan yang dapat dilihat ialah terdapatnya beberapa album yang berkualiti telah dihasilkan oleh artis tempatan kita, tetapi tidak mendapat tempat di pasaran.Mengapa ini terjadi.
M NASIR: Ya betul. Salah sasaran. Sasaran dia itu salah. Bila orang itu duduk di Kuala Lumpur, dia anggap dunia ini Kuala Lumpur sahaja. Dia tak tahu Melayu tu ramai di nusantara ni dan kebanyakan Melayu yang ramai ini, bukanlah pemikiran sama dengannya. Jadi dia dengar lagu mat salleh. Dia ingat itulah dia muziknya. Itulah dunia dia. Padahal luar daripada Kuala Lumpur adalah dunia. Itulah 'dunia' Jadi nak buat yang berkualiti. R&B lah yang berkualiti? Maksud anda (bertanya wartawan) ialah muzik yang berkualiti adalah dari segi rekaman, `arrangement', nyanyian, `production' dan apa semua tu kan? Tetapi dia tak fikir satu benda. Lagu itu sendiri. Lagu den lirik. Jiwa dan lagu itu. Orang bukan nak dengar kualiti sound... Kalau dapat dengar orang itu nyanyi ..dadadada (bergurindam sebentar) tanpa rakaman dah sedap den orang dah suka. Bukan kerana sound dari `recording' tu tapi kerana melodi itu. Kalau nak sound `recording'. yang bagus. Beli sound itu ajelah. Jadi kalau Iagu tak sedap. Sound `recording' macam manapun tak akan sedap. Tak akanjadi. Kalau tak menyentuh hati, tak ke manalah lagu tu. Satu lagi kenapa penyanyi tu tak laku? Rupa dia tak menarik? Melainkan orang (pendengar) yang serius dengan muzik. Yang tak kisah kalau muka tu pecah pintu. Tak kisah asalkan seniman itu menghasilkan muzik yang bagus. Berapa orang pula yang macam itu?. Kebanyakannya budak-budak sukakan pada imej.

ROTTW : Secara ikhlas 'sekarang ini' apa yang lebih penting (merujuk pada penggiat seni), sama ada lagu yang meletup atau lagu yang memberi kepuasan pada dirinya?
M. NASIR: Lagu yang anda suka den pengetahuan anda? Muzik itu sendiri perlu mempunyai pengetahuan yang leas terutamanya dalam bidang ini. Bila anda (merujuk kepada pendengar) suka pada lagu itu, lagu itu akan 'meletup'. Anda (kini merujuk kepada seniman) pula tak tahu samada lagu itu akan 'meletup'. Tapi anda (merujuk kepada seniman) mempunyai pengalaman yang luas. Kalau tiada pengalaman yang meluas, anda (merujuk kepada seniman), tak tahu pula samada lagu ini akan `meletup'. Andy (sekali lagi merujuk kepada seniman) suka tapi orang lain tak suka. Jadi kita perlu ada pengetahuan dan pengalaman yang luas. Jadi secara jujurnya kita dapat tahu samada lagu ni sedap dan ramai orang akan suka. Secara asasnya orang hendakkan hiburan. Itu sahaja. Tak kira apa bentuk pun yang di buat. Sedangkan lagu yang saya buat pun, walaupun orang cakap susah nak faham tapi disulamkan dencaan gubahan yang menarik. Rentak yang menarik. Jadi mereka tak jemu dengar. Saya sukakan lagu rancak. "Hei! lagu rancak ni susah, nak popular di Malaysia tau." (bingkas ke hadapan sedikit)

ROTTW : Satu perkara lagi yang dapat dilihat ialah lagu abang dan lagu yang dihasilkan untuk orang lain begitu berbeza sekali. Mengapa?
M. Nasir; Lagu yang saya buat tak boleh mereka bawa. Buat apa paksa orang buat? Tapi perbezaan itu yang mesti kita hendak tahu terlebih dahulu. Macam mana hendak buat? la iebih kepada `teknik, dan mempercayai muzik itu. Lagu itu bukanlah sekadar bergantung kepada teknik sahaja tapi apa yang perlu ialah suka, pada muzik itu. Jadi, bukanlah saya hendak mencari perbezaan atau kelainan. Tetapi kerana saya sukakan muzik itu. Jadi yang pertama ialah suka pada muzik itu. Barulah kita jujur membuat muzik itu. Jadi perbezaan itu terletak pada teknik, penyampaian dan cara membuatnya. Biar `versatility'. Kalau tidak ia akan `monotype'. Benda yang sama. Membosankan. "Cuba ' bayang, jika umur saya 20 tahun. Takkan nak buat lagu ballad je?" Mungkin orang hendakkan itu. Nak lagu ballad. Nak lagu 'slow'. Tak nak fikir. "Berapa banyak lagu slow nak kita buat? (agak meninggikan suaranya) Hahaha:...(ketawa). Kita tahu orang tak berapa sukakan lagu rancak. Tapi kita cuba juga bagi orang suka. Bila kita 'suka'. Suka kerana ada pengalaman. Bukan kerana suka tak ada pengalaman. Kalau macam tu bahaya. Awak seorang yang suka. Saya suka lagu yang ada rhythm. Melodi tu memang dah saat perkara , tapi rhythm tu. Maknanya saya suka 'danceable rhytm'. Bukannya dance muzik sangat. Tapi yang boleh ditarikan. Macam lagu zapin `danceable', tapi bukan macam disco kerana tujuannya ialah menari, dish..,dish..dish dish (membunyikan mulutnya sambit menggoyangkan badannya) Sekarang ni tak peduli apa lagi, asalkan bunyi dia macam tu. Itu disco. Jadi apa yang kita buat ialah lagu yang 'danceble' bukan lagu dance. "You can dance. But it's not a disco music".

ROTTW: Macam rhythm arab? (menyampuk perbualan)
M. NASIR: Ya rhythm arab memang sedap, india Melayu memang sedap. Walaupun lagu tu `slow', mesti ada rhythm. Macam lagu- asli. Tum .... takketak...tum (mulutnya berbunyi megikut ritma)

ROTTW : Kita tahu di awal-awal penglibatan abang iaitu Kembara dengan rock dan balladnya itu tapi pada masa ada 'Melayu' nya.
Ya. Boleh abang terangkan sejak bila abang bermula dengan muzik Melayu ini?
M NASIR : Dari dulu lagi saya suka lagu Melayu. Dah tak peduli lagi muzik orang putih. Lepas itu barulah saya tahu yang orang kita belum
bersedia lagi nak dengar muzik dia dalam bentuk yang baru. Yang baru
maksudnya yang M.Nasir buat. Memang ramai yang buat muzik Melayu bentuk pop ni. Banyak, sampai sekarang kan? Tapi muzik yang saya buat boleh diruggedkan. Macam kumpulan dari Indonesia dahulu. Dloyd umpamanya mereka main lagu Melayu tapi rugged. Bukan lagu orang tua sangat, orang muda pun boleh main. Orangnorang muda berlari lari nak main lagu tu tau? Jadi faham tak?". Imej rock itu masih ada tetapi masih ada lagu Melayu. Aaa! macam tu. Jadi budak-budak masih mabuk dalam lagu orang putih western ni. Mereka masih boleh menghargai semua itu. Tapi disebab tak banyak orang yang buat. Dah habis album saya kena tunggu tahun depannya pula. Orang lain tak buat; Orang lebih suka kembali ke muzik rock, R&B umpamanya. Mereka tak mahu buat muzik Melayu, yang 'hype", yang bergaya,' hingga dekat Hard Rock pun boleh main, Muzik Melayu yang orang tak malu nak dengar di tempat macam tu, Jadi bentuknya mesti nak `stail' sedikit. Aaaa! Ada tekniknya tu? Jadi jika dilihat betul betul rnuzik Melayu M. Nasir dan muzik Melayu orang lain. Mereka buat rentak zapin. M, Nasir pun buat rentak zapin. Mereka buat rentak inang, M. Nasir pun buat rentak inang. Tapi perbezaannya banyak. Kerana unsur-unsur `rugged', `raw', 'rock, 'rebel' dan unsur-unsur `youth' atau belia yang bukan pakcik-pakcik nyanyi, ada. Tapi pakcik-pakcik pun boleh nyanyi jugak? Kemudian unsur-unsur lirik yang kita cuba suntikkan pemikiran dan perasaan sekali. Bukan macam kebanyakan lagu banyak dengan perasaan sahaja. Alaa! yang "Menangis punya!". Tetapi tak boleh pula pemikiran sahaja kerana ia akan rnenjadi bosan. Jadi perasaan dan pemikiran itu hendaklah sebati. Dia boleh menangis dan pada masa yang sama boleh berfikir juga. Macam lagu "Suatu Hari di Hari Raya". Saya tak suka buat lagu yang ada ketupat, lontong dan apa lagi? Aaa!minta maaf zahir dan batin. Saya tak suka. Saya tak suka semua tu (menegaskan pendirian). Jadi apa yang saya cuba buat ialah apa yang saya rasa dan apa yang di fikirkan oleh orang apabila hari raya. Walaupun lagu itu `simple' sahaja. (Berfikir seketika) Sekarang ni orang susah hendak menerima perubahan. Muzik-muzik saya ni lebih berbentuk kepada muzik `fusion'. Bukan lagu rakyat, la berunsur rakyat tapi bukanlah lagu rakyat. Dia adalah fusion atau progressive ataupun boleh dipanggil muzik jazz. Jadi orang sekarang ni boleh tahu "Aaaa! ini M.Nasir ni!". Tapi cita-cita saya ialah, semua orang (merujuk kepada penggiat). 'composed' muzik Melayu. Mat-mat Melayu jangan lupakan rock apa semua. Tapi 'muzik Melayu'. Lirik Melayu. Pakai macam biasa. Rambut panjang.. rambut panjang. Muzik Melayu tapi nak `rugged'. Sound moden. Nak heavy, ke? Apa ke? Tapi `rugged'. Macam orang-orang raggae. Berapa banyak raggae dalam dunia ni? Jadi bila orang luar datang dia akan katakan kehadiran atau muzik kita itu, 'ada'. Boleh ke mereka dengar lagu rock, R&B atau semua itu? Jadi kalau kita ada muzik Melayu, tetapi `rugged'. Ada group dan boleh ditarikan. Boleh dikeraskan tetapi muzik Melayu. Nyanyiannya Melayu. Liriknya dari aspirasi Melayu. Tapi tak tahulah samada mustahil atau tidak kan?. (Merenung ke arah jam sebentar) Muzik Amerika atau British ini tak akan pergi ke mana lagi kerana mereka sudah sampai tahap yang dipanggil 'stagenent'. Tapi, negara Asia yang kononnya kaya dengan budaya ini tidak menghasilkan muzik moden yang betul-betul mulur. Tradisional muzik `Yes!'. tapi moden muzik tak berapa sangat. Tapi sekarang ini muzik arab dah mula naik di Amerika. Semuanya dah mula ambil muzik Arab. Macam Alanis Morissete, Madonna dan ramai lagi. Dengan falsafahnya sekali di ambil. Budak kita dah ketinggalan zaman. Sebab dia tak nak belajar. Dia punya sendiri pun tak mahu belajar. Banyak yang kita boleh buat dengan benda ni. Tapi itu tidak berlaku. Mereka malu sebab tak fashionable. Macam saudara?

ROTTW : (Agak terkejut apabila M. Nasir mengarah kepada wartawan)
M.NASIR: Orang tak akan ` terfikir yang anda ni boleh menyanyikan lenggok arab dengan imej anda sekarang ni? Betul tak? Hahaha.... (ketawa). Kita tak boleh lari dengan imej arab ataupun india sebab kita Islam. Bukan terpaksa tetapi suatu kenyataan kerana ia sebahagian daripada kita. Jadi ada apa lagi?

ROTTW .:Boleh ambil gambar abang?
M.NASIR: Ambil gambar (seolah olah ingin menahan ketawanya). Baju 'kental'lah. Rugged. Masuk dalam ROTTW. Hahaha (ketawa)

(Temubual bersama M.Nasir disudahkan dengan sesi bergambar. Masih banyak perkara yang ingin ditanya untuk dikongsi bersama. Mungkin suatu hari nanti, bila selesainya pembikinan album terbaru.) ROTTW

berkaitan :

Jumaat, Januari 15, 1999

M. Nasir memilih filem mistik

petikan Utusan Malaysia 15 Januari 1999

Setelah memperlihatkan penguasaan seni visual yang meyakinkan menerusi Merah, M. Nasir kini dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem tentang dunia mistik dan ghaib.

Buat masa ini pemilik syarikat Luncai Emas ini berkata, dia sedang giat mengumpul bahan untuk menerbitkan sebuah filem yang bercorak mistik selepas hari raya Aidilfitri ini.

Menurut M.Nasir, cerita tentang mistik yang berkaitan dengan dunia sihir dan ilmu hitam sememangnya lari daripada arus perdana filem Melayu tetapi ia adalah satu cabaran yang menyeronokkan baginya.

''Saya suka filem-filem bercorak mistik kerana saya menganggap pembikinannya amat istimewa. Mungkin banyak kesan khas yang akan digunakan nanti,'' jelasnya. Bagaimanapun M. Nasir enggan mengulas lanjut mengenai filem tersebut.

Tetapi dia menjelaskan, ''Yang pasti ia adalah sebuah filem yang akan memberi kupasan tentang kuasa-kuasa ghaib atau mistik.''

Mengenai kemungkinan cerita-cerita mistik dan ahli sihir seperti ini akan dijadikan kontroversi oleh pihak-pihak tertentu, M. Nasir menjelaskan, semua pihak harus menilai erti kesenian dari pelbagai sudut tanpa telahan yang boleh memberi akibat tidak baik.

''Untuk memahami apa itu seni, kita kena belajar. Kena pergi sekolah. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan tentulah kita kena membuat banyak penyelidikan,'' jelasnya.

Menurut M. Nasir, sebagai karyawan dia bebas untuk menulis atau bercerita tentang apa juga selagi menggunakan bahasa yang betul dan tidak lari daripada undang-undang bahasa itu sendiri.

Sementara itu setelah menjadikan nama anak bongsunya, Nur Nilam Sari sebagai judul sebuah lagu nyanyian Awie bersama kumpulan Search, M. Nasir tidak menolak kemungkinan nama itu juga akan dijadikan judul filem arahannya selepas ini.

Nur Nilam Sari juga bukan sekadar satu nama wanita yang sering digunakan sebagai judul lagu-lagu Melayu sejak dulu lagi.

Nama Nur Nilam Sari bukan saja sedap diucap malah membawa makna yang tersendiri kepada M. Nasir. Setelah lengkapnya sebuah keluarga dengan memiliki anak lelaki dan perempuan, Nur Nilam Sari kehilangan ibu pada usianya tiga bulan.

''Ini satu idea yang baik. Ya, jika sesuai dengan ceritanya, saya mungkin akan menggunakan nama itu sebagai judul untuk filem-filem saya yang akan datang,'' jelasnya ketika ditanya mengenai perkara itu.

Kelahiran Nur Nilam Sari dianggap sebagai satu anugerah istimewa kepada M. Nasir dan keluarganya .Seperti empat anak lelakinya yang lain, M. Nasir turut membawa Nur Nilam Sari ke majlis-majlis yang disertainya.

Ketika ibunya Allahyarham Junainah meninggal dunia pada Ogos tahun lalu, banyak yang terasa hiba apabila usia semuda itu dia terpisah dengan ibunya.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN